hati... :(

 ntah mengapa masih sukar hati ini untuk benar2 melupakannya. meskipun diri ini telah melangkah terlalu jauh dan ke tangga yang lain. ke fasa yang lain. Tuhan..izinkan aku benar2 membuang dia jauh dariku.dari ingatanku.dari segalanya tentang dia. kerana dia hanya membuat aku sakit..terlalu sakit.. :(

Tuhan.
Mohon moga tiada duka melihat dia bahagia.
Mohon tiada air mata melihat tawa dan senyumnya.
Sembuhkan hatiku,
sepertimana KAU sembuhkan hatinya...

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

memujuk hati :'(


Tentang luka yang tersisa,

air mata yang tersembunyi,
tentang ketawa yang pura-pura,
senyuman yang jelas direka.

kau sendiri tahu,
terkadang matamu pun tak mampu menipu.
seperti hatimu yang tak selalu kuat bertahan,
dan senyummu yang tak ikhlas,
serta tawamu yang kedengaran janggal.

aku tahu,
kau sedang bergelut.
memang ianya tak mudah.
dan tak lah ianya terlalu sukar.

cuma,
bila ianya adalah soal perasaan.
sesuatu yang tak kelihatan,
maka ia adalah hal tentang masa dan penerimaan.
dan terkadang, ia memang terpaksa kau jalani sendiri, 
atau cuma berdua.
kau dan DIA.


Ya Allah, aku belum nampak lagi kebaikan takdirMu kini tetapi aku pasti ketentuanMu pasti ada kebaikannya nanti.. Didik hati ini agar sentiasa berlapang dada dan sering bersangka baik kepadaMu..




✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿


maybe? 


✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

kincir ajaib :p

" Senyum itu.
Senyuman bertahan.
Aku mungkin tidak tahu apa yang dirancang olehMu.
Namun aku tahu disebalik semua yang tersembunyi,
Senyuman itu pelangi,
hadirnya segera mewarnai,
mendung di hati. "
sometimes.there are things that getting harder to talk. and what u can do is just be quiet n sometimes quiet protects u. no matter how long it takes. i know everything will getting better :) Allah knows your pain, Allah knows you're trying. He is ready to always comfort you, forgive you, help you, and guide you.
kadangkala ada perkataan yang tidak dapat diterjemah dengan kata2. hanya gambaran lukisan yang mampu dilakar buat mengubat hati di jiwa. :')
spupu ckap muka tak boleh belah muka terharu+excited sebab dapat beli benda alah nie. automatic jiwa yg tengah kacau bilau bertukar hyperactive gumbira bile tgk kiincir angin nie pusing2 bile ditiup angin. jiwa yang haru biru pon melayang2 ditiup angin n diganti ngan perasaan spt diawang2an macam pelangi. hiperbola sangat.haha. sekarang nie simpan kiincir tu simpan kat bilik.setiap kali bukak kipas.dia pon akan berpusing sekali. terus mood pon baik. penangan kincir ajaib nie wink wink! weeehee :D
whatever happen.i will try to keep calm n smile. 
dengan adanya kincir pelangi ajaib nie. i will getting tougher.braver u know.. :p


✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

Will You Hate Me?



✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

*Move on and letting it go.. maybe its easy for u to say it. but not for me :'(
sometimes there's one time you feels like breaking down and nothing to do. nobody seems to understand u. everything is falling apart and you don't know how to do to make it right..and..that heavy feeling in your chest makes you don’t feel any desire to speak or move. All you want to do is close your eyes and sleep. 

* im tired of people who are like hot and then cold, one day they will talk to you like there is no tomorrow and make you feel important and probably make you fall for them, and then one day it is like you don’t even exist in their life…they ignore you..its like they are no where to be found, its like they’re playing mind games…im tired enough.. =___=

