♡ analogi pelangi! ♡
pelangi!!!! masyaAllah.cantek kan? cantek kan? gmbar pelangi nie hadiah dari ssorg yg sngt sy syg.yg sy dah macam anggap akk sndiri..she is really kind.she understand me well.she always gives me support n make me hepy! mekaseh akk! excited sebenarnya dapat gambar nie. *jauh pelangi nie merantau* ^^
indah kan ciptaan Allah.setiap bnda ada hikmah yg perlu kita nilai n tafsirkan...bila saya ada masalah.sy selalu mengaitkan pelangi dalam setiap perkara yang saya lakukan.n its make me calm. sebab tu saya sangat2 suka pelangi.really inspired! klu boleh semua bnda nk letak warna warni macam pelangi..
ujian itu diibaratkan seperti hujan.seperti kita menanti hujan itu reda begitulah juga kita menanti ujian yang berakhir. tanpa kita sedar yang ujian itu juga sebenar rahmat dari Allah kepada kita sebagai hambaNya.. rahmat yang hanya untuk orang terpilih sebagai hambaNya. ujian itu tanda kasih Allah kan? hujan itu pembawa khabar gembira untuk hambaNya. sepatutnya kita berasa gembira ditimpakan ujian kerana Allah sayangkan kita dan mahu kita kembali padaNya.. kerana setiap kepahitan yang dirasai.setiap kesakitan yang kita lalui Allah akan hadiahkan ganjaran yang setimpal buat kita. :) jadi.ambillah hikmah dari disebalik ujian yang Allah hadirkan. kerana akan ada pelangi yang menanti selepas hujan!
“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.“(QS Al A’raaf 57)
maka bersabarlah.kerana Allah sentiasa ada buat hambanya. Allah tak pernah jauh dari kita. dan pintalah hati yang tabah dalam menempuh ujian. bukannya minta dikurangkan ujian.
"jika ujian itu ibarat hujan, dan hujan itu sangatlah besar, jangan kau minta kecilkan hujan itu, tetapi ambilah payung yang lebih besar lagi"
ayat cinta dariNya untuk diri ini yg sering leka...
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)"
(Al-Baqarah :214)
*buat sahabat baek yang mengalami kemalangan baru2 nie.moga terus kuat !! *
Labels:
diari hati
Open Cbox












0 comments:
Post a Comment