FAEDAH-FAEDAH SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W




Abuya Sayyid Muhammad Alawi menyebt dalam sebuah kitab beliau “ Syaraful Ummah Al-Muhammadiyyah” dalam bab “Faedah-faedah berselawat keatas Nabi s.a.w dalam muka surat 186 . Jelas beliau : 

“ Di sini saya akan sebutkan beberapa faedah berselawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad s.a.w seperti yang disebutkan oleh para ulama khasnya oleh imam al-“Allaamah Ibnul Qayyim al-Jauzi dan al-Hafiz ( pakar ilmu hadis ) Ibnu Hajar al-Haitami dengan cara ringkas .” 

1. Menjunjung perintah Allah S.W.T 
2. Amalan kita berbetulan dengan amal Allah S.W.T dalam hal berselawat ke atas Nabi s.a.w walaupun selawat kita dengan selawat allah Ta’ala berlainan maksudnya. Selawat kita bermaksud doa dan mohon limpah rahmat , dan selawat Allah Ta’ala bermaksud pujian dan pemuliaan baginda s.a.w 
3. Amalan kita berbetulan dengan amal para Malaikat dalam hal berselawat ke atas Nabi s.a.w. 
4. Memperoleh sepuluh rahmat daripada Allah Ta’ala bagi sesiapa yang berselawat sekali keatas Nabi s.a.w. 
5. Diangkat darjatnya disisi Allah ke 10 darjat lebih tinggi. 
6. Mendapatkan 10 kebaikan. 
7. Dihapus oleh Allah sepuluh kejahatannya. 
8. Ada harapan doanya diterima jika selawat itu didahulukan kerana selawat ini akan membawa nak doa itu ke sisi Tuhan Rabbul Alamin di mana sebelum itu doanya terhenti di antara langit dan bumi. 
9. Selawat ini penyebab seseorang itu mendapat syafaat Nabi s.a.w apabila ia menyertakan dengan memohon al-Wasilah ( kedudukan tertinggi ) untuk Nabi s.a.w atau berselawat saja. 
10.Penyebab mendapatkan keampunan dosa-dosa berkaitan dengan Allah Ta’ala. 
11.Penyebab Allah Ta’ala mencukupi dukacitanya. 
12. Penyebab seseorang itu memperoleh kedudukan yang dekat dengan Nabi s.a.w di hari kiamat kelak. 
13.Berselawat umpama bersedekah bagi orang yang susah . ( Orang susah tak ada benda yang nak disedekahkan, maka selawat ini umpama sedekah bagi dirinya. ) 
14. Penyebab seseorang itu dilimpahi rahmat oleh Allah dan dimintakan keampunan oleh para malaikatNya. 
15.Penyebab seseorang itu ditunaikan segala hajatnya oleh Allah Ta’ala. 
16.Selawat ini merupakan zakat dan kesucian baginya. 
17.Penyebab seseorang itu mendapat berita syurga sebelum kematiannya. 
18.Penyebab seseorang itu selamat daripada huruhara hari Kiamat. 
19.Penyebab seseorang itu didoakan rahmat dan salam sejahtera oleh Baginda Nabi s.a.w 
20.Penyebab bagi memulihkan ingatan bagi org yg lupakan sesuatu. 
21.Penyebab sesuatu majlis itu berkat berseri dan membawa keuntungan kepada empunya di hari kiamat. 
22. Penyebab dijauhkan daripada kefakiran. 
23. Penyebab seseorang itu tidak dinamakan bakhil oleh Baginda s.a.w apa bila ia menjawab selawat ketika ada orang berselawat keatasnya s.a.w 
24. Penyebab seseorang itu selamat daripada ditimpa doa-doa yang tidak baik yang ditujukan kepada hamba yang melupai Baginda s.a.w lebih2 lagi ketika disebut nama Baginda s.a.w lalu ia tidak berselawat ke atasnya. 
25. Selawat ini melemparkam empunya selawat ke atas jalan syurga sebaliknya orang 
yang meninggalkannya. 
26. Selawat ini menyelamatkan sesuatu majlis yang tidak menyebut Allah dan RasulNya, 
memuja dan memuji Allah serta selawat keatas RasulNya s.a.wdaripada basi berbau busuk disisi Allah. 
27. Penyebab bagi kesempurnaan ucapan yang dimulakan dengan memuji Allah dan berselawat ke atas RasulNya s.a.w 
28. Penyebab seseorang memperoleh cahaya yang sempurna di atas titian Shirat Al- Mustaqim kelak. 
29. Selawat itu mengeluarkan seseorang hamba daripada dianggap renggang ( jauh ) daripada Allah Ta’ala. 
30. Penyebab seseorang mendapatkan pujian baik yang berkekalan daripada Allah S.W.T diantara penduduk langit dan bumi. 
31. Penyebab mendapatkan keberkatan pada diri orang yang berselawat itu, amalnya, umurnya dan segala usahanya yang baik. 
32. Penyebab mendapatkan limpahan rahma. 
33. Penyebab seseorang itu berkekalan mengasihi Baginda Rasulullah s.a.w dan seterusnya akan menambahkan dan melipatgandakan rasa kasih terhadapnya. 
34. Penyebab Baginda s.a.w bertambah kasih kepada orang berselawat ke atasnya s.a.w 
35. Penyebab seseorang hamba memperolehi hidayah dan hati yang hidup. 
36. Penyebab nama seseorang itu diperlihatkan kepada Nabi s.a.w 
37. Peenyebab tapak kaki seseorang hamba itu tetap di atas titian Shirat daan mudah melintasinya. 
38. Berselawat bermakna kita menunaikan sekurang-kurangnya hak Rasulullah s.a.w ke atas kita dan mensyukuri nikmat Allah Ta’ala dengan sebabnya. 
39. Selawat mengandungi makna zikir Allah dab mensyukuriNya dan dapat mengenali nilai nikmat yang Allah limpahkan ke atas hambaNya dengan mengutusnya sebagai Rasulullahs.a.w 

Petikan Dari Buku : 25 SELAWAT PELITA MUKMIN 
Susunan : Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Makki 
Terjemahan :Farhan Bin Haji Hasyiri Al-Manduri 
Penerbit : Pustaka Darul Hikmah 

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

0 comments:

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers