DIA buat saya senyum :)


Sahabat yang soleh
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu

Ketahuilah
Sahabat yang soleh sangat menyayangi akan sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & tersasar
Dari cinta & redha Ilahi

Sahabat yang soleh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran

Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara

Sahabat yang soleh
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan

Sahabat yang soleh
Malunya mengatasi perawan
Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan

Sahabat yang soleh
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan

Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan

"Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri.."

P/S: tegur saya jika saya tersilap sahabat.bantu saya untuk terus mujahadah.bantu saya untuk istiqomah.sahabat hingga syurga.insyaAllah.. :)...

hari ini. seorang sahabt tag dekat 'post' nie, katanya saya pernah hantar padanya dulu. ntah berapa lama saya pun dah lupa. katanya semasa sem 2. rupanya dia masih ingat dan mengargainya.. suatu ketika,pernah juga kami bermasam muka kerana salah sangka sehingga diri ini menjauhkan diri.  pernah juga saya rasa berputus asa kerana dia. pernah juaga kami tidak bercakap untuk beberapa ketika. lumrah dan adat berkawan. pasti ada yang terasa hati. pasti ada pahit dan manisnya tersendiri.. tapi..Allah menyedarkan saya banyak perkara dalam kejadian itu. saya sedar saya telah banyak berubah setelah perkara itu. saya banyak belajar erti kehidupan..dalam pahit pasti terselit manis kan? dalam pahit baru saya menghargai erti sebuah kemanisan.. ^^  kasih sayang Allah tak pernah jauh buat hambaNya yang mencari kebaikan. terima kasih Allah engkau mendengar doaku. terima kasih Allah kau tautkan kasih antara kami semula. semoga Allah permudahkan jalanmu sahabat! semoga kamu terus kuat! dan saya tahu kamu memang kuat! saya akan sentiasa bersama kamu. aja2 fighting! :')



✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

0 comments:

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers