TAUTAN HATI
Antara novel islamik yang pertama
sekali aku baca dan aku mula jatuh cinta. Jatuh cinta pada pengisiannya yang
sarat dengan tarbiyah, dakwah, nilai2 islam
dan akidah. Aku kagum dengan gaya dakwah yang digunakannya. Penuh dengan
kelembutan, kesabaran dan kesungguhan. Sentiasa bersangka baik pada Allah
apatah manusia dan tidak pernah menghukum. Watak Asiah Yusra dalam novel
tersebut sangat terkesan di hati lalu membuahkan keazaman untuk menjadi seperti
watak dalam novel itu.
Bagiku perjalanan setiap orang
berbeza, dan aku sedar kadang2 kisah hidupnya yang lalu itu membentuk dirinya
yang kini. Tidak ramai yang cuba tuk memahami dan terus
mengkritik/malabel/memandang sinis insan2 yang kurang bernasib baik. Sedangkan
setiap insan itu pasti ada terselit jua sedikit perasaan ingin berubah dan
menjadi hambaNya yang baik kan? Siapa yang tidak mahu kebaikan dalam hidupnya? Dan kita juga hambaNya mungkin kadang2
bernasib baik. Mungkin hari ini Allah jaga kita dan masih beri nikmat dan
islam. Esok lusa tiada siapa yang mampu menjamin?
Masih ku ingat lagi saat diri ini mula2
ditegur. Ketika itu berada di sebuah sekolah asrama aliran agama. Tapi aku
tidak lama disini. Seminggu sebelum aku keluar, aku menerima surat layang di
bawah mejaku yang menegur etika pemakaianku. Aku tidak tahu kenapa tetapi di
saat membaca surat itu aku berasa sangat sensitive dan tidak dapat menerima
cara dakwah yang ‘dia’ gunakan. Air mata tidak putus2 mengalir dan aku ponteng
beberapa kelas setelah membaca surat itu. Surat itu menguatkan hatiku untuk
keluar dari sekolah itu dan kembali ke skolah lama. Aku berasa sangat sedih dan seolah tidak dapat
menerima caranya kerana bagiku jika mahu menegur, kita perlu mengenali serta
tahu keadaan/ masalah dan punca orang2 yang mahu kita tegur itu. Gunakan
‘appraoch’ yang sesuai mengikut keadaanya. Penerimaan setiap insan itu lain. Jangan main sembereno. Aku kira caranya yang menghantar surat layang
dan meletakkan di bawah meja adalah pengecut. Sungguh Hawa
dicipta mmpunyai naluri dan rasa hati yang lembut.. bertegaslah tetapi jangan
tidak diiringi dgn penghayatan. Hati wanita itu rapuh dan lembut, sentuhlah
hati itu dengan motivasi dan kata2 semangat yang mendorong dirinya tuk berubah.
Jangan terlalu keras bimbang kita hanya membuat mereka makin menjauh dari kita.
 |
| Meskipun begitu, aku tetap hargai niat baik ‘insan’ itu yang hingga kini aku masih belum tahu pengirimnya. Semoga Allah membalas kebaikanmu |
Aku juga ingin berterima kasih pada insan2 di sekolah ini.
Teringat lagi, semasa mak abah dan hantar aku pulang ke asrama, aku sudah
terlewat untuk solat asar. Dan disebabkan telekungku tertinggal di masjid
sekolah, aku terpaksa meminjam sehelai tudung labuh milik adik dorm untuk
dijadikan telekung. Ini kali pertama aku mengenakan tudung labuh. Aku tidak
tahu apa yang aku rasa di saat pertama kali menyarungkan tudung labuhh itu. Terasa
tenang dan mendamaikan. :) Usai solat,disebabkan aku sudah terlambat untuk ke
dewan makan, dan bimbang di tahan lagi kerana tudungku yang masih tidak
berjahit, aku terus sahaja mengenakan tudung labuh kepunyaan adik dormku lalu
berlari anak ke dewan makan. Melangkahkan kaki sahaja ke dewan makan, terasa
banyak mata memandang, aku jadi malu sendiri, malu kerana seolah terasa tidak
layak. Allah :’( Selepas makan, aku
ditegur oleh bebrapa akhowat yang aku sendiri tidak kenal, mereka kata aku nampak
cantik begini dan memberi kata2 semangat buat aku untuk terus berpakaian
sebegitu. Hati bercampur baur antara gembira dan takut. Takut untuk berubah.
Takut kerana merasa diri tidak layak...
Dalam diam sejak itu aku suka sangat tengok orang yang
bertudung labuh. Suka memerhatikan mereka. Hati terasa sejuk dan tenang.
