Sabar itu pada ujian pertama~


Dan begitulah suatu masa Rasulullah saw mengatakan kepada seorang wanita yang sedang menangisi kematian anaknya: “Sesungguhnya kesabaran itu hanya pada ujian pertama.” (Bukhari dan Muslim). 
Jadi, yang pahit dari kesabaran itu hanya permulaannya. Kesabaran pada ujian pertama menciptakan kekebalan pada ujian seterusnya.kesabaran itu pahit. Tak mudah untuk bersabar di saat ujian satu persatu menimpa. Bibir mudah mengucap sabar tapi hati hanya Allah mengetahui bebanan perasaaan yang kita hadapi. 
Setiap orang berbeza cara penerimaannya. Mungkin sstu ujian nie nampak mudah dan senang tapi bagi orang lain dia terasa payah. Allah yang mmbolak balikan hati kita.tu. Allah yang pegang hati kita… jadi jangan cepat melatah n menghukum apabila melihat ujian seseorang insan. berikanlah dia sokongan.bantulah dia.. Kerana bagi kita mungkin nampak mudah untuk hadapinya.tapi bagi dia mungkin tidak. tu Allah baru uji kita sedikit dan kadangkala ianya hanya ujian perasaan.kita sudah terasa terlalu payah dan berat. :’( 
kadangkala Dia uji sesuatu yang paling kita lemah, supaya jika ada ujian lain yang mendatang, kita akan kuat untuk menghadapinya, kerana kita telah diuji pada weakest point kita yet still we survive. Allah tahu weakest point manusia is people around them. People always care what others said. What people thinks. what people said. Alwys want be cared by people. 
And hikmah that i get from this ialah apabila Allah uji kita dengan sikap manusia. Allah tengah menguji kesabaran kita. Allah nak kita kikis perasaan seperti itu. Allah taknak taknak kita bergantung pada manusia. Allah nak kita mengutamakann pandangan Dia. Allah nak ajar kita berbuat baik pada orang walau apapun mereka dah lakukan.. Allah mahu mendidik akhlak kita dari keaadaan yang tidak semurna kearah yang lebih sempurna dalam mengejar redhaNya. Allah mahu kita berubah kearah yang lebih baik. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah kerana apabila datangnya ujian baru kita tsedar. Saat kita gembira dan saat kita sedih yang mana lebih banyak kita mengingati Allah? Tu tanda Allah sayang pada kita. Allah mahu kita sentiasa mengingati Dia dengan ujian ini. :)
Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.
Seringkali saya nasihat pada diri di saat hati terasa down n lemah dengan ujian Allah. Saya akan duduk depan cermin n  tenangkan diri dgn bckp pada diri sendiri dengan kata2 positive.
" Saya kuat dan tabah."
"Allah sayang saya sebab tu Allah hadirkan ujian ni"
"Orang lain lagi berat ujian yang mereka terima, saya Cuma diuji sedikt sangat sudah terasa berat" 
Semoga hati terus kuat dan tidak diiringi dengan amarah yang hanya mengundang resah!
 “Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari) 
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi...
it is better to cry than to be angry,because anger hurts others while tears flow silently threw the soul and cleanses the heart..
~wahai hati tersenyumlah~

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

0 comments:

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers