biar kenangan itu pergi!~
Walaupun ia tanpa mahuku..
Walaupun tanpa pintaku..
Aku ingin terus hidup dalam kenangan itu
Namun aku sedar aku hanya akan terus menyiksa diri..
Aku akan lebih sakit jika aku
terus hidup dalam kenangan itu..
Ternyata Kau lebih Mengetahui
Lalu Kau robohkan ‘kenangan’ itu
Sehinggakan tidak mampu lagi aku hindari
Agar aku tidak sakit lagi dalam
penjara ‘kenangan’
Agar aku bisa memahami siapa yang lebih layak aku cintai..
Agar aku bisa mengerti hidup ini pasti bahagia
jika segalanya disandarkan pada Illahi
Agar aku bisa membina diri
kembali
Bertatih dan berjalan kembali
Mengatur kembali langkah yang
kian lemah..
Tuhan..
mampukah aku mngatur kembali langkah ini
Memulakan kembali langkahku yang tersadung
Parut lama ini tidak mungkin hilang
Lukanya juga masih berbekas..
Mampukah ku rawat kembali?
Allah..
Pergilah kau jauh. aku tidak mahu hidup dalam kenangan lagi. bangkitlah wahai jiwa yang lemah. Kau punya hati yang KUAT. tak lemah dek UJIAN hati yang sedikit cuma. lekas BANGUN. jangan LEKA dek dunia yang seketika cuma. kau masih punya TANGGJAWAB dan AMANAH yang menanti!
sudah cukup sudah. hentikan semua.derapan langkah ini kian ke penghujungnya. tidakkah kamu malu wahai diri bertemuNya dengan dirimu yang sebegini! kau tidak punya waktu lagi. SEDARLAH! MALULAH!
Open Cbox









0 comments:
Post a Comment