Terdetik di hati untuk menjadi seperti itu suatu hari nanti. Aku mula belajar
untuk memperbaiki diri dan aurat. Alhamdulillah Allah pertemukan dengan seorang
insan, Yati yang sentiasa mendorong diri ini untuk menjadi lebih baik. Terngiang2
lagi amanat bicaranya supaya bertudung menutup dada. Semenjak itu, aku seolah
ditiup satu kekuatan untuk berubah sedikit demi sedikit..
|
 |
| ~Terima kasih yati menjadi batu harapan untuk diri ini kembali~ |
 |
Adik2 dorm dan kak izzah yang sangat baik hati.. Terima kasih adek2 sayang pinjamkan akak tudung labuh dan buat akk rindu rasa’itu’ lagi..:’)
|
Buat sahabat2 seperjuangan di
matrik,
Alhamdulillah, disini
aku ditemukan dengan rakan2 yang baik dan sangat menjaga pergaulan serta aurat
mereka. Terima kasih Allah mengiizinkan aku untuk menjejakkan kaki lagi di bumi
Changlun yang penuh tarbiyah ini. Salah seorang classmate ku sangat menjaga kami2 akhowat kelas kami. Sehinggakan
kami yang biasa2 sudah mula belajar dan memahami sedikit demi sedikit hidup
sebagai muslim. Boleh dikatakan kami tidak bercakap langsung dengan lelaki di
dalam kelas jika tiada keperluan. Kelas yang sangat passive. :p Terima kasih
Liza atas usahamu. Dan kini ku lihat hasilnya, ramai rakan2 kita yang sudah
mulai berubah kearah lebih baik. Allah sahaja yang dapat membalas.
Bumi Shah Alam..
Masih ku ingat lagi, saat pertama kali melangkah ke sini, sedikit
demi sedikit aku kembali pada diriku yang lama. Sungguh aku lemah,aku alpa, aku
lalai. Hari makin hari, tiada ketenangan yang aku rasa. Jiwa terasa kosong
meskipun dihimpit dengan kerja yang menimbun. Aku sering sedih tanpa alasan,
merasa sendirian walaupun ada teman disisi. Sering sahaja aku berjalan dan
membawa diri keseorangan. Tempat yang selalu aku kunjungi ialah tasik dan
masjid negeri. Aku suka membiarkan fikiranku kosong dan melayang sambil melihat
karenah dan telatah manusia di sekeliling. Aku tidak tahu apa yang aku cari,
aku suka berjalan dan terus berjalan sehingga aku letih. Letih sehingga lupa
kesedihanku. Bila sedih aku akan beli makanan yang manis2/ makanan kegemaran/
makan aiskrim. Melihat pemandangan tasik dan masjid yang mendamaikan mampu buat
aku tenang sedikit ^^

Semester 2, Sekali lagi aku terhantuk dengan kejadian
yang membuat aku sedar kembali, aku mula untuk tekad berubah setelah itu. Perlahan
aku merangkak mencari diriku kembali... Ternyata segalanya tidak mudah.. Aku
mula memutuskan hubungan dengan ‘si dia’. Menjauhkan diri dengan rakan2. Cuba
mencari diri sendiri dan muhasabah diri kembali… Proses itu sangat pahit…
semester tu aku banyak belajar erti kehidupan. Jatuh dan bangkit sendiri tanpa
rakan, teman dan family. Pada masa sama, aku bergelut dengan pelajaranku yang
semakin merosot… antara mencari diri sendiri yang hilang dan menyeimbangkan
dengan tanggungjawab sebagai anak serta pelajar.
Di saat itu, aku sudah mula berjinak-jinak dengan tudung
bidang 50 dan 60. Aku sudah kurang memakai selendang dan tudung biasa. Start
join usrah balek dan pergi ke surau kembali. Tiada lagi istilah sibuk. Aku cuba
mencuri masa2 yang ada untuk mengisi rohani yang sudah mulai sakit ini. Kadang2
aku menyibukkan diri dengan program sukarelawan untuk mengelakkan aku
bersendirian dan bersedih.
Di ‘teratak coklat’ ini pula, aku mula mengenali mereka
bunga2 mawar yang sangat terpelihara agamanya, akhlak dan dirinya. Aku berasa
sangat tenang bersama mereka. Solat berjemaah bersama, mengaji bersama dan
saling bertanya khabar. Mereka sangat mesra meskipun baru kenal. Benarlah,
kehilangan itu Allah mulai ganti sedikit demi sedikit dengan ketenangan saat
bersamaNya. Aku mulai belajar erti ukhwah kerana Allah bersama srikandi2 mawar.
Subahanallah. Hebatnya tautan hati yang Allah titipkan buat hati2 yang
mencariNya. Sungguh, ketenangan itu amat
aku rasai, hati rasa lapang. air mata menyapa pipi
lantaran terlalu rindu dengan perasaan
‘itu’. Perasaan yang pernah aku rasa saat lalu. Ya Allah , hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada ketika
itu. Allahurabbi aku merindui saat merasa dekat dengan Kamu.. Rindu saat
bersama2 orang yang mencintaiMU..

 |
Aku rindu bulatan gembira kita..Aku rindu pelukan erat kalian..Aku rindu saat aku melihat kalian,Aku cuba berusaha untuk menjadi lebih baik.Aku rindu ukhwah itu..Ukhwah yang mengingatkan ku padaNya..Sungguh aku terlalu rindu… :’(
|
Entah kenapa kini aku merasakan yang diri aku ini terlalu menyimpang jauh dari redha Allah malah jauh seperti saat mula2 mengenal tarbiyah. Aku rasa malu dengan diriku sendiri. Aku masih tidak kuat dan istiqomah dengan perubahanku. Ya Allah, cubaan ini terlalu berat untukku hadapi :’( , aku tahu untuk membuat satu perubahan itu amat sukar dan berat. Pasti dujiNya niat kita untuk menguji siapa yang benar2 ikhlas berjuang dijalanNya. Dan aku…entah kali berapa aku tetap jua tersungkur, malah luka2 yang berbekas dulu, seolah tertoreh kembali dan lukanya makin dalam hinggakan aku rasakan sukar tuk ku ubati lagi. Jika ya, pasti luka itu akan tetap jua berbekas dan menjadi parut yang akan menjadi teman setia hingga akhir hayat. Aku ingin kembali kepada keadaanku yang dahulu. Keadaan
dimana aku rasa tenang, damai dalam rahmat dan cintaMu. Aku rindu cahaya yang
pernah menyapa. Namun dalam masa yang sama sangat sukar untuk aku mengubah keadaan
ini. Ntah sampai bila aku begini. Kelam mencari sinar cahaya yang masih
samar2..
Sungguh aku sedih. Aku akui aku sangat sedih melihat keadaanku.
Aku mahu berubah. Tapi bertambah sedih apabila tiada insan yang memahami. Mudah
berkata tetapi tak semudah untuk dilakukan. Melontar batu tetapi sorokkan
tangan. Menghukum dan membenci seolah tiada harapan lagi buat mereka sang
pendosa. Dan aku mulai sedar, Allah sahaja tempat aku bergantung. Meluahkan
rasa hati. Kerana Allah itu sentiasa Maha Pengampun. Dia sayang hambaNya,
takkan dibiarkan hambanya sendirian.
Berubah itu perlukan mujahadah. Kesungguhan. Kekuatan.
Mental, fizikal, emosi semua kena kuat! Mungkin siapa yang lahir-lahir terus
dalam keluarga yang pakai tudung labuh, lahir-lahir terus dalam keluarga yang
berdakwah tak paham betapa susahnya nak berubah tu. Maafkan aku jika kata2ku
kasar. Tapi aku yang lahir dalam keluarga yang biasa-biasa rasa betapa hebatnya
dugaan nak berubah tu. Susah! Payah! Aku tahu dan faham dan niat baik kalian,
malah aku bersyukur dihadirkan sahabat2 yang menegur kerana aku yakin kalian
juga adalah salah satu asbab teguran dari Illahi.
Kadang2 aku jadi cemburu pada teman2 yang Allah jaga dirinya,
dan teman2 yang Allah dah beri hidayah dan dia tetap istiqomah dijalanNya.
Namun, jauh di sudut hati meskipun sedih dengan keadaan diri yang masih
berbolak balik ini, aku tetap bersyukur Allah masih titipkan rasa rindu dan resah
untuk kembali padaNya. Allah masih titipkan insan2 yang tak putus member aku
kekuatan. Hanya doa dan berharap moga aku mampu menjadi hambaNya yang lebih
baik suatu hari nanti serta tidak berputus asa memperbaiki diri. Berharap untuk
terus menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan ikhlas menjaga hati
keranaNya. Allah permudahkan semuanya.
Meski diri ini penuh dosa dan noda. Namun tetap jua diri ini ingin merayu dan
mengemis kasihMu. Moga masih ada sekelumit cahayaMu buatku...
 |
| Adek fatin & adek ainun. Teruskan perjuangan kalian. Akak gembira tgk perubahan dan kesungguhan kalian mencari cintaNya. Sayang dan rindu kamu lillah. <3 |
 |
| Kamu..aku tahu hatimu sudah banyak kali terluka keranaku. Maafkan aku mengguris hatimu sahabat. Terima kasih atas nasihat dan kata2 yang tak pernah putus.meskipun kadang2 aku akui aku yang menghindar diri dan menjauhkan diri. Di kejauhan, aku hargai dan fahami niatmu sahabat.. Semoga Allah sentiasa menjagamu. Terima kasih Allah hadirkan sahabat2 yang baik.. |
 |
| Aku tahu perjalanan ini sukar. Aku tahu kisah kita bukan seindah fairy tale. Tapi dengan adanya kasih sayang dan kata2 semangat kalian buat diri ini makin teguh dan makin mengerti erti kehidupan. Semoga Allah memudahkan perjalanan kita menuju redhaNya. Memudahkan segala urusan kita. Aku impikan kita bersama berpimpin tangan menuju jannahNya.. :’) |
'Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati hamba pada agamaMu'
P/S: kalian..sesiapa
sahaja yang membaca, doakan aku terus diberi kekuatan memecah tembok
penghadang. Tembok ketakutan dan tembok kelalaian yang selama ini jadi batu
peghalang untuk aku terus melangkah. Pimpin aku menuju cahayaNya. Aku
perlukan kalian semua kerana aku tidak cukup kuat.. Doakan aku terus dan tetap istiqomah.
Terima kasih pada insan2 yang pernah hadir dalam hidup ini yang tak pernah
putus mengajar aku erti kehidupan :’)
✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿
0 comments:
Post a Comment