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

KEMBARA TARBIYAH: jatuh bangun~


TAUTAN HATI
Antara novel islamik yang pertama sekali aku baca dan aku mula jatuh cinta. Jatuh cinta pada pengisiannya yang sarat dengan tarbiyah, dakwah, nilai2 islam  dan akidah. Aku kagum dengan gaya dakwah yang digunakannya. Penuh dengan kelembutan, kesabaran dan kesungguhan. Sentiasa bersangka baik pada Allah apatah manusia dan tidak pernah menghukum. Watak Asiah Yusra dalam novel tersebut sangat terkesan di hati lalu membuahkan keazaman untuk menjadi seperti watak dalam novel itu.
Bagiku perjalanan setiap orang berbeza, dan aku sedar kadang2 kisah hidupnya yang lalu itu membentuk dirinya yang kini. Tidak ramai yang cuba tuk memahami dan terus mengkritik/malabel/memandang sinis insan2 yang kurang bernasib baik. Sedangkan setiap insan itu pasti ada terselit jua sedikit perasaan ingin berubah dan menjadi hambaNya yang baik kan? Siapa yang tidak mahu kebaikan dalam hidupnya? Dan kita juga hambaNya mungkin kadang2 bernasib baik. Mungkin hari ini Allah jaga kita dan masih beri nikmat dan islam. Esok lusa tiada siapa yang mampu menjamin?
Masih ku ingat lagi saat diri ini mula2 ditegur. Ketika itu berada di sebuah sekolah asrama aliran agama. Tapi aku tidak lama disini. Seminggu sebelum aku keluar, aku menerima surat layang di bawah mejaku yang menegur etika pemakaianku. Aku tidak tahu kenapa tetapi di saat membaca surat itu aku berasa sangat sensitive dan tidak dapat menerima cara dakwah yang ‘dia’ gunakan. Air mata tidak putus2 mengalir dan aku ponteng beberapa kelas setelah membaca surat itu. Surat itu menguatkan hatiku untuk keluar dari sekolah itu dan kembali ke skolah lama.  Aku berasa sangat sedih dan seolah tidak dapat menerima caranya kerana bagiku jika mahu menegur, kita perlu mengenali serta tahu keadaan/ masalah dan punca orang2 yang mahu kita tegur itu. Gunakan ‘appraoch’ yang sesuai mengikut keadaanya. Penerimaan setiap insan itu lain. Jangan main sembereno.  Aku kira caranya yang menghantar surat layang dan meletakkan di bawah meja adalah pengecut. Sungguh Hawa dicipta mmpunyai naluri dan rasa hati yang lembut.. bertegaslah tetapi jangan tidak diiringi dgn penghayatan. Hati wanita itu rapuh dan lembut, sentuhlah hati itu dengan motivasi dan kata2 semangat yang mendorong dirinya tuk berubah. Jangan terlalu keras bimbang kita hanya membuat mereka makin menjauh dari kita.
Meskipun begitu, aku tetap hargai niat baik  ‘insan’ itu yang hingga kini aku masih belum tahu pengirimnya. Semoga Allah membalas kebaikanmu
Aku juga ingin berterima kasih pada insan2 di sekolah ini. Teringat lagi, semasa mak abah dan hantar aku pulang ke asrama, aku sudah terlewat untuk solat asar. Dan disebabkan telekungku tertinggal di masjid sekolah, aku terpaksa meminjam sehelai tudung labuh milik adik dorm untuk dijadikan telekung. Ini kali pertama aku mengenakan tudung labuh. Aku tidak tahu apa yang aku rasa di saat pertama kali menyarungkan tudung labuhh itu. Terasa tenang dan mendamaikan. :) Usai solat,disebabkan aku sudah terlambat untuk ke dewan makan, dan bimbang di tahan lagi kerana tudungku yang masih tidak berjahit, aku terus sahaja mengenakan tudung labuh kepunyaan adik dormku lalu berlari anak ke dewan makan. Melangkahkan kaki sahaja ke dewan makan, terasa banyak mata memandang, aku jadi malu sendiri, malu kerana seolah terasa tidak layak. Allah :’(  Selepas makan, aku ditegur oleh bebrapa akhowat yang aku sendiri tidak kenal, mereka kata aku nampak cantik begini dan memberi kata2 semangat buat aku untuk terus berpakaian sebegitu. Hati bercampur baur antara gembira dan takut. Takut untuk berubah. Takut kerana merasa diri tidak layak...
Dalam diam sejak itu aku suka sangat tengok orang yang bertudung labuh. Suka memerhatikan mereka. Hati terasa sejuk dan tenang. Terdetik di hati untuk menjadi seperti itu suatu hari nanti. Aku mula belajar untuk memperbaiki diri dan aurat. Alhamdulillah Allah pertemukan dengan seorang insan, Yati yang sentiasa mendorong diri ini untuk menjadi lebih baik. Terngiang2 lagi amanat bicaranya supaya bertudung menutup dada. Semenjak itu, aku seolah ditiup satu kekuatan untuk berubah sedikit demi sedikit..
~Terima kasih yati menjadi batu harapan untuk diri ini kembali~
Adik2 dorm dan kak izzah yang sangat baik hati.. Terima kasih adek2 sayang pinjamkan akak tudung labuh dan buat akk rindu rasa’itu’ lagi..:’)
Buat sahabat2 seperjuangan di matrik,
Alhamdulillah, disini aku ditemukan dengan rakan2 yang baik dan sangat menjaga pergaulan serta aurat mereka. Terima kasih Allah mengiizinkan aku untuk menjejakkan kaki lagi di bumi Changlun yang penuh tarbiyah ini. Salah seorang classmate ku sangat  menjaga kami2 akhowat kelas kami. Sehinggakan kami yang biasa2 sudah mula belajar dan memahami sedikit demi sedikit hidup sebagai muslim. Boleh dikatakan kami tidak bercakap langsung dengan lelaki di dalam kelas jika tiada keperluan. Kelas yang sangat passive. :p Terima kasih Liza atas usahamu. Dan kini ku lihat hasilnya, ramai rakan2 kita yang sudah mulai berubah kearah lebih baik. Allah sahaja yang dapat membalas.
Bumi Shah Alam..
Masih ku ingat lagi, saat pertama kali melangkah ke sini, sedikit demi sedikit aku kembali pada diriku yang lama. Sungguh aku lemah,aku alpa, aku lalai. Hari makin hari, tiada ketenangan yang aku rasa. Jiwa terasa kosong meskipun dihimpit dengan kerja yang menimbun. Aku sering sedih tanpa alasan, merasa sendirian walaupun ada teman disisi. Sering sahaja aku berjalan dan membawa diri keseorangan. Tempat yang selalu aku kunjungi ialah tasik dan masjid negeri. Aku suka membiarkan fikiranku kosong dan melayang sambil melihat karenah dan telatah manusia di sekeliling. Aku tidak tahu apa yang aku cari, aku suka berjalan dan terus berjalan sehingga aku letih. Letih sehingga lupa kesedihanku. Bila sedih aku akan beli makanan yang manis2/ makanan kegemaran/ makan aiskrim. Melihat pemandangan tasik dan masjid yang mendamaikan mampu buat aku tenang sedikit ^^
Semester 2, Sekali lagi aku terhantuk dengan kejadian yang membuat aku sedar kembali, aku mula untuk tekad berubah setelah itu. Perlahan aku merangkak mencari diriku kembali... Ternyata segalanya tidak mudah.. Aku mula memutuskan hubungan dengan ‘si dia’. Menjauhkan diri dengan rakan2. Cuba mencari diri sendiri dan muhasabah diri kembali… Proses itu sangat pahit… semester tu aku banyak belajar erti kehidupan. Jatuh dan bangkit sendiri tanpa rakan, teman dan family. Pada masa sama, aku bergelut dengan pelajaranku yang semakin merosot… antara mencari diri sendiri yang hilang dan menyeimbangkan dengan tanggungjawab sebagai anak serta pelajar.
Di saat itu, aku sudah mula berjinak-jinak dengan tudung bidang 50 dan 60. Aku sudah kurang memakai selendang dan tudung biasa. Start join usrah balek dan pergi ke surau kembali. Tiada lagi istilah sibuk. Aku cuba mencuri masa2 yang ada untuk mengisi rohani yang sudah mulai sakit ini. Kadang2 aku menyibukkan diri dengan program sukarelawan untuk mengelakkan aku bersendirian dan bersedih.
Di ‘teratak coklat’ ini pula, aku mula mengenali mereka bunga2 mawar yang sangat terpelihara agamanya, akhlak dan dirinya. Aku berasa sangat tenang bersama mereka. Solat berjemaah bersama, mengaji bersama dan saling bertanya khabar. Mereka sangat mesra meskipun baru kenal. Benarlah, kehilangan itu Allah mulai ganti sedikit demi sedikit dengan ketenangan saat bersamaNya. Aku mulai belajar erti ukhwah kerana Allah bersama srikandi2 mawar. Subahanallah. Hebatnya tautan hati yang Allah titipkan buat hati2 yang mencariNya.  Sungguh, ketenangan itu amat aku rasai, hati rasa lapang. air mata menyapa pipi lantaran  terlalu rindu dengan perasaan ‘itu’. Perasaan yang pernah aku rasa saat lalu. Ya Allah , hanya  tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada ketika itu. Allahurabbi aku merindui saat merasa dekat dengan Kamu.. Rindu saat bersama2 orang yang mencintaiMU..
Aku rindu bulatan gembira kita..Aku rindu pelukan erat kalian..Aku rindu saat aku melihat kalian,Aku cuba berusaha untuk menjadi lebih baik.Aku rindu ukhwah itu..Ukhwah yang mengingatkan ku padaNya..Sungguh aku terlalu rindu… :’(
Entah kenapa kini aku merasakan yang diri aku ini terlalu menyimpang jauh dari redha Allah malah jauh seperti saat mula2 mengenal tarbiyah. Aku rasa malu dengan diriku sendiri. Aku masih tidak kuat dan istiqomah dengan perubahanku. Ya Allah, cubaan ini terlalu berat untukku hadapi :’( , aku tahu untuk membuat satu perubahan itu amat sukar dan berat. Pasti dujiNya niat kita untuk menguji siapa yang benar2 ikhlas berjuang dijalanNya. Dan aku…entah kali berapa aku tetap jua tersungkur, malah luka2 yang berbekas dulu, seolah tertoreh kembali dan lukanya makin dalam hinggakan aku rasakan sukar tuk ku ubati lagi. Jika ya, pasti luka itu akan tetap jua berbekas dan menjadi parut yang akan menjadi teman setia hingga akhir hayat. Aku ingin kembali kepada keadaanku yang dahulu. Keadaan dimana aku rasa tenang, damai dalam rahmat dan cintaMu. Aku rindu cahaya yang pernah menyapa. Namun dalam masa yang sama sangat sukar untuk aku mengubah keadaan ini. Ntah sampai bila aku begini. Kelam mencari sinar cahaya yang masih samar2.. 

Sungguh aku sedih. Aku akui aku sangat sedih melihat keadaanku. Aku mahu berubah. Tapi bertambah sedih apabila tiada insan yang memahami. Mudah berkata tetapi tak semudah untuk dilakukan. Melontar batu tetapi sorokkan tangan. Menghukum dan membenci seolah tiada harapan lagi buat mereka sang pendosa. Dan aku mulai sedar, Allah sahaja tempat aku bergantung. Meluahkan rasa hati. Kerana Allah itu sentiasa Maha Pengampun. Dia sayang hambaNya, takkan dibiarkan hambanya sendirian. 

Berubah itu perlukan mujahadah. Kesungguhan. Kekuatan. Mental, fizikal, emosi semua kena kuat! Mungkin siapa yang lahir-lahir terus dalam keluarga yang pakai tudung labuh, lahir-lahir terus dalam keluarga yang berdakwah tak paham betapa susahnya nak berubah tu. Maafkan aku jika kata2ku kasar. Tapi aku yang lahir dalam keluarga yang biasa-biasa rasa betapa hebatnya dugaan nak berubah tu. Susah! Payah! Aku tahu dan faham dan niat baik kalian, malah aku bersyukur dihadirkan sahabat2 yang menegur kerana aku yakin kalian juga adalah salah satu asbab teguran dari Illahi. 
Kadang2 aku jadi cemburu pada teman2 yang Allah jaga dirinya, dan teman2 yang Allah dah beri hidayah dan dia tetap istiqomah dijalanNya. Namun, jauh di sudut hati meskipun sedih dengan keadaan diri yang masih berbolak balik ini, aku tetap bersyukur Allah masih titipkan rasa rindu dan resah untuk kembali padaNya. Allah masih titipkan insan2 yang tak putus member aku kekuatan. Hanya doa dan berharap moga aku mampu menjadi hambaNya yang lebih baik suatu hari nanti serta tidak berputus asa memperbaiki diri. Berharap untuk terus menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan ikhlas menjaga hati keranaNya.  Allah permudahkan semuanya. Meski diri ini penuh dosa dan noda. Namun tetap jua diri ini ingin merayu dan mengemis kasihMu. Moga masih ada sekelumit cahayaMu buatku...
Adek fatin & adek ainun. Teruskan perjuangan kalian. Akak gembira tgk perubahan dan kesungguhan kalian mencari cintaNya. Sayang dan rindu kamu lillah. <3
Kamu..aku tahu hatimu sudah banyak kali terluka keranaku. Maafkan aku mengguris hatimu sahabat. Terima kasih atas nasihat dan kata2 yang tak pernah putus.meskipun kadang2 aku akui aku yang menghindar diri dan menjauhkan diri. Di kejauhan, aku hargai dan fahami niatmu sahabat.. Semoga Allah sentiasa menjagamu. Terima kasih Allah hadirkan sahabat2 yang baik..

Aku tahu perjalanan ini sukar. Aku tahu kisah kita bukan seindah fairy tale. Tapi dengan adanya kasih sayang dan kata2 semangat kalian buat diri ini makin teguh dan makin mengerti erti kehidupan. Semoga Allah memudahkan perjalanan kita menuju redhaNya. Memudahkan segala urusan kita. Aku impikan kita bersama berpimpin tangan menuju jannahNya.. :’)

'Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati hamba pada agamaMu'
P/S: kalian..sesiapa sahaja yang membaca, doakan aku terus diberi kekuatan memecah tembok penghadang. Tembok ketakutan dan tembok kelalaian yang selama ini jadi batu peghalang untuk aku terus melangkah. Pimpin aku menuju cahayaNya. Aku perlukan kalian semua kerana aku tidak cukup kuat.. Doakan aku terus dan tetap istiqomah. Terima kasih pada insan2 yang pernah hadir dalam hidup ini yang tak pernah putus mengajar aku erti kehidupan :’)

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

kehilangan yang menyakitkan...


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah. terimalah. terimalah..
Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
~petikan lirik nasyid 'taubat seorang hamba'~

sakitnya iman dan jauh dariNya JAUH lebih menyakitkan berbanding sakitnya kehilangan sesuatu yg disayang... di saat iman mulai lemah. hati mula memberontak mencari kebenaran. jiwa tidak tenang. resah tak bertempat.. segala perkara dirasakan amat sukar. hilang arah dan tiada semangat.. disaat ujian menyapa. disaat itu cinta kita padaNya diuji. antara cintanya dan cintaNya yg mana lebih utama dan teratas..??

ada tentang sesuatu yang buat aku ingin pergi jauh..
jauh dari semua dan memulakan langkah semula..
kerana hakikatnya aku sudah jauh dan makin jauh..
bimbang ia hanya meninggikan tempat ku jatuh..
sungguh aku yang lemah. aku yang lembik! =__=

peritnya rasa kehilangan dan jauh dariNya makin dirasai..
terkadang rasa ini terlalu berat utk ditanggung dan buat aku jadi letih.
terkadang ingin saling menyalahkan atas apa terjadi
tapi aku tidak mampu..
masihkah ada kesempatan buat diri ini? 


hati yang jerebu + mendung :'(

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

kerana aku..tidak selalu kuat... :'(

Ya Allah, Ya Tuhanku 
HambaMu merindukan 
Rahmat kasih sayangMu 
Dan jua keredhaanMu 
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda 
Yang menjanjikan azab sengsara 
Namun ku sedari 
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini 
Hamba yang mungkir pada janji-janji 
Jadikanlah taubat ini yang sejati 
PadaMu Ilahi 

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku 
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku 
Moga terhapus penghijab kalbu 
Antara Kau dan aku

Tuhan, 
Ku zalimi diri ini 
Andai Kau tak ampuni dan rahmati 
Alangkah ruginya diri

Tuhan, 
Jangan Kau palingkan hati ini 
Setelah Kau beri hidayah 
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih..


ada tentang sesuatu yang aku ingin pergi dan tak mengulanginya lagi. :'(


✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

struggle~

‎”There are times in life we need to grow, need to become better and stronger people. It is during those times that we find ourselves smothered in darkness, feeling hurt and disconnected. We may feel like we are covered in layers upon layers of dirt, not knowing how to take a breath, and we just want to reach the surface and break through to the light. 

But we know that in order to do that, we are going to work really hard, and at times it may hurt beyond belief. It is at these times that we often get frustrated and confused with what God is putting us through. We may begin to question why God would even allow this to happen or why He isn’t helping us in the way that we are asking. And no matter how hard we think, we just cannot see the wisdom in being locked in layers of darkness, strugg
ling to reach the top. It is at this moment that we need to stop, take a step back and learn from nature.

Stop and imagine what would happen to the seed if it simply stopped trying because it was too tired to push through and struggle to the top. Imagine what would happen to a butterfly if, after being wrapped in its cocoon for so long, it decided to stop pushing its way out and spread its wings. Imagine what would happen to a baby chick if it stopped pecking its way through the egg to make it to the world where chicks become chickens.” 


-Reehab Ramadan



✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

damba kasihMU...



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu...



✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

saat cintaNya menguji~


Walaupun tika kita telah menyatakan dan menyuarakan rasa hati untuk menyerahkan seluruh hati ini pada Allah. Tentu ada sahaja yang datang menyatakan hasrat hati untuk seikhlasnya mencintai kita. Teruji bukan hati? Dan kenapa perlu diuji dengan cinta manusia ini? Sedangkan Allah tahu kita ingin mencintai Dia sahaja?
Tapi, konsep cinta Allah itu seperti cinta kita juga.
Jika ada yang menyatakan “aku menyayangimu..” tentu kita akan menguji dia bukan? Apa benar dia menyayangi kita seperti apa yang dia nyatakan. Mungkin salah satu inisiatif kita, kita guna nombor lain dan kacau dia nak tengok dia layan atau tak bila ada another gender ‘usha’ si dia.
Mungkin itulah konsep Allah. Bila kita menyatakan kita menyayangi Allah, dia datangkan cinta manusia bertubi-tubi. Kenapa? Dia mahu uji benarkah cinta kita pada Dia. Adakah telus ataupun sekadar cinta yang kita cari ketika kesunyian? :(
Dan kita juga kadangkala gagal dan tersungkur.
Menerima cinta yang datang dan akhirnya lemas dengan lautan yang terlebih gula.
Mati akibat diabetes cinta.
Mungkin gagal dan tersungkur itu bukanlah bermaksud kita menerima cinta insani tersebut. tetapi kita gagal dari segi hati. Mencintai & dicintai adalah fitrah. Namun, lihatlah bagaimana kita menguruskan fitrah tersebut. Jika kita bermujahadah untuk mengelakkan fitnah, maka tentu ada jalannya. Jika kita tidak mampu bermujahadah melawan nafsu iaitu dengan mengikuti apa yang Allah syariatkan di dalam al-Quran untuk menjaga pergaulan dengan bukan mahram, menjaga pandangan, menjaga kemaluan melainkan hanya untuk yang halal, maka janganlah salahkan orang lain sedangkan kesilapan yang lebih besar datangnya dari diri kita sendiri.
Kita tahu bukan mudah, tapi itulah mujahadah.
Apabila dugaan mencelah, itu tandanya Allah memanggilnya. Allah menegur dengan cara paling halus. Allah mahu kita kembali merapat kepadaNya..
Moga Allah redha. Moga Allah terima kesaksian cinta kita padaNya yang tidak seberapa ini dan masih bertatih ini. Yang masih mencari hikmah di sebalik semua ini. Yang masih cuba membina diri di jalanNya yg diredhai. Mari saling mendoakan dan membahagiakan. Mari saling menguatkan antara satu sama lain. Mari cari cinta Allah. moga Allah sentiasa menjaga hati-hati kita menuju jalanNya :) 

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

thank you~


Thank you for helping me 
Thank you for trusting me
Thank you for believing me
Thank you for listening
Thank you for talking to me
Thank you for encouraging me
Thank you for understanding me
Thank you for hanging out with me
Thank you for remembering me
Thank you for all the times you made my day
Thank you for being there when I need
Thank you for making me feel needed
Thank you for telling me everything would be okay
Thank you for sticking with me when everyone else left,
Thank you for smiling by me even when it killed you inside
Thank you for forgiving me whenever I hurt u,
Thank you for standing by me through thick n thin
Thank you for teaching me that friends come and go but u always be there
Thank you for being my friend..now n always…
Thank you for everything…  :)
two simple words to tell u how much i appreciate  YOU :)

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

dosa semalam...

Ada kalanya aku lemah dalam jaga
Terkaku terduduk menyoal segala
Mungkinkah  salahku hingga sedemikian rupa
Adakah kerana diri ini yang alpa?
Hanyut pada dunia sementara
Sehingga lupa pada Pencipta
Lalu ujian hadir menjadi kafarah dosa?
Hati dan jiwa menangisi
Mengenang kembali mengapa begini
Rasa salahku kian menggunung tinggi
Resah di dada menyesakkan hati
Ingin diluahkan pada insani
Pasti jua tiada sesiapa yang memahami
Lalu,tangan ku tadah memohon pada Illahi..
Mengharap belas kasih Illahi..
Ya Rabbi,
Ku harapkan rasa ini akan pergi
Segalanya terasa berat untuk dilalui
Durinya mencucuk menduga hati..
Pelupuk mata terpejam tanpa disedari
Cuba menahan sebak di hati..
Tidak tertahan lagi rasanya untuk dilalui
Andai rasa ini untuk menguji hati
Biarlah ku serahkan pada pemilik hati
Kerna Engkau yang memegang hati-hati kami
Moga hadirnya rahmatmu Illahi
Menjadi penguatku diperjalanan ini
Kerna aku cuma musafir di bumiMu ini
Tunjukkan aku jalan ke syurgaMu yang hakiki..
Biarpun ku cuba selindungkan
Tetap jua titisan air mata ini ketitisan
Lantas diseka memohon kekuatan
Setiap kesulitan pasti disudahi dengan kesenangan..
Ya Rabbi..bantu daku mencari penyelesaian
Jangan tinggalkan  daku keseorangan…  :’(
~010313~

Ku rawat iman dan jiwa yang tandus dengan mmbaca kisah keluarga nabi Ibrahim…segalanya seolah terasa terkesan di hati…
Kisah Siti Hajar…
'' Siti Sarah seorang isteri yang cantik, beriman dan berakhlak mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi kerana sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah merestui Siti Hajar menjadi madunya. Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar. 
Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu. Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu. 
Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang,  
Betapa tabahnya SitiHajar menerima ketentuan Illahi. Memasakkan seluruh pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Menjadi Isteri yang patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Ternyata, pengorbanannya tidak sia-sia. Penderitaan siti hajar diingati dalam ibadat umrah/haji. Kita difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu. ''
Tanpa disedari air mata menitik. Persoalan demi persoalan menerjah. Kepedihan dan kesakitan  dosa semalam mula merantai jiwa yang sakit dan lemah. Pengorbanan siti sarah sanggup bermadu kerana mahukan zuriat buat Nabi Ibrahim.. ketabahan siti hajar keseorangan menghadapi perpisahan dengan Nabi Ibrahim dan menjaga anaknya Ismail yang masih kecil.. keperitan Nabi Ibrahim meniggalkan Siti Hajar walaupun jauh di sudut hatinya tidak meninginkannya.. Perit dan sakitnya penanggungan mereka tapi segalanya,disandarkan pada Illahi.. semuanya dilakukan KERANA ILLAHI.. Beratnya tanggungan yang mereka lalui…meskipun mereka di antara yang di muliakan Allah, masih jua terselit sifat cemburu apatah kita yang jauh sekali. Namun, ku akui segalanya pasti rencana Illahi jua.setiap yg diuji pasti terselit hikmahNya kerana Dia lebih Mengetahui. Allah jua yang membolak balikkan hati.. kita cuma hamba..sememangnya layak diuji oleh pencipta..Allah..mampukah didik jiwa setegar itu? Sekuat Nabi Ibrahim yang diuji kasihnya terhadap anak dan isterinya berkali2 demi membuktikan cintanya pada Illahi? Setabah Siti Hajar yang ditinggalkan di padang pasir membesarkan Ismail keseorangan yang ditinggalkan Nabi Ibrahim akibat cemburunya Sarah namun kerana tawakalnya pada Allah, dia merelakan semua..  hebatnya iman mereka. kuatnya tawakal mereka. Ingin sekali aku mencontohi.. :'(
Kisah Nabi Ibrahim

'' Nabi Ibrahim a.s adalah seorang hamba yang begitu tinggi cintanya kepada Allah SWT. Hinggakan semasa baginda hampir dibakar oleh Raja Namrud, Jibril datang menawarkan bantuan, lalu baginda berkata kepada Jibril, " Siapakah yang berkuasa menyalakan api ini?" "Dialah satu-satunya yang mengetahui segalanya tentangku, aku tidak  meminta pertolngan apa-apa darimu, jangan datang di antara dua kekasih!" Lalu Allah SWT menyejukkan api itu untuk Nabi Ibrahim sebagai imbalan cinta dan keyakinan baginda yan langsung tidak berbelah bagi kepada Allah SWT. 
Dugaan terhadap Nabi Ibrahim a.s tidak terhenti disitu. Nabi Ibrahim a.s tidak mempunyai anak walaupun sudah lama menginginkannya. Bukan Allah SWT tidak mendengar doa baginda, tetapi Allah SWT ingin menguji cinta hambanya itu. Setelah sekian lama, baginda dikurniakan Nabi Ismail a.s menjadi putera baginda. Nabi Ibrahim a.s berasa teramat gembira dan bersyukur.
Belum sempat baginda melihat anaknya itu membesar di depan mata, Allah SWT mewahyukan Nabi Ibrahim a.s untuk meninggalkan Siti Hajar serta anaknya Nabi Ismail a.s di sebuah gurun tandus yang tidak berpenghuni. Demi cinta yang tinggi kepada Allah SWT tanpa ada sedikit pun bantahan atau sebarang keraguan. Sebaik meninggalkan keluarganya di sana, baginda berdoa kepada Allah SWT.
Hebat kesetiaan Nabi Allah Ibrahim a.s meskipun dihujani ujian sedemikian hebat, baginda sedikit pun tidak merungut dan berputus asa dari rahmat Allah SWT. Lalu beberapa tahun selepas itu, sesudah Nabi Ismail a.s dewasa, Nabi Ibrahim a.s dipertemukan semula dengan keluarganya. Itulah detik paling membahagiakan dalam hidup baginda, Nabi Ibrahim a.s amat mencintai Nabi Ismail a,s dengan sepenuh jiwanya. Mereka diperintahkan agar membina Kaabah yang kita tawaf hari ini sebagai lambang cinta suci. 
Belum pun sempat puas Nabi Ibrahim a.s bermesra dengan puteranya itu, satu lagi ujian datang menimpa, kali ini lebih berat. Maka ketika anak itu sampai pada umur sanggup berusaha bersamanya, Berat hati Nabi Ibrahim a.s untuk melaksanakan perintah tersebut. Namun kerana cintanya pada Allah SWT melebihi segalanya, Nabi Ibrahim a.s lakukan jua. 
Suabahanallah, demikianlah hebatnya cinta hamba kepada Tuhannya. Simbolik kepada kisah ini adalah Allah SWT mengehendaki Nabi Ibrahim a.s menyembelih cintanya yan berlebihan selain kepada Allah SWT. Lantaran terlalu kasih kepada Nabi Ismail a.s, cinta baginda menjadi terlalu mekar kepada putera baginda itu. Jadi  kerana itulah Allah SWT mengarahkan Nabi Ibrahim a.s agar menyembelih cinta itu kerana tiada cinta yang mampu menandingi cinta kepada Allah SWT. Lihatlah bagaimana Allah SWT mendidik kita. Cintanya seorang ayah yang berlebihan terhadap anak kandung menggugat cintanya kepada Allah SWT, diperintahkan agar cinta itu dikorbankan. Bagaimana pula dengan manusia yang cintanya tertumpu pada perhiasaan dunia semata-mata hingga mengabaikan perintah Allah SWT? Bagaimana pula dengan cinta sesama manusia sehingga meminggirkan batas larangan Allah SWT? '''
Hatiku sedikit menjadi tenang membacanya… Segalanya berhikmah, bukan Allah tidak cinta, bukan Allah tidak sayang lalu menimpakan ujian bertalu-talu. Allah cuma tidak mahu terdapat cinta yang berlebihan terhadap sesuatu yang selain Allah SWT.  Allah mahu kita menyembelihkan saja cinta itu, kerana Allah SWT mahu menggantikan kepada cinta yang lebih suci seperti mana Allah SWT menggantikan kibas yang besar untuk Nabi Ibrahim a.s. 
Kini, aku makin mengerti rasaku ini bukan kebetulan. Kecewa yang ku alami berulang kali bukan disengajakan. Dosa semalam yang menghantui juga pasti kerana diri sendiri dengan izinNya jua agar aku lebih berhati2,agar aku bisa memaknai semua ini dan menyedari agar mampu ku baiki kesilapanku kembali. Pastinya kerana Dia mahu diri menyedari cinta manusia tidak kekal abadi. Segalanya rencana Illahi .kini aku makin memahami aturanNya... 
Fikiranku jauh melayang mengingati bait-bait doaku padaNya… ungkapan doa setiap kali sujud dan solatku.. Ku pinta diri ini diberikan rasa cinta kepadaNya jauh teratas melebihi makhluk2Nya,. rupanya ini caranya Dia memakbulkan doaku..Dia sedang mendidik aku kearah itu dengan 'ujian' ini. Dia Mendengar doa hambaNya. Meskipun proses ini amat pahit, aku jadi malu kerana aku yang memintanya. Allah Maha Mendengar... Dia ‘hadiahkan’ padaku ujian ini agar aku mampu merasaakan ‘rasa’ itu. 'rasa' itu yang pernah aku pinta padaNya. Moga proses ini menjadi wasilah meluruskan hati ini. Supaya hati tidak terlupa, makhluk yang disayangi hanya pinjaman Ilahi. Supaya hati tidak terleka, cinta yang murni itu benar-benar milik Ilahi. Doakanku diberi kekuatan...doakanku agar mampu ku baiki hati ini.jiwa yang rosak.hati yang kosong. Moga mampu kurawat ia seperti sejernih air yang mengalir.  terima kasih Allah ats hentakan kasih sayang ini, terima kasih kerana membuatkan aku sedar walaupun dengan cara ini.. bantu aku untuk terus berbuat kebaikan pada insan sekelilingku, moga mampu terus ku tebus segala dosa yang membelenggu..
~jalan ini tidak ku pinta, jauh sekali ingin membuat ada hati yang terluka,meski diri ini penuh dosa. doakan moga aku terus teguh di jalanMu dan pulihkan segala~
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari kesusahan (bala bencana) maka disebabkan oleh apa yang telah kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian dari dosa kamu.” surah as-Syura, ayat 30


sincerely: insan hina pendosa semalam~


✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers