Nobody can remove hurt except Allah

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ 
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Nobody Can Remove Hurt Except Allah. Even if someone tries to cause you any hurt, stay firm in your belief and remember that no one can cause you any pain if Allah does not desire it for you "And if Allah touches you with hurt, there is none who can remove it but He; and if He intends any good for you, there is none who can keep back His favour; He brings it to whom He pleases of His servants; And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful." (QS. 10:107)
kita selalu cemas dan takut tentang hal-hal yang akan terjadi...serius.saya selalu pikir cmney bila nak buat something.. ragu2 bila nak buat sesuatu.risau akan hasilnya yg kita akan dapat nanti.berjaya atau tidak? bila baca kata-kata ini tersentuh sgt... sedar atau tidak kebaikan atau keburukan apapun yang akan menimpa kita tidak mungkin datang keluar melaenkan dari kehendak Allah! masyaAllah.kadang2 rasa macam tak bersangka baek pulak.contoh.bila kita ditimpa kemudharatan o keburukan.kadang-kadang kita selalu menyalahkan takdir tanpa kita sedar.kalau baca n faham ayat nie betul2.musti kita akan meletakkan sepenuh kepercayaan kita pada Allah. Kita takkan sedih bila ditimpakan ujian kan.sebab kita tawu hanya Allah yg dapat hilangkan kesusahan kita? kita juga takkan sedih bila Allah tarik balik nikmat yang Dia beri pada kita sebab Allah berkuasa atas sesuatu yang Allah khendaki...apa yg dikhendakinya pasti terjadi... only Allah.. :')


✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

ALLAH ITU DEKAT...

 Sa’ad bin Abi Waqqash berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cobaannya?” Nabi Saw menjawab, “Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamnya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kukuh dia diuji sesuai itu (keras). Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa. (HR. Bukhari)

Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Bukhari)


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)
Allah tidak menurunkan ujian pada hamba-hambaNya tanpa melihat pada kemampuan hamba-hambaNya, Allah juga menurunkan ujian kerana kasih sayangNya. Allah ingin mengampuni dosa-dosa hamba-hambaNya, memberi kebaikan pada kita melalui ujian. :)
BE TOUGH DEAR! ADA JALANNYA.. FIGHTING!

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

SAMPAIKAN PADANYA.....

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang baik tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu,biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah Allah  di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia bagai seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
nota hati: reminder for myself. my dear future.baca nie! :')

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

KESEPIAN...

Sepi..
Kesepian ini semakin menghimpit jiwa
Namun bukan ketenangan yg aku rasa
Malah,sebaliknya…

Sungguh,hati ini sangat rindu..
Rindu pada ketenangan
Rindu pada kedamaian
Yang aku sendiri masih tercari-cari

Lalu kau hadir membawa cahaya
Terang dan mendamaikan
Saat kau hadir menyapa
Ku rasakan kekosongan itu makin terisi
Kau kembalikan sinar senyumanku
Kau hadirkan ketenangan yg selama ini hilang
Kau hilangkan kesepian yg terukir
Senyumanmu mendamaikan jiwa yg resah
Pandanganmu menghilangkan hati yang gundah..
Terima kasih Ya Allah…
Kau hadirkan dia buat menemani jiwa ini
Jiwa yang dulu kosong
Jiwa yang penuh kerinduan
Jiwa yang penuh pengharapan
Terima kasih kerana sudi hadir
Menemani diri ini...

♥ special for u: si debab! :) 
nota hati: syg awk sgt2 debab.terima kaseh sbb sudi teman tetiap ary kt umah.walaupun awk suka tidur.walaupun awk suka makan.wlupun kdg2 awk tak hiraukan sy.sy tetap syg awk! (syndrome bile dtngglkan duduk umah sowg2 tetiap ari) :')
*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:**.:。✿*゚’゚*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:**.:。✿..:*

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

KISAH ARANG DAN BERLIAN

Pernah mendengar kisah arang dan berlian? :)
Berlian dan Arang itu memiliki satu kesamaan. Mereka terlahir dari satu atom penyusun yang sama, iaitu Carbon (C).

Arang adalah residu hitam berisi karbon tidak murni yang dihasilkan dengan menghilangkan kandungan air dan komponen volatil dari hewan atau tumbuhan. Arang umumnya didapatkan dengan memanaskan kayu, gula, tulang, dan benda lain. Arang yang hitam, ringan, mudah hancur, dan meyerupai batu bara ini terdiri dari 85% sampai 98% karbon, sisanya adalah abu atau benda kimia lainnya. (http://id.wikipedia.org/wiki/Arang)
Berlian atau Intan adalah mineral yang secara kimia merupakan bentuk kristal, atau alotrop, dari karbon. Intan terkenal karena memiliki sifat-sifat fizikalnya yang istimewa, terutama faktor kekerasannya dan kemampuannya mendispersikan cahaya. Sifat-sifat ini yang membuat intan digunakan dalam perhiasan dan berbagai penerapan di dalam dunia industri.
 (http://id.wikipedia.org/wiki/Intan)

Arang dan berlian melalui proses yg sama. dua benda yang sama-sama unsur penyusunnya adalah karbon. yang bezanya unsur karbon pada berlian lebih terstruktur sehingga membentuk kristal yang lebih solid. Keteraturan unsur karbon nie yang menyebabkan berlian memiliki nilai lebih jauh berbanding si arang tadi...


Sekadar nk share sikit dialog antara berlian dan arang. mendalam sgt maksudnya.. :') 
Arang : Duhai mempunyai kermilau yang indah, kita sesungguhnya terhasil daripada proses yang sama,tapi kenapa kau mempunyai kedudukan yang lbh tinggi? kau mempunyai cahaya yang indah yang membuatkan kau bertakhta di atas mahkota. Namun aku, hanya seperti ini, hanya mampu menghitamkan mangkuk dan pinggan-pinggan.
Berlian: Wahai saudara seperjuangan. Kita memang berasal daripada asas yang sama. Tapi aku telah melalui tekanan yang terlalu hebat dan aku terima itu berjuta-juta tahun sehingga sampailah aku ke tempat yang tinggi.
Arang: Lalu, apa nasihatmu kepadaku?
Berlian: Bersiaplah untuk menerima tekanan dan panas yang tinggi agar kau mendapat tempat yang tinggi. 


Sebagaimana kita sedia maklum, berlian melalui proses tempaan dan tekanan alam yang sangat panjang dan rumit. Berlian tak muncul tiba2 begitu sahaja, benda yang indah ini lahir dari tekanan perut bumi yang melalui proses penempaan yang cukup lama dan berat untuk menjadi sebuah berlian yang cantik dan berharga. Kemudian, berlian ini perlu digosok agar berkilau.


Berbeza pula dengan arang, dimana kita cukup membakar benda-benda seperti kayu, tulang, atau yang lainnya, dan kita pun tinggal menunggu benda tersebut menjadi hitam pekat dan berubah menjadi arang yang tidak cukup berharga jika dibandingkan dengan berlian. Arang menginginkan sesuatu yang instant untuk memunculkan dirinya, dia tidak berani mengambil risiko dengan menerima tempaan untuk dirinya. Dia lebih memilih untuk menerima dan menghindar dari kenyataan.


Apa yang dapat dikaitkan dengan hidupan kita?
Begitulah ujian yang Allah timpakan pada kita, kadang2 kita sering dilanda masalah, dugaan yang bertimpa-timpa smpaikan kita sering mengeluh dan berputus asa. Cuba kait balek dengan kisah si berlian tadi, sebelum dia jadi arang dia perlu menempuh 'dugaan' sehinggakan berjuta-juta tahun, namun berkat kesabaran dan kegigihan berlian tadi, dia berjaya menjadikan dirinya menjadi sebuah permata yg berharga dan berkilau. Begitulah kita, kalau kita ttp sabar n kuat hadapi ujian yg Allah datangkan pada kita, insyaAllah Allah akan kurniakan darjat yg tinggi berkat kesabaran kita tu.itulah cara Allah utk meningkatkan darjat manusia dsisiNya :)
nota hati: moga hati ini akan terus bersabar n tabah bila ditimpakan ujian. ingin jadi seperti permata yang bersinar dan berkilau seperti berlian.insyaAllah. :)
✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

TEGURAN BERHIKMAH

Kita haruslah memandang semua manusia dari kaca mata dakwah dan kasih sayang. Jangan hukum sesorang sebelum kita kenal dia terlebih dahulu,mungkin kisahnya tidak seperti kita. Mungkin didikan yang dia dapat tidak sebaik seperti didikan yang kita dapat. Mungkin juga suasana persekitarannya yang mendorong dia menjadi seperti itu. Kita haruslah berbaik sangka dalam apa jua keadaan sekalipun, rendahkan diri dengan orang yang menasihati atau dinasihati. Mungkin dengan itu kita akan lebih memahami keadaan dia, dan dia juga insyaAllah akan lebih mudah menerima nasihat kita. 


Bayangkan kalau kita ada dua rakan nie.sorang tu tegur contoh: 
bila ada si A ni dy bwat maksiat.
si B pun tegur : “KO NAK MASUK NERAKA KE.TAWU TAK BENDA NI HARAM?!”
then si C ckp ” ohh.A.ko tawu kan benda nie tak elok.ko cuba tinggalkan ea.kalo tak dapat tinggalkan terus.kita cuba skit demi sikit..iA.munkin dgn usaha kita.Allah akan cuba bantu.yg penting kamu berusaha ya..Allah suka hambaNya yg berusaha berubah utk kebaikan..Allah Maha Pengampun..sy tau kamu ni baik sebenarnya..sy doakn kamu berjaya tinggalkan bnda nie.” :) 


jadi..klu kite jadi si A.yg mana kite lebih tersentuh n rase nk brubah bile dgr? 
tentunya kite akan lebih berlapang dada bile dgr nasihat daripada orang yg lembut hati dan baik.tidak kasar dalam cara penyampaian nasihatnya kan??


Selalu mendengar keluhan rakan-rakan yang hati dan niatnya yang benar-benar mahu berubah, namun ada sesetengah manusia, yang memandang serong dan memperlekehkan mereka. Setiap orang mempunyai potensi dan hati yang berhajat pada kebaikan. Hati-hati seperti inilah yang perlu dididik untuk terus istiqomah mencari jalan keredhaan. Kita perlu kreatif dan halus mengajak mereka. Bimbang jika terlalu keras, malah mereka akan semakin menjauhkan diri.


Kita tak boleh menilai seseorang dari pakaian dia atau fizikal dia. Mungkin mereka ini jauh lebih baik berbanding kita. Mungkin juga seseorang yang pernah bangkit dari kesilapan kadangkala lebih baek dan bersih hatinya daripada yg laen. Apapun,paling penting kita perlu berbaek sangka, sayang menyayangi dan saling mendoakan. Hanya Allah yang paling layak dalam menilai diri kita,bukannya manusia


nota hati: tak sume dilahirkan terus2 jadi baek.mungkin sape yg dilahirkan dalam biah yg baek dr kck smpi besar tak phm.btapa sshnya nk bergerak n bertatih sdkt demi sdkit bbnding mereka yg dari kcl tlh dididik n berada dlm suasana biah yg baek.. sama2la kita memperbaiki diri n org yg menegur perlu berhikmah dalam stp teguran dan tidak menyinggung perasaan org laen.. yg menerima teguran pula perlu lebih bersikap terbuka dan berlapang dada bila menerima teguran..sama2 perbaiki diri n berkaseh sayang sesama kita ya! ^_^
insyaAllah.i will nver stop TRYING to be a good muslimah.pray hard for me. :)


Before you judge my life, my past or my character... walk in my shoes, walk the path i have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. remember, everyone has a story. when you've lived my life then you can judge me.. ^_^

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

TANDA-TANDA KURANGNYA IMAN

Tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:
1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
7. Berat dalam mengingat Allah.
8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah.
9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
3. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
4. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
5. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
6. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
7. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
8. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
9. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
10. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
11. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

jom blaja bahasa arab.. :)

Say/When/Translation
Assalamu ‘Alaikum
when you meet a muslim
Translation: Peace be upon you
Wa’alaikum Assalam
a Muslim greets you
Translation: And peace be upon you
Assalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh 
formal and great greeting to a Muslim
Translation: May the peace, mercy, and blessings of Allah be upon you
Wa’alaikum assalam wa rahmatullahi wa barakatuh 
a Muslim greets you
Translation: And peace and mercy and blessings of Allah be upon you
Hiyyak Allah 
When greeting someone after Salaams
Translation: May Allah greet you (lit. May Allah preserve your life)
Bismillah arRahman arRahim 
before making a beginning
Translation: In the name of Allah, most Gracious most Merciful
Jazak Allah Khairan
for expression of thanks
Translation: May Allah reward you with blessings
(Reply: Wa iyak(i), wa iyakum; Trans. And you)
BarakAllahu feekum or Allah baraka feek(i) 
responding to someone’s thanks/ a way of expressing thanks
Translation: May Allah bless you
(Reply: Wa feek(i), Wa feekum; Trans.: And you)
Fi Amanillah 
by way of saying good-bye
Translation: May Allah protect you
Subhanallah 
for praising something
Translation: Glory be to Allah
Insha Allah 
for expressing a desire to do something
Translation: If Allah wills/Through Allah’s will
Astaghfirullah 
Repenting for sins before Allah
I beg Allah for forgiveness
Masha Allah 
for expressing appreciation of something good
Translation: As Allah has willed/Praise be to Allah
Alhamdulillah 
for showing gratitude to Allah after success or even after completing anything
Translation: Thanks be to Allah
Ameen 
the end of a Dua or prayer
Translation: May it be so
Sallahu ‘alayhi wa salaam
whenever say the name of Prophet Muhammad
Translation: Peace be upon him (S.A.W.)
‘Alayhi salaam
whenever say the name of a prophet
Translation: Peace be upon him (A.S.)
Radi Allah ‘Anhu 
whenever say name of male companion of the Prophet (Sahabi)
Translation: May Allah be pleased with him (R.A.)
Radi Allah ‘Anha 
whenever say name of female companion of the Prophet
Translation: May Allah be pleased with her (R.A.)
Radi Allah ‘Anhum
Plural form of saying companions of the Prophet
Translation: May Allah be pleased with them (R.A.)
Innaa lillaahi wa innaa ilayhi raaji’oon 
this is uttered as an expression upon hearing the news of some loss or some one’s death
Translation: To Allah we belong and to Him is our return
aathama allahu ajrakom 
uttered to family of deceased
Translation: may Allah make your ajer (reward) great
Shakar Allahu Sa’yikum 
uttered to people who attend aaza – when friends go to send condolences upon death of a person
Translation: May Allah accept that your effort
La hawla wala quwata illah billah 
during the time of troubles
Translation: There is no strength nor power except Allah
_________________
A few more:
Tawakkal-tu-’ala-Allah- I have put my trust in Allah-rely on Allah solving a problem
Tawkkalna-’ala-Allah – we have put our trust in Allah – waiting for a problem to be solved
Rahimahullah – Allah have Mercy on him – you see someone in distress
Na’uzhu-bi-Allah - we seek refuge in Allah – showing your dislike
Fi sabeel illah – in/for Allah’s cause/way – you give charity/help people
Ittaqillah-fear Allah- you see someone doing a bad deed
Hayyak Allah - Allah maintain your life – you greet someone
Hasbi Allah – Allah will suffice me – you are in a difficult situation
Azhak Allah sinnaka - May Allah keep you cheerful – you seek another Muslim with cheerful countenance
____________________
A
AL-HAMDU LILLAHI RABBIL ‘ALAMIN 
This is a verse from the Qur’an that Muslims recite and say many times per day. Other than being recited daily during prayers, a Muslim reads this expression in every activity of his daily life. The meaning of it is: “Praise be to Allah, the Lord of the worlds.”
A Muslim invokes the praises of Allah before he does his daily work; and when he finishes, he thanks Allah for His favors. A Muslim is grateful to Allah for all His blessings. It is a statement of thanks, appreciation, and gratitude from the creature to his Creator.
ALLAHU AKBAR 
This statement is said by Muslims numerous times. During the call for prayer, during prayer, when they are happy, and wish to express their approval of what they hear, when they slaughter an animal, and when they want to praise a speaker, Muslims do say this expression of Allahu Akbar. Actually it is most said expression in the world. It’s meaning: “Allah is the Greatest.” Muslims praise Allah in every aspect of life; and as such they say Allahu Akbar.
ASSALAMU ALAIKUM 
This is an expression Muslims say whenever they meet one another. It is a statement of greeting with peace. The meaning of it is: “Peace be upon you.”
Muslims try to establish peace on earth even through the friendly relation of greeting and meeting one another.
The other forms are: “Assalamu ‘Alalikum Wa Rahmatullah,” which means:”May the peace and the Mercy of Allah be upon you,” and “Assalamu Alalikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh,” which means:”May the peace, the mercy, and the blessings of Allah be upon you.”
ASTAGHFIRULLAH 
This is an expression used by a Muslim when he wants to ask Allah forgiveness. The meaning of it is: “I ask Allah forgiveness.” A Muslim says this phrase many times, even when he is talking to another person. When a Muslim abstains from doing wrong, or even when he wants to prove that he is innocent of an incident he uses this expression. After every Salah (payer), a Muslim says this statement three times.
A’UDHU BILLAHI MINASHAYTAN IRAJEEM 
This is an expression and a statement that Muslims have to recite before reading to Qur’an, before speaking, before doing any work, before making a supplication, before taking ablution, before entering the wash room, and before doing many other daily activities. The meaning of this phrase is: “I seek refuge from Allah from the outcast Satan.” Allah is the Arabic name of God.
Satan is the source of evil and he always tries to misguide and mislead people. The Qur’an states that Satan is not an angel but a member of the Jinn, which are spiritual beings created by Allah. So the belief that Satan is a fallen angel is rejected in Islam.
B
BARAKALLAH
This is an expression, which means: “May the blessings of Allah (be upon you).” When a Muslim wants to thank to another person, he uses different statements to express his thanks, appreciation, and gratitude. One of them is to say “Baraka Allah.”
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM 
This is a phrase from the Qur’an that is recited before reading the Qur’an. It is to be read immediately after one reads the phrase: “A’uzu Billahi Minashaitanir Rajim.”
This phrase is also recited before doing any daily activity. The meaning of it is: “In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.”
I
IN SHA’ ALLAH 
When a person wishes to plan for the future, when he promises, when he makes resolutions, and when he makes a pledge, he makes them with permission and the will of Allah. For this reason, a Muslim uses the Qur’anic instructions by saying “In Sha ‘ Allah.” The meaning of this statement is: “If Allah wills.” Muslims are to strive hard and to put their trusts with Allah. They leave the results in the hands of Allah.
INNA LILLAHI WA INNA ILAHI RAJI’UN 
When a Muslim is struck with a calamity, when he loses one of his loved ones, or when he has gone bankrupt, he should be patient and say this statement, the meaning of which is: “We are from Allah and to whom we are returning.”
Muslims believe that Allah is the One who gives and it is He takes away. He is testing us. Hence, a Muslim submits himself to Allah. He is grateful and thankful to Allah for whatever he gets. On the other hand, he is patient and says this expression in times of turmoil and calamity.
J
JAZAKALLAHU KHAYRAN 
This is a statement of thanks and appreciation to be said to the person who does a favor. Instead of saying “thanks” (Shukran), the Islamic statement of thanks is to say this phrase. It’s meaning is: ” May Allah reward you for the good.”
It is understood that human beings can’t repay one another enough. Hence, it is better to request Almighty Allah to reward the person who did a favor and to give him the best.
K
KALAM 
Talk or speech as in “kalamu Allah”; has also been used through the ages to mean logic or philosophy.
L
LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH 
The meaning of this expression is: ” There is no power and no strength save in Allah.” This expression is read by a Muslim when he is struck by a calamity, or is taken over by a situation beyond his control. A Muslim puts his trust in the hands of Allah, and submits himself to Allah.
LA ILAHA ILLALLAH 
This expression is the most important one in Islam. It is the creed that every person has to say to be considered a Muslim. It is part of the first pillar of Islam. The meaning of which is: ” There is no lord worthy of worship except Allah.”
The second part of this first pillar is to say: “Mohammedan Rasul Allah,” which means:”Muhammad is the messenger of Allah.”
M
MA SHA’ ALLAH 
This is an expression that Muslims say whenever they are excited and surprised. When they wish to express their happiness, they use such an expression. The meaning of “Ma sha’ Allah” is: “Whatever Allah wants.” or “Whatever Allah wants to give, He gives.” This means that whenever Allah gives something good to someone, blesses him, honors him, and opens the door of success in business, a Muslim says this statement of “Ma Sha’ Allah.”
It has become a tradition that whenever a person constructs a building, a house, or an office, he puts a plaque on the wall or the entrance with this statement. It is a sign of thanks and appreciation from the person to Almighty Allah for whatever he was blessed with.
MUHAMMADUN RASULULLAH 
This statement is the second part of the first pillar of Islam. The meaning of this part is that Prophet Muhammad is the last and final prophet and messenger of Allah to mankind. He is the culmination, summation, purification of the previous prophets of Allah to humanity.
P
P.B.U.H
These letters are abbreviations for the words Peace Be Upon Him which are the meaning of the Arabic expression ” ‘Alaihis Salam”, which is an expression that is said when the name of a prophet is mentioned.
This expression is widely used by English speaking Muslims. It is to be noticed here that this expression does not give the full meaning of “Salla Allahu ‘Alaihi Wa Sallam”. Therefore it is recommended that people do not use (p.b.u.h.) after the name of prophet Muhammad (s.a.w.); they should use “Salla Allahu ‘Alaihi Wa Sallam” instead, or they may use the abbreviated form of (s.a.w) in writing.
R
RADHIALLAHU ‘ANHU 
This is an expression to be used by Muslims whenever a name of a companion of the Prophet Muhammad (s.a.w.) is mentioned or used in writing. The meaning of this statement is: “May Allah be pleased with him.”
Muslims are taught to be respectful to the elderly and to those who contributed to the spread and success in Islam. They are to be grateful to the companions of the prophet (s.a.w.) for their sacrifices, their leadership, and their contributions. Muslims are advised to use this phrase when such names are mentioned or written.
S
SADAQALLAHUL ‘ADHEEM 
This is a statement of truth that a Muslim says after reading any amount of verses from the Qur’an. The meaning of it is: “Allah says the truth.”
The Qur’an is the exact words of Allah in verbatim. When Allah speaks, He says the truth; and when the Qur’an is being recited, a Muslim is reciting the words of truth of Allah. Hence, he says: “Sadaqallahul ‘Azim.”
SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM 
When the name of Prophet Muhammad (saw) is mentioned or written, a Muslim is to respect him and invoke this statement of peace upon him. The meaning of it is: “May the blessings and the peace of Allah be upon him (Muhammad).
Another expression that is alternatively used is: “Alaihissalatu Wassalam.” This expression means: “On Him (Muhammad) are the blessings and the peace of Allah.”
Allah has ordered Muslims, in the Qur’an, to say such an expression. Muslims are informed that if they proclaim such a statement once, Allah will reward them ten times.
S.A.W. These letters are abbreviations for the words “Salla Allahu ‘Alaihi Wa Sallam”.
SUBHANAHU WA TA’ALA 
This is an expression that Muslims use whenever the name of Allah is pronounced or written. The meaning of this expression is: “Allah is pure of having partners and He is exalted from having a son.”
Muslims believe that Allah is the only God, the Creator of the Universe. He does not have partners or children. Sometimes Muslims use other expressions when the name of Allah is written or pronounced. Some of which are: “‘Azza Wa Jall”: He is the Mighty and the Majestic; “Jalla Jalaluh”: He is the exalted Majestic.
S.W.T. These letters are abbreviations for the words of “Subhanahu Wa Ta’ala”.
W
WA ‘ALAIKUM ASSALAM 
This is an expression that a Muslim is to say as an answer for the greeting. When a person greets another with a salutation of peace, the answer for the greeting is an answer of peace. The meaning of this statement is: “And upon you is the peace.” The other expressions are: ” Wa Alaikums Salam Wa Rahmatullah.” and “Wa ‘Alaikums Salam Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.”
—————

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers