saat cintaNya menguji~


Walaupun tika kita telah menyatakan dan menyuarakan rasa hati untuk menyerahkan seluruh hati ini pada Allah. Tentu ada sahaja yang datang menyatakan hasrat hati untuk seikhlasnya mencintai kita. Teruji bukan hati? Dan kenapa perlu diuji dengan cinta manusia ini? Sedangkan Allah tahu kita ingin mencintai Dia sahaja?
Tapi, konsep cinta Allah itu seperti cinta kita juga.
Jika ada yang menyatakan “aku menyayangimu..” tentu kita akan menguji dia bukan? Apa benar dia menyayangi kita seperti apa yang dia nyatakan. Mungkin salah satu inisiatif kita, kita guna nombor lain dan kacau dia nak tengok dia layan atau tak bila ada another gender ‘usha’ si dia.
Mungkin itulah konsep Allah. Bila kita menyatakan kita menyayangi Allah, dia datangkan cinta manusia bertubi-tubi. Kenapa? Dia mahu uji benarkah cinta kita pada Dia. Adakah telus ataupun sekadar cinta yang kita cari ketika kesunyian? :(
Dan kita juga kadangkala gagal dan tersungkur.
Menerima cinta yang datang dan akhirnya lemas dengan lautan yang terlebih gula.
Mati akibat diabetes cinta.
Mungkin gagal dan tersungkur itu bukanlah bermaksud kita menerima cinta insani tersebut. tetapi kita gagal dari segi hati. Mencintai & dicintai adalah fitrah. Namun, lihatlah bagaimana kita menguruskan fitrah tersebut. Jika kita bermujahadah untuk mengelakkan fitnah, maka tentu ada jalannya. Jika kita tidak mampu bermujahadah melawan nafsu iaitu dengan mengikuti apa yang Allah syariatkan di dalam al-Quran untuk menjaga pergaulan dengan bukan mahram, menjaga pandangan, menjaga kemaluan melainkan hanya untuk yang halal, maka janganlah salahkan orang lain sedangkan kesilapan yang lebih besar datangnya dari diri kita sendiri.
Kita tahu bukan mudah, tapi itulah mujahadah.
Apabila dugaan mencelah, itu tandanya Allah memanggilnya. Allah menegur dengan cara paling halus. Allah mahu kita kembali merapat kepadaNya..
Moga Allah redha. Moga Allah terima kesaksian cinta kita padaNya yang tidak seberapa ini dan masih bertatih ini. Yang masih mencari hikmah di sebalik semua ini. Yang masih cuba membina diri di jalanNya yg diredhai. Mari saling mendoakan dan membahagiakan. Mari saling menguatkan antara satu sama lain. Mari cari cinta Allah. moga Allah sentiasa menjaga hati-hati kita menuju jalanNya :) 

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

0 comments:

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers