Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Kebimbangan Hawa Menanti Jodoh ~

RAHSIA
Sesekali terfikir, entah apalah hikmahnya Allah rahsiakan detik tersebut dari anda? Mengapa tidak diberitahu sahaja lebih awal, bila saat tibanya lamaran dan siapakah insan istimewa yang bakal menghadiahkan lamaran tersebut? Tidaklah anda bersedih hati dan hidup dalam kegundahan menunggu jodoh tak kunjung datang.
Tetapi kita segera sedar, bahawa yang dirahsiakan itu bukan sahaja tentang jodoh, tetapi juga ajal.
Ia perkara pasti dan comfirm.
Allah Ta’ala berfirman :
Maksudnya : Katakanlah ; aku tidak mampu mendatangkan kepada diriku kemudaratan atau kemanfaatan melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah. Tiap-tiap ummat mempunyai ajal, apabila tiba saat ajal mereka, sesekali tidak akan dapat mereka lambatkan walau sesaat, mahupun mempercepatkannya. [ Yunus : 49 ]
Entah bila, tetapi ada. Entah bagaimana, tetapi pasti.
Nah, jodoh juga begitu. Puas difikir bila dan bagaimana, namun jawapannya tetap menjadi rahsia Allah.
Dan paling penting, kita diminta untuk meyakini ketetapan Allah tersebut. Kita diperintahkan untuk yakin bahawa suratan itu telah ada, dan tidak akan sesekali boleh diubah oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda :
” Ketahuilah sekiranya seluruh ummat manusia berhimpun untuk mendatangkan satu kebaikan kepadamu, mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan kebaikan tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu, dan jika mereka berhimpun untuk mendatangkan mudarat kepada kamu, mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan mudarat tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu. Telah terangkat pena dan telah keringlah dakwat “
[ Riwayat Tarmizi : Dipetik dari kitab Riyadhus Salihin ]
Jodoh adalah salah satu dari rahsia Allah yang mesti diimani. Dan anda sedang menunggu detik terlaksananya ketentuan tersebut.

BOLEH JADI
Memang betul, melihat kawan-kawan anda seorang demi seorang dipetik pergi adalah satu perkara yang meresahkan. Apatah lagi jika kawan-kawan itu semuanya lebih muda daripada anda. Sedangkan anda masih terpaksa mengukir senyum pahit kepada mereka dalam usaha menyembunyikan rasa di jiwa.
Tapi pernahkah anda terfikir, boleh jadi Allah sengaja menangguhkan kehadiran lelaki soleh tersebut ( insyaAllah ) supaya anda mempunyai ruang dan peluang yang lebih besar untuk agenda persiapan?
Persiapan apa?
1- Diri sendiri. Luaran dan dalaman. Mungkin jika anda ditakdirkan berkahwin sebelum itu, akan mengundang kemudaratan pula kepada anda. Barulah terasa betapa sesalnya memasuki alam perkahwinan tanpa persediaan. Mungkin aspek kecantikan dalaman kurang dititikberatkan sebelum ini. Kecantikan hati, keindahan budi, ia mudah dikesan jika anda jenis yang mementingkan diri sendiri dan tidak kisah jika orang sekeliling berkecil hati. Kalau sudah berkahwin, sikap tidak baik ini boleh mengundang kebencian suami.
2- Pengurusan. Diri sendiri dan apa sahaja yang anda lakukan. Boleh jadi anda kurang menitikberatkan aspek pengurusan diri dan terlalu sibuk dengan kerjaya anda sahaja. Maklumlah, ramai juga kaum hawa yang menyibukkan diri dengan kerja-kerja demi melupakan persoalan jodoh. Termasuk juga dalam bab pengurusan ini ; kecantikan. Ramai orang yang diberi anugerah rupa yang cantik molek, tetapi dipandang hodoh sebab gagal pengurusan. Bahasa kasarnya, selekeh. Orang tengok pun tidak menarik. Kegemukan juga salah satu cerminan dari kegagalan pengurusan. Jadi, mungkin juga Allah tangguhkan detik tersebut supaya anda sedar dan baiki perkara-perkara ini.
3- Keluarga. Anda tahukan, bila sudah berkahwin, ketaatan anda sudah berpindah kepada suami. Keutamaan suami sudah berada di tangga ketiga selepas Allah dan Rasul, berbanding sekarang di mana tangga tersebut diduduki oleh ayah dan ibu. Boleh jadi Allah sengaja tangguhkan detik tersebut supaya anda dapat menghargai detik-detik bersama ibu dan ayah dalam tempoh tersebut. Boleh jadi juga Allah tahu, ibu dan ayah anda masih belum puas mendampingi anda sebagai anak dara mereka sebelum diambil menjadi isteri orang. Jadi berilah perhatian kepada ibu dan ayah selagi mereka masih menjadi yang utama dalam hidup anda.
Banyak lagilah ‘boleh jadi’ yang lain. Saya kira, anda boleh ‘nampak’ segala ‘boleh jadi’ tersebut sekiranya anda ambil sedikit masa untuk memperhalusi dengan mata hati. Ia bukanlah mahu menafikan ‘kemampuan’ anda, tetapi anggaplah ia sebagai ‘bonus’ dari Allah sebelum tibanya saat-saat bahagia dalam hidup anda.
Seperkara lagi, saya sarankan anda banyak belajar dari pengalaman dan nasihat mereka yang telah berumahtangga. Biasanya, kaum hawa yang dimaksudkan oleh saya dalam artikel ini adalah kaum hawa yang bukan umur remaja, pendek kata sudah dewasa. Jadi saya kira, adalah lebih mudah mereka mendampingi ‘puan-puan’ yang telah lama membina rumahtangga dan mencedok sebanyak mungkin pengalaman dari mereka. Anda mungkin tidak nampak kebaikan tersebut hari ini. Tetapi satu hari nanti, apabila anda telah sah bergelar isteri, anda akan sedar betapa berharganya setiap pengalaman orang lain dalam membantu anda mendepani alam rumahtangga.

KISAH MOTIVASI
Ini bukan cerita dongeng. Saya mahu hikayatkan kisah benar kepada anda. Kisah yang saya harap mampu menyuntik motivasi kepada anda supaya jangan bersedih ( la tahzan ) memikirkan tentang jodoh.
Suatu ketika dahulu ada seorang gadis yang mungkin ‘senasib’ dengan anda. Asal disebut saja tentang jodoh, awan yang cerah terus bertukar mendung. Adakalanya sampai hujan, siap ada guruh dan petir lagi. Banyak bayangan silam yang menerpa seterusnya mematikan sinar harapan kepada insan. Cuma Alhamdulillah, mati harapan kepada insan tetapi tidak mati harapan kepada Tuhan. Tali pergantungan dengan Allah tetap kukuh dan api keyakinan tetap cuba dimarakkan dari masa ke semasa. Setiap malam, sejadah dan Al-Quran menjadi teman setia. Siang harinya dia berusaha menjadi dirinya dan melangkah tabah menguruskan kerjaya.
Dalam saat-saat tersebut, lelaki yang tampil pula semuanya tidak jujur belaka. Sekadar nak kenal, sekadar nak berkawan, sedang yang diharapkan adalah seorang pemuda yang meyakinkan. Lalu dia tabahkan hati, digunakan segenap kesempatan yang ada untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya. Sehinggalah dia menjadi puteri yang benar-benar menyejukkan hati kedua ibu bapanya dengan khidmat baktinya saban hari. Berkat kesabaran, keikhlasan dan ketabahannya, Allah hadirkan seorang pemuda yang merupakan bekas kawan lamanya tika di sekolah dahulu. Pemuda tersebut sekadar bertanya dan kemudian terus melamar kepada kedua ibu bapanya. Dua bulan kemudian, mereka berdua sah bergelar suami isteri.
Itu satu kisah, yang boleh menyentak jiwa sesiapa sahaja yang masih ragu dengan takdir Allah.
Satu lagi kisah, seorang guru agama yang kehidupannya biasa-biasa dan rupanya juga ‘biasa-biasa’. Tidaklah cantik rupawan, bahkan boleh dikatakan sukar mendapat tarikan. Namun hatinya cukup cantik. Teman-teman rapat sangat tahu tentang kebaikan ustazah tersebut. Malangnya, jodohnya belum tiba meskipun umur sudah terlalu hampir dengan angka 30. Tipulah kalau dikatakan dia tidak bimbang dengan masa depannya sendiri. Tetapi bagaimanapun ribut di dada, Allah tidak pernah diletakkan di tepi. Kerjaya mendidik anak-anak comel di sekolah agama diniatkan sebagai wasilah bagi mendapatkan rezeki yang berkat lagi halal. Juga sebagai ruang ‘latihan’ menjadi isteri dan ibu mithali suatu hari nanti.
Siapa pun tidak terfikir, seorang anak muda yang baru sahaja dikenalkan dengan ustazah tersebut terus berhasrat untuk mengambilnya sebagai isteri. Anak muda tersebut bukannya satu negeri, tetapi dari orang tengah yang mengenalkan, tengok gambar dan terus berkenan.Tidak sampai empat bulan, bertunang dan tidak lama kemudian ustazah tersebut sah menjadi isteri orang.
Kisah ketiga, juga melibatkan kaum hawa yang agak berusia, maksud saya bukanlah muda remaja. Beberapa kali diminta teman-teman rapat untuk membantunya menemui calon suami yang sesuai. Tetapi belum juga berhasil. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kawan rapatnya seorang demi seorang diambil orang, dan dia bertindak menghilangkan ‘tekanan’ dengan memberikan sepenuh perhatian kepada pekerjaan. Dia aktif ke sana ke mari memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak muda. Siapa sangka, ada pemuda yang tertarik dengan jati dirinya dan kemudian terus merisik. Selang beberapa bulan, gambar bahagia dia dan suami menghiasi dinding facebook.
Semua kisah di atas, caturannya langsung terkeluar dari kemampuan otak manusia. Ia adalah takdir, yang dihadirkan Allah tepat pada masa dan ketikanya. Beribu-ribu orang sekalipun yang anda temui, mereka tidak akan mampu memberitahu anda tentang hari esok, melainkan apa yang mereka mampu hanyalah memberikan anda keyakinan agar terus teguh dalam menanti hari esok.
Dan saya juga begitu.
Saya bukanlah pengatur takdir, jauh sekali penentunya. Saya hanyalah pelukis kalam dengan seribu satu tekad, agar anda tidak lari dari teduhan sebuah pengharapan.
Percayalah, penantian anda itu tidak sia-sia.
Suram itu akan segera berganti cahaya.
Sabarlah.
Ia akan tiba dalam sedikit masa.
Allah itu ada. Dan kita akan terus meyakini-Nya.

Sekian.
sumber: klik sini

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

♥ JARAK itu INDAH :) ♥



♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
 Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
jom checklist diri dulu! lets be prepared my dear! nice video! :D

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(An-Nur:26)


insyaAllah.sama2 pelihara diri sebelum tiba masanya...
tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.
hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.
milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.
hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.
tabahlah wahai diri, moga diberi kekuatan selalu...
pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu...
Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu. insyaAllah! :)
p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"



✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

Kisah cinta Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahra~

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”  Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!” Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!” Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya. Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” . “Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
~indah bila semuanya dalam redha Allah~
pesanan buat diriku dan dirimu: ‎Wahai diri, bersabarlah..janganlah berputus asa dalam kehidupan ini. Allah itu dekat, terlalu dekat dari urat lehermu. Jika engkau tidak mendapat apa yang engkau inginkan mungkin Allah akan menggantikan engkau sesuatu pengganti yang lebih baik. Allah tahu, tetapi engkau tidak tahu apa yang ada di depanmu. Kesatlah air matamu itu, gantikannya dengan senyuman penawar hati di setiap musibah itu. selalulah menyebut Alhamdulillah....Wahai diri, Allah sayang padamu, Dia tahu apa saja keburukan dan kebaikan untukmu, jadi terimalah seadanya takdir PenciptaMu itu. Yakini dan berdoa agar diberikan terbaik dalam hidupmu dan itulah yang terbaik apabila terjadi sesuatu ketetapan dari illahi..insyaAllah..Amin ya Rabb..semoga kita dapat melakar kisah cinta kita spt cinta agung Saidina Ali dan Fatimah. walaupon persaan tdk terucap tp DIA maha mengetahui apa yg ade dihati kita dan DIA juga yg tau apa yg terbaik utk kita...~ 

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers