Alhamdulillah.alhamdulillah Allah berikan peluang untuk hadir ke konvensyen bidadari dunia di PICC.walaupun bukan sebagai peserta tapi sudah cukup membuat diri ini sangat2 menghargai dan bersyukur pada pada peluang yang tak hadir selalu nie..ternyata doa selama nie Allah dengar. terasa masa2 yang dilalui sem nie sangat2 berharga dan digunakan sebaeknya. tiada ucapan yang dapat menggambarkan rasa ini. melainkan ucapan syukur yang tidak putus pada Dia yang mengaturkan segala perancangan dan yang memudahkan semuanya.. memang niat di hati nak pergi sangat2. alhamdulillah Allah permudahkan. walaupun hanya menjadi sukarelawan untuk booth aqsa syarif buat anak2 palestin. (wlupun kadang2 lari jugak masuk dewan sbb nk dengar ceramah dari para panel) :p dapat rasakan banyak pengisian n terasa weekend lepas dapat digunakan dengan sebaiknya.dapat jumpa dengan ramai orang2 baek dan tak putus2 senyum wlupun tak kenal. rasa tenang sangat bila dalam keadaan macamnie. alhamdulillah Allah temukan dengan orang2 seperti mereka.. :)

~suasana dalam dewan.ramai kan?~ :D
sedikit perkongsian dari salah seorang peserta konvensyen bidadari dunia.semoga bermanfaat! :)
Slot I : Bidadari Impian ( Ustazah Chenta; Ustazah Fatimah Syarha )
Ada 4 ketua bidadari di dalam syurga ( Allah muliakan 4orang serikandi ini) :
1. Asiah Binti Muzahim (isteri Firaun)
2. Maryam Binti Imran (ibu nabi Musa AS)
3. Khadijah Binti Khuwailid (isteri Rasulullah SAW)
4. Fatimah Binti Muhammad SAW.
Kisah 1 : Tentang Asiah.
- Diseksa dan dibunuh Firaun kerna IMANnya.
- Ibu angkat nabi Musa AS.
- Kuat hubungan dengan Allah.
- Meletakkan Allah sebagai sebab untuk beliau hidup dan mati.
- Contohilah Asiah yang tidak SEDIKIT pun TERPENGARUH dengan masalah-masalah KEZALIMAN di sekelilingnya. Masalah-masalah yang berkaitan dengan perkara-perkara jahiliah, perkara-perkara larangan Allah.
- Bila kita anggap ALLAH MAHA BESAR, takkan ada MASALAH yang LEBIH BESAR dari ALLAH.
- Jika tidak dekat dengan Al-Quran dan As-sunnah, tidak akan rasa dekat dengan Allah
Kisah 2 : Tentang Maryam.
- Anak Imran dan Hannah (surah Ali Imran=keluarga Imran)
- Anak saudara nabi Zakaria AS.
- Terlalu cinta kepada Allah.
- Sangat rindu akan kedatangan nabi Isa AS. *rupa-rupanya beliau si ibu yang bertuah itu* [19:19]
- Redha kepada ujian Allah (kelahiran nabi Isa tanpa bapa)
- “ Sayang Allah kepada hambaNya LEBIH daripada sayang ibu kepada anaknya.
Kisah 3 : Tentang Khadijah
- SATU-satunya isteri Rasulullah SAW selama 25 tahun dan selepas tu baru Rasulullah SAW berpoligami selama belasan tahun. Di sini, kita dapat lihat yang beristeri SATU lebih baik mungkin.
- Selama Rasulullah SAW hidup dgn Khadijah, baginda tidak pernah rasa marah.
- Sentiasalah MULIAkan suami kita.
Kisah 4 : Tentang Fatimah.
- Digelar ‘ibu ayahnya’. [selepas wafatnya Saidatina Khadijah]
- Anak bongsu.
- Isteri solehah.
- Aktif dalam kegiatan masyarakat. Sebab tu tak salah wanita berperanan dalam kegiatan social untuk membantu kaum lelaki. [9:71]
- Bijak menguruskan CINTA.
- Kesimpulan untuk semua: Letak ALLAH nombor SATU dalam kehidupan kita. Macam bidadari2 syurga tersebut.
Info tambahan:
- Asiah Binti Muzahim (isteri Firaun)- (Isteri kpd suami yang zalim)
- Maryam Binti Imran (ibu nabi Musa AS) (hidup tanpa suami/ibu tunggal)
- Khadijah Binti Khuwailid (isteri Rasulullah SAW) (isteri kpd suami yang soleh)
- Fatimah Binti Muhammad SAW. (anak yang taat kepada ibu bapa)
- Mereka ini ketua segala bidadari di syurga. Mereka jadi ketua kita mengikut kategori mana yang sesuai dengan yang di atas. Wallahu a’lam.
~barisan sukarelawan booth aqsa syarif~
alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar. tak putus2 orang datang ke booth kami.ternyata ramai yang perihatin akan nasib2 anak palestin..sumbangan yang diterima juga diluar jangkaan.semoga Allah membalas jasa2 kalian yang membantu..alhamdulillah..paling tersentuh hati bila ada adik2 kecil yang tidak tahu apa2 seolah2 perihatin dan memahami nasib2 yang menimpa anak palestin. ada anak2 yang berhenti di sudut booth kami dan berulang kali melihat tayangan video tentang palestin. ada juga anak2 yang berulang kali lihat memberi derma sepanjang dua hari berlangsungnya konvensyen nie. Allah.kecil2 sudah berhati mulia.semoga jadi anak yang soleh dan solehah ya! mejadi penggerak ke arah kebangkitan umat islam.ameenn. :')
nak promot sket boleh?hehe.jom sama2 memeriahkan kempen GMJ hari jumaat nie di stadium Melawati Shah Alam.pada siapa2 yang dekat mari! ini langkah permulaan dan sangat kecil bagi kita berbanding dengan pengorbanan para mujahadin palestin. Teruskan kempen GMJ! 98 tahun yang lalu, askar-askar Islam dilihat keluar dari Jerusalem pada permulaan peperangan 1914. Kini 2012, giliran kita pula menebus penghinaan itu. Mungkinkah genap 100 tahun nanti (2014), kita akan benar-benar menakluki semula Jerusalem? jangan terlepas peluang membantu kejayaan itu.insyaAllah..
"wahai hati-hati yang telah dipanggil Allah..berbondong-bondonglah kita menyerlahkan keberanian. Melangkahlah kita ke arah kebebasan Jerusalem!!"
0 comments:
Post a Comment