dosa semalam...

Ada kalanya aku lemah dalam jaga
Terkaku terduduk menyoal segala
Mungkinkah  salahku hingga sedemikian rupa
Adakah kerana diri ini yang alpa?
Hanyut pada dunia sementara
Sehingga lupa pada Pencipta
Lalu ujian hadir menjadi kafarah dosa?
Hati dan jiwa menangisi
Mengenang kembali mengapa begini
Rasa salahku kian menggunung tinggi
Resah di dada menyesakkan hati
Ingin diluahkan pada insani
Pasti jua tiada sesiapa yang memahami
Lalu,tangan ku tadah memohon pada Illahi..
Mengharap belas kasih Illahi..
Ya Rabbi,
Ku harapkan rasa ini akan pergi
Segalanya terasa berat untuk dilalui
Durinya mencucuk menduga hati..
Pelupuk mata terpejam tanpa disedari
Cuba menahan sebak di hati..
Tidak tertahan lagi rasanya untuk dilalui
Andai rasa ini untuk menguji hati
Biarlah ku serahkan pada pemilik hati
Kerna Engkau yang memegang hati-hati kami
Moga hadirnya rahmatmu Illahi
Menjadi penguatku diperjalanan ini
Kerna aku cuma musafir di bumiMu ini
Tunjukkan aku jalan ke syurgaMu yang hakiki..
Biarpun ku cuba selindungkan
Tetap jua titisan air mata ini ketitisan
Lantas diseka memohon kekuatan
Setiap kesulitan pasti disudahi dengan kesenangan..
Ya Rabbi..bantu daku mencari penyelesaian
Jangan tinggalkan  daku keseorangan…  :’(
~010313~

Ku rawat iman dan jiwa yang tandus dengan mmbaca kisah keluarga nabi Ibrahim…segalanya seolah terasa terkesan di hati…
Kisah Siti Hajar…
'' Siti Sarah seorang isteri yang cantik, beriman dan berakhlak mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi kerana sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah merestui Siti Hajar menjadi madunya. Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar. 
Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu. Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu. 
Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang,  
Betapa tabahnya SitiHajar menerima ketentuan Illahi. Memasakkan seluruh pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Menjadi Isteri yang patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Ternyata, pengorbanannya tidak sia-sia. Penderitaan siti hajar diingati dalam ibadat umrah/haji. Kita difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu. ''
Tanpa disedari air mata menitik. Persoalan demi persoalan menerjah. Kepedihan dan kesakitan  dosa semalam mula merantai jiwa yang sakit dan lemah. Pengorbanan siti sarah sanggup bermadu kerana mahukan zuriat buat Nabi Ibrahim.. ketabahan siti hajar keseorangan menghadapi perpisahan dengan Nabi Ibrahim dan menjaga anaknya Ismail yang masih kecil.. keperitan Nabi Ibrahim meniggalkan Siti Hajar walaupun jauh di sudut hatinya tidak meninginkannya.. Perit dan sakitnya penanggungan mereka tapi segalanya,disandarkan pada Illahi.. semuanya dilakukan KERANA ILLAHI.. Beratnya tanggungan yang mereka lalui…meskipun mereka di antara yang di muliakan Allah, masih jua terselit sifat cemburu apatah kita yang jauh sekali. Namun, ku akui segalanya pasti rencana Illahi jua.setiap yg diuji pasti terselit hikmahNya kerana Dia lebih Mengetahui. Allah jua yang membolak balikkan hati.. kita cuma hamba..sememangnya layak diuji oleh pencipta..Allah..mampukah didik jiwa setegar itu? Sekuat Nabi Ibrahim yang diuji kasihnya terhadap anak dan isterinya berkali2 demi membuktikan cintanya pada Illahi? Setabah Siti Hajar yang ditinggalkan di padang pasir membesarkan Ismail keseorangan yang ditinggalkan Nabi Ibrahim akibat cemburunya Sarah namun kerana tawakalnya pada Allah, dia merelakan semua..  hebatnya iman mereka. kuatnya tawakal mereka. Ingin sekali aku mencontohi.. :'(
Kisah Nabi Ibrahim

'' Nabi Ibrahim a.s adalah seorang hamba yang begitu tinggi cintanya kepada Allah SWT. Hinggakan semasa baginda hampir dibakar oleh Raja Namrud, Jibril datang menawarkan bantuan, lalu baginda berkata kepada Jibril, " Siapakah yang berkuasa menyalakan api ini?" "Dialah satu-satunya yang mengetahui segalanya tentangku, aku tidak  meminta pertolngan apa-apa darimu, jangan datang di antara dua kekasih!" Lalu Allah SWT menyejukkan api itu untuk Nabi Ibrahim sebagai imbalan cinta dan keyakinan baginda yan langsung tidak berbelah bagi kepada Allah SWT. 
Dugaan terhadap Nabi Ibrahim a.s tidak terhenti disitu. Nabi Ibrahim a.s tidak mempunyai anak walaupun sudah lama menginginkannya. Bukan Allah SWT tidak mendengar doa baginda, tetapi Allah SWT ingin menguji cinta hambanya itu. Setelah sekian lama, baginda dikurniakan Nabi Ismail a.s menjadi putera baginda. Nabi Ibrahim a.s berasa teramat gembira dan bersyukur.
Belum sempat baginda melihat anaknya itu membesar di depan mata, Allah SWT mewahyukan Nabi Ibrahim a.s untuk meninggalkan Siti Hajar serta anaknya Nabi Ismail a.s di sebuah gurun tandus yang tidak berpenghuni. Demi cinta yang tinggi kepada Allah SWT tanpa ada sedikit pun bantahan atau sebarang keraguan. Sebaik meninggalkan keluarganya di sana, baginda berdoa kepada Allah SWT.
Hebat kesetiaan Nabi Allah Ibrahim a.s meskipun dihujani ujian sedemikian hebat, baginda sedikit pun tidak merungut dan berputus asa dari rahmat Allah SWT. Lalu beberapa tahun selepas itu, sesudah Nabi Ismail a.s dewasa, Nabi Ibrahim a.s dipertemukan semula dengan keluarganya. Itulah detik paling membahagiakan dalam hidup baginda, Nabi Ibrahim a.s amat mencintai Nabi Ismail a,s dengan sepenuh jiwanya. Mereka diperintahkan agar membina Kaabah yang kita tawaf hari ini sebagai lambang cinta suci. 
Belum pun sempat puas Nabi Ibrahim a.s bermesra dengan puteranya itu, satu lagi ujian datang menimpa, kali ini lebih berat. Maka ketika anak itu sampai pada umur sanggup berusaha bersamanya, Berat hati Nabi Ibrahim a.s untuk melaksanakan perintah tersebut. Namun kerana cintanya pada Allah SWT melebihi segalanya, Nabi Ibrahim a.s lakukan jua. 
Suabahanallah, demikianlah hebatnya cinta hamba kepada Tuhannya. Simbolik kepada kisah ini adalah Allah SWT mengehendaki Nabi Ibrahim a.s menyembelih cintanya yan berlebihan selain kepada Allah SWT. Lantaran terlalu kasih kepada Nabi Ismail a.s, cinta baginda menjadi terlalu mekar kepada putera baginda itu. Jadi  kerana itulah Allah SWT mengarahkan Nabi Ibrahim a.s agar menyembelih cinta itu kerana tiada cinta yang mampu menandingi cinta kepada Allah SWT. Lihatlah bagaimana Allah SWT mendidik kita. Cintanya seorang ayah yang berlebihan terhadap anak kandung menggugat cintanya kepada Allah SWT, diperintahkan agar cinta itu dikorbankan. Bagaimana pula dengan manusia yang cintanya tertumpu pada perhiasaan dunia semata-mata hingga mengabaikan perintah Allah SWT? Bagaimana pula dengan cinta sesama manusia sehingga meminggirkan batas larangan Allah SWT? '''
Hatiku sedikit menjadi tenang membacanya… Segalanya berhikmah, bukan Allah tidak cinta, bukan Allah tidak sayang lalu menimpakan ujian bertalu-talu. Allah cuma tidak mahu terdapat cinta yang berlebihan terhadap sesuatu yang selain Allah SWT.  Allah mahu kita menyembelihkan saja cinta itu, kerana Allah SWT mahu menggantikan kepada cinta yang lebih suci seperti mana Allah SWT menggantikan kibas yang besar untuk Nabi Ibrahim a.s. 
Kini, aku makin mengerti rasaku ini bukan kebetulan. Kecewa yang ku alami berulang kali bukan disengajakan. Dosa semalam yang menghantui juga pasti kerana diri sendiri dengan izinNya jua agar aku lebih berhati2,agar aku bisa memaknai semua ini dan menyedari agar mampu ku baiki kesilapanku kembali. Pastinya kerana Dia mahu diri menyedari cinta manusia tidak kekal abadi. Segalanya rencana Illahi .kini aku makin memahami aturanNya... 
Fikiranku jauh melayang mengingati bait-bait doaku padaNya… ungkapan doa setiap kali sujud dan solatku.. Ku pinta diri ini diberikan rasa cinta kepadaNya jauh teratas melebihi makhluk2Nya,. rupanya ini caranya Dia memakbulkan doaku..Dia sedang mendidik aku kearah itu dengan 'ujian' ini. Dia Mendengar doa hambaNya. Meskipun proses ini amat pahit, aku jadi malu kerana aku yang memintanya. Allah Maha Mendengar... Dia ‘hadiahkan’ padaku ujian ini agar aku mampu merasaakan ‘rasa’ itu. 'rasa' itu yang pernah aku pinta padaNya. Moga proses ini menjadi wasilah meluruskan hati ini. Supaya hati tidak terlupa, makhluk yang disayangi hanya pinjaman Ilahi. Supaya hati tidak terleka, cinta yang murni itu benar-benar milik Ilahi. Doakanku diberi kekuatan...doakanku agar mampu ku baiki hati ini.jiwa yang rosak.hati yang kosong. Moga mampu kurawat ia seperti sejernih air yang mengalir.  terima kasih Allah ats hentakan kasih sayang ini, terima kasih kerana membuatkan aku sedar walaupun dengan cara ini.. bantu aku untuk terus berbuat kebaikan pada insan sekelilingku, moga mampu terus ku tebus segala dosa yang membelenggu..
~jalan ini tidak ku pinta, jauh sekali ingin membuat ada hati yang terluka,meski diri ini penuh dosa. doakan moga aku terus teguh di jalanMu dan pulihkan segala~
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari kesusahan (bala bencana) maka disebabkan oleh apa yang telah kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian dari dosa kamu.” surah as-Syura, ayat 30


sincerely: insan hina pendosa semalam~


✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

0 comments:

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers