Sekadar nk share sikit dialog antara berlian dan arang. mendalam sgt maksudnya.. :')
Arang : Duhai mempunyai kermilau yang indah, kita sesungguhnya terhasil daripada proses yang sama,tapi kenapa kau mempunyai kedudukan yang lbh tinggi? kau mempunyai cahaya yang indah yang membuatkan kau bertakhta di atas mahkota. Namun aku, hanya seperti ini, hanya mampu menghitamkan mangkuk dan pinggan-pinggan.
Berlian: Wahai saudara seperjuangan. Kita memang berasal daripada asas yang sama. Tapi aku telah melalui tekanan yang terlalu hebat dan aku terima itu berjuta-juta tahun sehingga sampailah aku ke tempat yang tinggi.
Arang: Lalu, apa nasihatmu kepadaku?
Berlian: Bersiaplah untuk menerima tekanan dan panas yang tinggi agar kau mendapat tempat yang tinggi.
Sebagaimana kita sedia maklum, berlian melalui proses tempaan dan tekanan alam yang sangat panjang dan rumit. Berlian tak muncul tiba2 begitu sahaja, benda yang indah ini lahir dari tekanan perut bumi yang melalui proses penempaan yang cukup lama dan berat untuk menjadi sebuah berlian yang cantik dan berharga. Kemudian, berlian ini perlu digosok agar berkilau.
Berbeza pula dengan arang, dimana kita cukup membakar benda-benda seperti kayu, tulang, atau yang lainnya, dan kita pun tinggal menunggu benda tersebut menjadi hitam pekat dan berubah menjadi arang yang tidak cukup berharga jika dibandingkan dengan berlian. Arang menginginkan sesuatu yang instant untuk memunculkan dirinya, dia tidak berani mengambil risiko dengan menerima tempaan untuk dirinya. Dia lebih memilih untuk menerima dan menghindar dari kenyataan.
Apa yang dapat dikaitkan dengan hidupan kita?
Begitulah ujian yang Allah timpakan pada kita, kadang2 kita sering dilanda masalah, dugaan yang bertimpa-timpa smpaikan kita sering mengeluh dan berputus asa. Cuba kait balek dengan kisah si berlian tadi, sebelum dia jadi arang dia perlu menempuh 'dugaan' sehinggakan berjuta-juta tahun, namun berkat kesabaran dan kegigihan berlian tadi, dia berjaya menjadikan dirinya menjadi sebuah permata yg berharga dan berkilau. Begitulah kita, kalau kita ttp sabar n kuat hadapi ujian yg Allah datangkan pada kita, insyaAllah Allah akan kurniakan darjat yg tinggi berkat kesabaran kita tu.itulah cara Allah utk meningkatkan darjat manusia dsisiNya :)
nota hati: moga hati ini akan terus bersabar n tabah bila ditimpakan ujian. ingin jadi seperti permata yang bersinar dan berkilau seperti berlian.insyaAllah. :)









0 comments:
Post a Comment