andai kau tahu..

untuk setiap kesakitan yang tak terucap
untuk setiap rasa yg membungkam di jiwa
untuk setiap persoalan yang tak terjawab
untuk setiap teka teki yang kau persembahkan
terima kasih atas semuanya! :'|


terima kasih kerana hingga saat ini setiap tingkahmu dulu berjaya membuat aku masih MENUNTUT setiap persoalan dan teka teki yang kau timbulkan. yang kau seolah sembunyikan sehingga aku merasa diANIAYAi meski tanpa kau sedar! Kebenaran yang diketahui dari insan lain sudah cukup menyakitkan hati ini. Singkatnya masa perpisahan kita dengan ikatanmu dengan insan lain sudah cukup merasa diri ini tertipu. Mana pergi kejujuran dan saat ku pinta untuk engkau bersikap benar dan jujur dengan dirimu pada diri ini? Tiada langsung penjelasan. selama ini aku diam. selama ini aku mengiyakan segala. kerna aku cuba tuk terima. namun hakikatnya hingga saat ni ia masih bermain2 di fikiran terbiar tanpa jawapan yang aku sendiri tak pasti. tergantung tanpa ku ketahui puncanya.

11 May 2011...sudah dua tahun setengah berlalu.. aku benar2 ingin melepaskan semuanya pergi! ya.aku yang membuat keputusan itu tapi atas dasar kamu. desakan kamu. dan segalanya berlaku dalam sekelip mata tanpa kau menjelaskan segala. sungguh. TIADA lagi harapan yang masih tersimpan pada diri ini mahupun kamu melainkan sekadar penjelasan pada setiap teka teki yang kau cipta agar aku bisa benar2 dpt melepaskan segalanya pergi... aku ingin bebas tanpa bayangan persoalan lagi.. agar aku benar2 TENANG tanpa mempersoalkan jalan yang telah tertulis buatku ini..


*kamu tahu kamu siapa.. kadangkala diri tidak mengerti mengapa perlu kau perlu bersikap mem'block' dan mnghindarkan diri seolah seperti cuba menyembunyikan 'sesuatu'? apa yang kau cuba hindarkan? apa yang cuba kau lakukan? apa kau takut dengan bayang kisah silammu? Andai engkau benar mengapa pergi. Andai engkau benar mengapa menghindari dan menjauh diri? :)


✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

0 comments:

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers