♥ JARAK itu INDAH :) ♥



♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
 Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
jom checklist diri dulu! lets be prepared my dear! nice video! :D

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(An-Nur:26)


insyaAllah.sama2 pelihara diri sebelum tiba masanya...
tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.
hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.
milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.
hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.
tabahlah wahai diri, moga diberi kekuatan selalu...
pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu...
Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu. insyaAllah! :)
p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"



✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

kuatkan langkah!

Seketika aku tersentak!
zaman jahiliyah yang dulunya aku pernah rasai...
kerana kebodohanku sendiri..
Allah..
kini, aku mula menapak..
dari kejahilan menuju kejayaan..
Engkau titipkan insan-insan penguat semangat..
Menarik aku keluar dari kepompong kejahilan..
untuk masuk ke dalam taman syurga penuh warna.....

Aku tak pasti berapa lama tempoh hidupku..
Aku tak pasti berapa lama helahan nafasku bersisa..
Aku tak pasti sejauh mana aku mampu berkata..
Aku tak pasti selama mana aku mampu bertahan..
Aku tak pasti sume itu..
kerna ianya ketentuanMU..

Cuma, aku pinta padaMU.. Ya Rabbi..
Janganlah kau tarik KENIKMATAN SAAT BERSAMAMU..
kerna aku dapati itu adalah KEKUATANKU...
tuk tak kembali lagi dalam cerita kejahilan yang aku cipta sendiri!

Allah kuatkan langkahku..
lindungi aku...
kuatkan imanku...

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

~bidadari dunia~

Alhamdulillah.alhamdulillah Allah berikan peluang untuk hadir ke konvensyen bidadari dunia di PICC.walaupun bukan sebagai peserta tapi sudah cukup membuat diri ini sangat2 menghargai dan bersyukur pada pada peluang yang tak hadir selalu nie..ternyata doa selama nie Allah dengar. terasa masa2 yang dilalui sem nie sangat2 berharga dan digunakan sebaeknya. tiada ucapan yang dapat menggambarkan rasa ini. melainkan ucapan syukur yang tidak putus pada Dia yang mengaturkan segala perancangan dan yang memudahkan semuanya.. memang niat di hati nak pergi sangat2. alhamdulillah Allah permudahkan. walaupun hanya menjadi sukarelawan untuk booth aqsa syarif buat anak2 palestin. (wlupun kadang2 lari jugak masuk dewan sbb nk dengar ceramah dari para panel) :p dapat rasakan banyak pengisian n terasa weekend lepas dapat digunakan dengan sebaiknya.dapat jumpa dengan ramai orang2 baek dan tak putus2 senyum wlupun tak kenal. rasa tenang sangat bila dalam keadaan macamnie. alhamdulillah Allah temukan dengan orang2 seperti mereka.. :) 
~suasana dalam dewan.ramai kan?~ :D

sedikit perkongsian dari salah seorang peserta konvensyen bidadari dunia.semoga bermanfaat! :)
Slot I : Bidadari Impian ( Ustazah Chenta; Ustazah Fatimah Syarha )
Ada 4 ketua bidadari di dalam syurga ( Allah muliakan 4orang serikandi ini) :
1.     Asiah Binti Muzahim (isteri Firaun)
2.     Maryam Binti Imran (ibu nabi Musa AS)
3.     Khadijah Binti Khuwailid (isteri Rasulullah SAW)
4.     Fatimah Binti Muhammad SAW.

Kisah 1 : Tentang Asiah.
  •   Diseksa dan dibunuh Firaun kerna IMANnya.
  •   Ibu angkat nabi Musa AS.
  •   Kuat hubungan dengan Allah.
  •   Meletakkan Allah sebagai sebab untuk beliau hidup dan mati.
  •  Contohilah Asiah yang tidak SEDIKIT pun TERPENGARUH dengan masalah-masalah KEZALIMAN di sekelilingnya. Masalah-masalah yang berkaitan dengan perkara-perkara jahiliah, perkara-perkara larangan Allah.
  •   Bila kita anggap ALLAH MAHA BESAR, takkan ada MASALAH yang LEBIH BESAR dari ALLAH.
  •   Jika tidak dekat dengan Al-Quran dan As-sunnah, tidak akan rasa dekat dengan Allah
Kisah 2 : Tentang Maryam.
  •  Anak Imran dan Hannah (surah Ali Imran=keluarga Imran)
  •  Anak saudara nabi Zakaria AS.
  •  Terlalu cinta kepada Allah.
  •  Sangat rindu akan kedatangan nabi Isa AS. *rupa-rupanya beliau si ibu yang bertuah itu* [19:19]
  •  Redha kepada ujian Allah (kelahiran nabi Isa tanpa bapa)
  • “ Sayang Allah kepada hambaNya LEBIH daripada sayang ibu kepada anaknya.
Kisah 3 : Tentang Khadijah
  •  SATU-satunya isteri Rasulullah SAW selama 25 tahun dan selepas tu baru Rasulullah SAW berpoligami selama belasan tahun.  Di sini, kita dapat lihat yang beristeri SATU lebih baik mungkin. 
  •  Selama Rasulullah SAW hidup dgn Khadijah, baginda tidak pernah rasa marah.
  •   Sentiasalah MULIAkan suami kita.
Kisah 4 : Tentang Fatimah.
  • Digelar ‘ibu ayahnya’. [selepas wafatnya Saidatina Khadijah]
  • Anak bongsu.
  • Isteri solehah.
  • Aktif dalam kegiatan masyarakat. Sebab tu tak salah wanita berperanan dalam kegiatan social untuk membantu kaum lelaki. [9:71]
  • Bijak menguruskan CINTA.
  • Kesimpulan untuk semua: Letak ALLAH nombor SATU dalam kehidupan kita. Macam bidadari2 syurga tersebut.
Info tambahan:
  • Asiah Binti Muzahim (isteri Firaun)- (Isteri kpd suami yang zalim)
  • Maryam Binti Imran (ibu nabi Musa AS) (hidup tanpa suami/ibu tunggal)
  • Khadijah Binti Khuwailid (isteri Rasulullah SAW) (isteri kpd suami yang soleh)
  • Fatimah Binti Muhammad SAW. (anak yang taat kepada ibu bapa)
  • Mereka ini ketua segala bidadari di syurga. Mereka jadi ketua kita mengikut kategori mana yang sesuai dengan yang di atas.  Wallahu a’lam. 
~barisan sukarelawan booth aqsa syarif~
alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar. tak putus2 orang datang ke booth kami.ternyata ramai yang perihatin akan nasib2 anak palestin..sumbangan yang diterima juga diluar jangkaan.semoga Allah membalas jasa2 kalian yang membantu..alhamdulillah..paling tersentuh hati bila ada adik2 kecil yang tidak tahu apa2 seolah2 perihatin dan memahami nasib2 yang menimpa anak palestin. ada anak2 yang berhenti di sudut booth kami dan berulang kali melihat tayangan video tentang palestin. ada juga anak2 yang berulang kali lihat memberi derma sepanjang dua hari berlangsungnya konvensyen nie. Allah.kecil2 sudah berhati mulia.semoga jadi anak yang soleh dan solehah ya! mejadi penggerak ke arah kebangkitan umat islam.ameenn. :')
nak promot sket boleh?hehe.jom sama2 memeriahkan kempen GMJ hari jumaat nie di stadium Melawati Shah Alam.pada siapa2 yang dekat mari! ini langkah permulaan dan sangat kecil bagi kita berbanding dengan pengorbanan para mujahadin palestin. Teruskan kempen GMJ! 98 tahun yang lalu, askar-askar Islam dilihat keluar dari Jerusalem pada permulaan peperangan 1914. Kini 2012, giliran kita pula menebus penghinaan itu. Mungkinkah genap 100 tahun nanti (2014), kita akan benar-benar menakluki semula Jerusalem? jangan terlepas peluang membantu kejayaan itu.insyaAllah..
"wahai hati-hati yang telah dipanggil Allah..berbondong-bondonglah kita menyerlahkan keberanian. Melangkahlah kita ke arah kebebasan Jerusalem!!"
jom sama2 transformasi diri!

~KATA IMAM SYAFIE~

Sesungguhnya aku mencintai orang soleh. padahal aku bukan dari kalangan mereka.
harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. 
dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka."

"

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

penantian kesabaran~



duhai hati penatkah dikau selama ini
terbebankah dikau saat ini
menahan rasa yang seringkali hadir
duhai hati jangan bersedih..
pintalah hati yang kuat untuk terus tabah
pintalah keteguhan dalam jalan mujahadah ini
kerana hati sebenarnya terlalu sakit..
hati terlalu merindui sang penciptamu..
hati terlalu rindukan kasih Illahi..
sandarkanlah hati padaNya yang lebih Mengetahui..
andai air mata ini mampu menghapus dosa yang terpalit
andai rintihan ini mampu membawa Engkau lebih dekat denganNya
biarkan ia terus menangis...teruskanlah menangis....

Ya Allah.....
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami...

Pisahkan kami...
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia,
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati...

Allahurabbi..
duhai tempat mengadu segala rasa ini..
tiada cinta yang abadi melaenkan cinta yang lahir dariMU..
meskipun dosa ini terlalu banyak untuk dihitungkan
namun Engkau tidak pernah jemu memanggil diri ini kembali
mekipun segalanya terasa pahit
meskipun kadangkala kaki terasa lesu dan longlai
dibebani noda dosa yang membukit
namun kasihMu tak pernah bertepi 
kerana aku tahu ujian tanda sayang Engkau pada hambaMu
mana mungkin aku biarkan dosa ini menjadi daki dalam diri
mana mungkin aku biarkan ia berkarat dalam hati 
izinkanlah dalam penantian kesabaran ini....
 aku dapat mencari manisnya saat merinduiMU
aku dapat merasa indahnya bercinta denganMU
cukuplah hati ini merasa kosong dan peritnya bila jauh dari Engkau...

yakinlah dalam hati.  ALLAH yang Esa melihat mujahadah kamu itu. justeru kesakitan itu akan hilang. lalu digantinya dengan kebahagiaan yang berpanjangan..
.~ insyaAllah.pasti akan tiba masanya~
~23 MAC 2012

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

♡ analogi pelangi! ♡


pelangi!!!! masyaAllah.cantek kan? cantek kan? gmbar pelangi nie hadiah dari ssorg yg sngt sy syg.yg sy dah macam anggap akk sndiri..she is really kind.she understand me well.she always gives me support n make me hepy! mekaseh akk! excited sebenarnya dapat gambar nie. *jauh pelangi nie merantau* ^^
 indah kan ciptaan Allah.setiap bnda ada hikmah yg perlu kita nilai n tafsirkan...bila saya ada masalah.sy selalu mengaitkan pelangi dalam setiap perkara yang saya lakukan.n its make me calm. sebab tu saya sangat2 suka pelangi.really inspired! klu boleh semua bnda nk letak warna warni macam pelangi.. 
ujian itu diibaratkan seperti hujan.seperti kita menanti hujan itu reda begitulah juga kita menanti ujian yang  berakhir. tanpa kita sedar yang ujian itu juga sebenar rahmat dari Allah kepada kita sebagai hambaNya.. rahmat yang hanya untuk orang terpilih sebagai hambaNya. ujian itu tanda kasih Allah kan? hujan itu pembawa khabar gembira untuk hambaNya. sepatutnya kita berasa gembira ditimpakan ujian kerana Allah sayangkan kita dan mahu kita kembali padaNya.. kerana setiap kepahitan yang dirasai.setiap kesakitan yang kita lalui Allah akan hadiahkan ganjaran yang setimpal buat kita. :) jadi.ambillah hikmah dari disebalik ujian yang Allah hadirkan. kerana akan ada pelangi yang menanti selepas hujan!

وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.(QS Al A’raaf 57)

maka bersabarlah.kerana Allah sentiasa ada buat hambanya. Allah tak pernah jauh dari kita. dan pintalah hati yang tabah dalam menempuh ujian. bukannya minta dikurangkan ujian. 
"jika ujian itu ibarat hujan, dan hujan itu sangatlah besar, jangan kau minta kecilkan hujan itu, tetapi ambilah payung yang lebih besar lagi" 
ayat cinta dariNya untuk diri ini yg sering leka...
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" 
(Al-Baqarah :214)
*buat sahabat baek yang mengalami kemalangan baru2 nie.moga terus kuat !! *

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

need supplement~

jangan pernah merasa sunyi.carilah Allah dalam hatimu.insyaAllah dirimu akan menemui ketenangan dan kebahagiaan. ujian itu membentuk diri kita.begitu juga dengan sikap orang sekeliling kita.mungkin dengan sikapnya yang suka marah.mmbentuk diri kita diri kita untuk mjadi lebih sabar mghadapi karenah org spt itu..bgtu juga ujian yg Allah hadirkan.bukan saja2. musti ada sebab dan musababnya..ujian dapat mmbentuk diri kita untuk lebih independent.lebih tabah.lebih bijak.menjadi lebih bersyukur.indah kan aturan Allah? semuanya tak sia2.semua kepahitan yg kita rasakan bila kita bersabar akan diberikan ganjaran olehNYA.dun worry.pahala.pahala.pahala! :) mungkin bla di saat in kita rasa kitalah org yg plg berat menerima ujian.remember my dear Allah takkan hadirkan ujian sesuai dengan kemampuan hambaNYa..Allah yakin kita mampu lalui semua nie.masakan kita sendiri tak yakin dengan diri kita kan?  tapi kadang2 kita perlukan orang disisi kita yang dapat dengar kita. beri kita semangat...
somehow. i miss the feeling of u and other close friends around. i dont know why.  i just feel so secure. like i’ve always belong there and never get hurt....rindunya pada moment saat2 bsama. semua benda kita buat sama2. walaupun kelas laen2 masa sekolah dulu. kita akan tetap keluar rehat sama2. lepastu kita curi2 masuk kelas masing2 sbb bersembang.pegi mana pun sama2.sampaikan cikgu engat kite sekelas.hehe.. lepastu kita dapat matrix sama2. walaupun kelas kita laen. alhamdulillah ukhwah kita tak pernah putus kan..engat tak.every evening.i will wake u up..eating together our favourite yee mee sizzling! n almost everyday kite makan yeemee.weekend kita akan kuar g jog.naek beskal sama2.kita akan outing sama2 setiap kali hujung mggu wlupun takde barang nak beli..hehe..agak2 siapalah yg sanggup layan kami kan macam ampa layan? :p
 kadang2 rase nak kawen awal je.sekurang2nya ada orang yang akan jaga kita.ada tempat nk mengadu n teman .pembakar semngat..orang kata berkahwin nie.blh menenagkan jiwa. kita lebih fokus dengan tanggungjawab kita n lebeh mendekatkan diri kita pada Allah...tapi mak dah warning awal2 mase cuti sem baru2 nie.*okay.lupakan angan2* huhu..perkahwinan bukanlah sehari dua tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga.but surely insyaAllah i will prepare myself towards it...smoga Allah pmudahkan segala usaha...

''Berkahwin muda itu seronok kerana Dia telah menutup banyak pintu-pintu fitnah. Berkahwin muda itu indah kerana dibebaskan dari keadaan yang akan menjerumuskan remaja ke alam dilema percintaan. Berkahwin muda itu tenang kerana di dalam perkahwinan itu ada sakinah, mawaddah wa rahmah. Berkahwin muda itu bahagia kerana ada teman yang akan berkongsi segala suka dan duka ''

"..kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
ada gaya tak?bdating ngan zafran.hehe.practise makes perfect! :p ♥ baby! they make me smile.they make my day.jom dating lagi zafran.rinduunya kat kazen bongsu nie.rindu senyuman dy.rindu lirikan mata dy bila dy tengok kita.hehe.he has so beautiful eyes.pandangan yg sngt redup n mendamaikan. ^^
 mood: nak kuar jalan tapi taktawu nk kuar ngan sape.sedeyhnya..really need someone.really need vitamin n supplement for myself..only them can make me hepy.can make me smile..please. i need 'them'..please..boost up my low spirit...

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

alhamdulillah :)

assalamualaikum..
here we go! semester 3.new semester wif new lecterur.new roomates.alhamdulillah.. :) very hectic week.been busy wif projects n programmes.. juz nak share something.apa yg saya rasa.saya bersyukur sangat2.Allah makbulkan doa saya.terharu sngt2.kan betul kan.lepas hujan mesty ada pelangi yg menanti :') alhamdulillah.after a big step that i had take.Allah berikan nikmat yang sangat2 tak terhingga. Allah pmudahkan impian saya. ape yg saya impikan n idamkan sebelum nie.. ^^  we may not be strong at times, but Allah always sends out something which is the best for us kan. :D no pain no gain my dear! only HE know which is better! the pain that we faces is priceless! priceless experience  yg tak dapat kat mana2. yang tak semua orang akan dapat! 
i had be one of volunteer for one organisation.im hepy to be one of them. dah lame nk join bnda macam nie tapi tak bkesempatan. alhamdulillah Allah beri peluang.masa terisi dengan perkara berfaedah n plus Allah gives a great spirit to me through them! rase semangattt sangatt! very very hepy to meet n know them.so many things that i need to learn. it made me realise dat i need lot of improvement to myself.n gives some contribution to Islam. lillahitaala.. hopefully i will gaining it from time to time. insyaAllah. every tiny little changes brings a big difference. kan? :)  hope i can manage my tyme well too..to be a better us.step by step.a change is hard.but wif determination n istiqomah.insyaAllah.Allah will ease us..things dont always go ur way. so lets clean our hearts. lets be good muslims my dear. islam is not just by a name. but u must practice it too.. may Allah give us the strength and courage to change better! especially me. ameen. :D
“With every hardship there is ease, with every hardship there is ease.”  Quran (94:5-6)

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

astaghfirullah.... +_+

Aku mohon ampun pada Allah Tuhan sekalian alam
Aku mohon ampun pada Allah daripada segala dosa
Ya Allah Ya Tuhanku tambahkan ilmu yang bermanfaat kpdaku
dan terimalah amalanku
yang memberi rezeki yang luas
dan terimalah taubatku, taubat nasuha
dan ini rahsia seruanku (doaku padaMU)
dan ku harap moga dipermudahkan
aku adalah seorang hamba yang fakir
sesungguhnya kami fakir dan memerlukan
dan cukupkanku dengan ilmuMU ya-Rabbi
dengan soalan dan pilihanku
ya Tuhanku yang menguasai diriku
Engkau Maha Mengetahui bagaimana hambaMU ini… 

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

"kejahilan itu juga merupakan satu rahmat dari Allah"

"kejahilan itu juga merupakan satu rahmat dari Allah"
kenapa ye? sometymes.after what had happened.it makes me think.bila kita pernah melalui saat2 kita jahil dulu.kita akan lebih menghargai nkmat hidayah n hidup kita.apa yang kita rasa sekarang..kita akan rasa lebih bertuah kerana ada Allah yang menyedarkan kta dan sayangkan kita n be the chosen one..tak semua orang kan dapat?then.we must learn to be grateful for the pain that we had.pengalaman banyak mengajar kita.experence is the best teacher n kerana itu juga yang akan terus menguatkan kita dalam langkah dan perjalanan kita lalui nie.."tarbiyah bukan lah segala2nya,tp segala2nya bermula dari tarbiyah" alhmdulillah :) n now.im trying to get busy wif my tyme. tryng to get more focus n concentrate wif my study n my lyfe before i step for another level of my lyfe.hopefully.insyaAllah...nie pun salah satu cara nak lupakan n elakkan diri dari bnda2 yg tak sptutnya.semoga redha Allah sentasa mengiringi langkah ini. realtinya. life would not be easy peasy tapi hanya Allah sajalah yg dapat memudahkanNya through His blessing :)  i will keep walking through this journey.will keep walking for better tomorrow..a journey to real home (jannah).. my true destination... Allah is making me, not breaking me! 
~gambar desktop kat lappy (pembakar smangat) peeelangiii.weeee~ ^^

nota hati : tengs.ur 'words' make me more calm.im feeling better now.i feel motivated and i will keep moving.i will fight for it! and i know u're strong too...hope to see u there too.insyaAllah... :) 

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers