terima kasih sahabat :')



alhamdulillah..Allah pertemukan jua kami setelah sekian lama tidak berjumpa. Gembira, terharu, semuanya bercampur baur, tak sangka dapat berjumpa, sedangkan jika difikir dek akal, rasanya tah bile tapi dengan kuasa Allah semuanya menjadi mudah n sekelip mata, semuanya berlaku dengan pantas, tanpa dirancang tanpa disangka :')
orang kata selalunya benda yang dirancang itulah tidak menjadi seperti yang diinginkan, tetapi perkara yang tidak dirancang itulah yang selalu terjadi. terima kasih Allah atas hadiah pertemuan ini!
tq awak yang sudi meluangkan masa bersama2, melayan karenah saya hampir seharian nie. walaupun sebenarnya awak ade kelas tusyen pagi tu awak sanggup batalkan semata2 nk jumpa saya (terharu) @_@ bila tengok awak depan mata terasa macam mimpi je. tak sangka dapat jumpa. selalunya jumpa dalam skype kalau dah rindu sangat, takpun ckp dlm fon, tp sekarang awak dah ade depan mata. Banyak cerita yang kita bualkan, terkenang kembali kisah2 semasa sekolah dulu, walaupun Allah pinjamkan awak sekejap je dalam hidup nie. saya bersyukur sangat! sedar tak sedar kita banyak sangat persamaan kan? taste kita, warna kegemaran kita, makanan kegemaran :) ape awak rasa tu jugalah yang saya rasa. 
sebab tu mungkin kita dulu waktu sekolah, pergi mana2 je mesti nak sama2, mesti nak pegang2 tangan padahal masa tu dah besaar panjang, rehat nak sama2 walaupun laen2 kelas, sampaikan cikgu pun confius, kite dua nie same kelas ke? kawan2 pun kacau, diorang cakap mana ade awak disitu ade saya. :p 
titik perkenalan kita unik sangat, kenal dalam 'friendster'. masa tu zaman2 friendster lagi. :p last2 awak pindah sekolah saya masa form 4, ntah macamana kita boleh rapat sampailah sekarang. Alahamdulillah, matrix pon kita diletakkan di matrikulasi yang sama, bilik yang berdekatan, selang beberapa bilik je, bilik kuliah yang sama, kan? :) cantik kan aturan Allah pertemukan kita. Dulu2, tiap2 petang saya suka g makan yee mee sizzling n pada mulanya awak terpaksa teman saya, last2 awak pun suka dengan yee mee n tiap2 petanglah kita jadi pelanggan setia pakcik tu. tak lupa jga roti kebab :p petang2 saya akan pegi bilik awak, kita selalu sembang sama2, ntah apela yang dibualkan kan. malam2 pulak klu bulan penuh saya suka tengok n nak taknak awak pon kena join sekali, sampaikan awak pon suka tgk bulan n bintang gak.hee..
kenangan takleyh lupa bila saya kena pindah keluar nak masuk u, masa tu awak sedih sangat kan? Awak dah mula kurang bercakap dengan saya, masa tu kita dah laen2 bilik kuliah sebab dah masuk semester 2, lagi saya jarang jumpa awak, masa tu saya tawu awak sedih. Saya pun sedih jugak, tp saya suka 'control' kononnya hati kuat. *tabahla sangat* :p  Jadi saya biarkan awak merajuk. jahat kan saya? =__= malam tu awak bawak diri, saya cari awak dalam bilik, awak takde, saya col awak angkat mulanya tapi taknak cakap ada kat mana, awak kata awak nk balek, tapi awak tak balek malam tu. Serius saya tak tahu nak cari awak kat mana dah, saya risau sangat. Esok tu saya ingat lagi, saya nampak awak balik bilik dari blok sebelah. Tp saya ego, saya terkilan sebab awak tak balik bilik malam tu n tak angkat col saya n buat saya risau, jadi saya nak merajuk ngan awak, langsung saya buat tak tahu je dengan awak. Saya larikan diri dari awak bila awak datang bilik saya.kononnya keluar bilik nak g makan. Macam2 kan saya nie. Rupanya, malam tu awak nk bersendiri sebab awak sedih saya dah nak pindah. Malam tu awak kata awak tengok bulan,bila tengok bulan awk teringat saya. Sebab saya selalu ajak awak tgk bulan kan? hati saya rasa bersalah sangat dengan awak, maafkan saya bersikap macmtu, mesti bertambah2 kesedihan awak kan masa tu. Malam tu kita ber 'drama' pulak depan bilik,mula2 dua2 merajuk bawak diri, last2 cari jugak, n tangisanlah  yang memecahkan tembok ego kita. :D

masa hari2 last saya nk pindah dah tu, awak jatuh sakit, awak demam kuat, saya jaga awak semalaman. Saya tahu awak jatuh sakit sebab saya. Awak taknak berpisah ngn saya kan? Tapi saya diamkan je, sbb saya ego, saya taknak ngaku, sbb saya tahu nanti saya juga bertambah sedih dan awak pun sama. Hari terakhir tu, saya tengok awak dah makin sembuh, badan saya pula terasa panas2 dan tak selesa. Mungkin berjangkit dengan awak kot? kite kan sllu sama, awak jatuh sakit, saya pun akan jatuh sakit. :p tapi saya diamkan je, saya tak beritahu siapa2 pun sebab taknak siapa2 risaukan saya. Sepanjang pagi tu saya tido sementara tggu makabah datang ambik,kwan2 smua pergi kuliah termasuk awk, badan rase tak larat sangat. Sebelum balik saya beli kebab kat gerai yang kita selalu pergi tu, saya makan yee mee sizzling sorang2. Sedih sangat bila fikirkan nk pergi dari bumi changlun nie! sbb banyak sangat kenangan antara kita. Dan..hari kite berjumpa nie jugak, balek2 tu saya jatuh demam lagi. Awak pun demam jugak rupenya. *haish, awak suka tiru kan?*hehe. sedar tak sedar banyak betul 'chemistry' antara kita kan yg buat persahabatan ini makin utuh :D
maafkan saya bersikap macam budak2..apepun kenangan2 tula yang membuatkan saya tersenyum bila teringat awak. terima kasih sahabat!
spec kite nk same, kebetulan tak sangka kan? :D
tq sudi melayan karenah saya seharian :p
pesanan buat kamu: saya taknak tengok awak sedih2 dah ye! saya dah  kirimkan bintang untuk jaga awak, jadi awak jangan majuk2 nak bawak diri lagi k! nanti kita cari 'bulan' pulak same2 ye? :p saya takboleh sama2 dengan awak macam selalu dah, awak jaga diri bebaek kat sana, Allah sentiasa ada tuk awak. Bila jauh nie Allah nk didik kita supaya berdikari, Allah nak didik kita supaya kita kuat, walaupun kadang2 awak fikir awak sendiri, awak tak pernah sendiri, doa saya akan selalu mengiringi awak di kejauhan. Allah juga selalu ada buat awak SELALU1 :)
~salam sayang~



✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

0 comments:

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers