ketenangan itu milikNya. :)

alhamdulillah.. banyak perkara yang saya belajar kebelakangan nie..baru2 ini,, diri ini tersedar banyak perkara n pengajaran yang saya dapat melalui yang orang sekeliling.. benarlah kita jangan terlalu cepat mengeluarkan kata2. berfikir sebelum berkata2 kerana sebenarnya Allah akan menguji apa yang akan kita katakan terlebih dahulu.. samada niat kita, perkataan yang diucapkan, setiap nasihat yang kita berikan pada orang lain, semuanya Allah akan uji balik samada kita benar2 berpegang pada apa yang kita ucapkan.samada benar2 atau tidak hati kita ikhlas atas apa yang kita ucapkan...Allahurabbi... mintak dijauhkan dengan perkara2 sebegini..mohon diberi keteguhan hati.. sungguh.bimbang diri ini tersalah langkah.. =_=
alhamdulillah. diatas nikmat Allah.. ujian n nikmat datang silih berganti. membuatkan diri ini lebih mengerti. lebih bersyukur dengan setiap perkara yang berlaku..mujur dihadirkan juga sahabat2 yang menjadi penguat diri. segalanya terasa indah.. syukur kerana Allah hadirkan rasa nikmat sebuah ukhwahfillah..dulu terasa keseorangan. sendiri. alhamdulillah. Allah mengerti lalu dihadirkan mereka yang kini ada mereka yang saling mengingati dan menasihati.. 
pertemuan pada petang itu mengukir banyak memori. sungguh terharu. rupanya terlalu banyak persamaan antara kami yang melahirkan rasa keserasian n keselesaan..berkongsi cerita, masalah dan saling memberikan kata2 semangat untuk saling menguatkan.. kehidupan di sini tidaklah indah seperti yang disangka. tanpa seorang shabat yang ada untuk menasihati dan mengingati,, tiada siapa yang dapat mengerti selain mereka melalui keadaan itu sendiri.. malam itu juga rasa sangat bertuah apabila Allah masih beri kesempatan untuk menjejakkan kaki di rumahNya. bersama2 sahabat..tiada ungkapan melainkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ini di rumahNya.. benarlah kata2 al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah...
“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.
~terima kasih Ya Allah. ujianMu mematangkan diri ini~ :')
keresahan hadir menghuni jiwa
pada siapa aku harus berserah..
pada siapa aku perlu mengadu..
diluahkan pada insani 
tapi ternyata masih tidak membantu...
aku jadi buntu.resah tak menentu..
aku rupanya terlupa....
ada Allah yang sangat menyayangiku
ada Allah yang Maha Mendengar
Dia tempatku mengemis kasih
Dia tempatku mengadu 
ternyata Dia sentiasa setia bersamaku.
cuma aku yang buta menilai setiap ujian dan nikmat yang diberikan
adalah tandai nilai kasihNya padaku..
hanya padaNYa kudamba ketenangan hakiki...
Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.dan kita akan terus mengemis kasih...aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA. Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)
sesungguhnya ketenangan itu hanyalah milikNYA. jangan pernah putus harapan! :)

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

tenang dalam derita. bahagia dengan ujianNya~ :)

assalamualaikum...
 mendapat mesej dari seorang sahabat yang saya kira lama tidak berjumpa dengannya. walaupun ddk sama u.tp kesibukan menghalang kami untuk selalu berjumpa.. dengan keizinan Allah kami terjumpa di fudcort ketika sibuk membeli makanan.alhamdulillah.Allah Mengetahui bahawa hati ini sangat merindui dia.lalu Allah temukan di saat n masa yang sangat tak diduga... meskipun hanya sempat bertanya khabar untuk beberapa minit. ternyata dia dapat meneka hati ini...mesej yang diberikan tersimpan seribu erti. entah kenapa hati ini terharu dengan kata2 semangat yang diberikan.sungguh Allah Mengetahui apa yang terkandung dalam hati ini. lalu Allah sampaikan kata2 semangat melalui dia... hati ini terubat.. :') 
tiada apa yang diri ini harapkan melainkan cinta yang dapat membawa diri ini lebih mengenal cinta Illahi...sungguh kehilangan yang dilalui berkali2 mengajar diri ini untuk lebih bergantung harap pada IIlahi dan meletakkan sepenuh harapan kepadaNya bukannya insani.. dan alhamdulillah perpisahan kali ini dapat diri ini lalui dengan tenang dan redha.. terasa mahu senyum sahaja dengan ujian yang Allah hadirkan. kerana terasa diri ini disayangi olehNya... terasa Allah memanggil2 diri ini untuk kembali pada Dia.. meskipun diri ini terlalu banyak dosa. Dia tak pernah jemu2 untuk memanggil hambaNya bersujud padaNya... 

perasaan ini tidak ku pinta. malah sudah beberapa kali ku cuba pendamkan dan elakkan. ternyata ia tetap hadir.. ku cuba menjaga rasa fitrah yang hadir ini agar tidak menjadi fitnah. berusaha menjaga diri sebaiknya...tiada impian lain selain mengharapkan indahnya bila kita mencintai keranaNya.. dapat beribadah bersama2. berpuasa sunat. membaca al-quran. mengamalkan sunnah2 Rasulullah SAW. pasti indah apabila ada yang menemani dan memberikan kata2 semangat. saling mengingati dan menasihati.. kadangkala diri ini sendiri mengerti diri ini tidak cukup kuat untuk melalui semua ini keseorangan... namun. kini hanya Allah sahaja yang dapat jadi penguat diri ini.. 
semoga kita terus teguh. tabah dan istiqomah mencari cinta Illahi~
...seandainya tiada cinta insani untukku.cukuplah cinta Allah yang menemaniku... 

"..aku mencintaimu kerana semangat perjuangan agama yang ada padamu..jika hilang semangat perjuangan agama padamu, maka hilanglah cintaku padamu..


✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

jadilah setabah MARYAM wahai mariam!

bukan menyesali. bukan tidak meredhai taqdir yang Allah hadirkan. tp kadangkala jiwa ini lemah apabilak dijentik dengan karenah manusia.. aku muhasabah diri dengan kisah saidatina mariam. mungkin takdir Allah... namaku sama seperti srikandi saidatina Maryam. agar aku dapat meneladani dan menyelusuri ketabahan dan kesabaran maryam al-muqaddasah di saat ujian datang melanda.. betapa tabahnya Maryam apabila dia meredhai ujian yg diberi oleh Allah.. bersungguh menjaga kehormatan diri meskipun difitnah dan dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji...sungguh aku bukanlah setabah saidatina maryam. wanita suci yang diangkat Allah dimana Allah memilih rahimnya untuk menghamilkan Nabi Isa a.s yang tidak mempunyai bapa. Saidatina Maryam tabah menghadapi fitnah orang sekeliling. siapalah aku jika dibandingkan dengan ujian yang Allah hadirkan pada Saidatina Maryam. jauh sekali.... aku jadi malu.. .


aku muhasabah kembali diri... ujian Allah itu ada berbagai rupa dan bentuknya, dan ujian yg diberi Allah itu bukan untuk sia-sia.. bila Allah memberimu ujian, Allah sebenarnya telah memilihmu. Maka, bersyukurlah dan berusahalah untuk berjaya dalam ujianNya! Semoga Allah senantiasa membantumu sepanjang menjalani hidup yang penuh berliku. be strong girl mariam! berusahalah untuk menjadi setabah Maryam! sesungguhnya syurga itu dipenuhi dengan orang yang lemah. susah dan sentiasa diuji. bersyukurlah bila diuji! :) 


~tenanglah duhai hati~
26 JUN 2012

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

Aku ingin BERUBAH...



Bismillahirahmanirrahim.


Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.
Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.
Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku (imanku),
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.
Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.
Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...
Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...

Amin.

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

tetap TABAH!

disaat hati ingin berhijrah dan terus tetap dijalanNya..
Allah hadirkan ujian yang menggoyahkan jiwa
hati tersentap. rupanya Allah nk tunjukkan
sehebat mana perancangan manusia
namun tanpa keizinanNya..
pasti tidak akan terjadi..
sukarnya apabila melepaskan sesuatu...
namun segalanya milik Allah..
aku redha...mungkin ada hikmah yang lebih indah..
Dia Maha Mengetahui..
mekipun hati ini terasa pedih.. 
namun aku percaya janji Allah itu tidak pernah sia2..
keep smiling wuteva happen dear
everything will be okay. u're STRONG! :')
✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers