bicara dan didikan dariNya...

semoga penulisan ini menjadi penguat jiwa dalam menghadapi kehidupan ini. peringatan di saat diri terlupa.. memotivasikan diri untuk lebih teguh dan kuat dijalanNya... di dalam kembara sebuah perjalanan yang dipanggil kehidupan, seringkali kita melalui jalan yang pelbagai, kadangkala lurus, kadangkala bengkok, kadangkala kita sesat bagai tiada hala arah tuju. Hakikatnya kita masih mencari dan terus mencari arah dalam menuju jalan pulang pada pencipta Illahi. jalan menuju Allah sudah ditakdirkan penuh dengan cubaan dan ujian. memerlukan mujahadah yang tinggi, kesabaran dan ketabahan. mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah. ya.syurga itu indah! masakan segalanya dapat kita perolehi dengan jalan yang mudah. ada harga yang perlu dibayar!
alhamdulillah buat dirinya yang kini bakal mendirikan rumah tangga dengan suri  yang Allah telah takdirkan buat dirinya. sehebat mana perancangan manusia. perancangan Allah jua yang terbaek.. takdirNya sentiasa mengatasi tadbir manusia. semoga perkahwinan yang bakal dibina menjadi wasilah menghantar diri dalam perjalanan pulang menuju matlamat yang lebih hakiki  (mencari keredhaan Allah). mungkin terselit hikmah yang lebih baek. insyaAllah.. n im hepy for u..
apabila sesuatu perkara tidak jadi seperti yang kita harapkan. hati kita sedih? hati merintih? sukar menerima? tapi... sampai bila? mungkin saat inilah diri diuji dengan kata2 yang pernah dilafazkan. hati dan keikhlasan diuji. di saat istikarah menghadirkan jawapan dan kata putus diberi. hati perlu yakin dan menyerahkan sepenuh tawakal padaNya.. jangan pernah menyesali dan melihat kebelakang. hidup perlu diteruskan.. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya kan? :) 

takdir Allah terselindung banyak hikmah. cubalah melihat yang tersirat disebalik tersurat. cubalah menyakini apa jua yang ditakdirkanNya adalah baik. dalam cepat dan lambatnya waktu. mungkin sekarang tidak menyedarinya. di saat akan datang kita tidak tahu.. semua itu rahsia Allah kan? dalam kesedihan yang kunjung tanpa diundang. hadir nikmat yang jauh membahagiakan.. dalam sendu dan tangisan. dalam langkah yang terasa lemah dan longlai. hati terasa tenang dan bahagia.kebahagiaan dan sakinah dariNya...nikmat apabila mengadu pada Illahi.. nikmat apabila memohon dan merintih padaNya.. nikmat apabila jiwa hamba memanggil penciptaNya.. di saat segala harapan bagaikan tiada. tiada siapa tempat mengadu. tiada dahan tuk berpaut. hanya padaNya kita berserah. hanya padaNya diadukan segala rasa hati..
bersangka baik dan tenanglah wahai hati.  jiwa akan lebih tenang apabila merasakan semua ini adalah didikan dari Allah buat diri. Tenang apabila merasakan Allah yang mencatur hidup ini, Dia yang membolak balikkan hati2 hambaNya.. tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. semuanya baik belaka. pahit ini akan menjadi ubat dan segala kepedihan yang dirasai akan menjadi penawar bagi jiwa. Ya. kepahitan dan kepedihan yang dilalui tidak sia2. semuanya untuk mendidik diri lebih dekat padaNya. ujian kan didikan langsung dari Allah! :) beruntunglah diri apabila diuji. kerna itu tandanya Allah masih sayang padamu! meskipun ujian ini menghiris perasaan, namun hirisan itu bukan untuk merosakkan hati, namun sangka baiklah bahawa ALLAH sangat inginkan hati yang diujiNYA dengan kesakitan itu menjadi semakin cantik dan kuat dalam perjalanan mencari syurga….:)
sedarlah. hidup adalah perubahan yang tak pernah henti. jika kita cuba mengawalnya. kita sendiri yang akan terluka. kerna kita sama sekali tidak mampu! langkah ini perlu diteruskan, bukan sekali tetapi berkali-kali. jangan pernah berputus asa walaupun jatuh berkali-kali, jangan mengalah walaupun segalanya terasa pedih. meskipun tiada sesiapa disisimu cukuplah meyakini bahawa Allah tidak pernah jauh dari hambaNya. Dia sentiasa ada buat hambaNya. ALLAH sangat bahagia bila jiwa yang lemah berlari ke dakapanNya mengadu kan segala kesakitan dan kepedihan… ALLAH.. terimalah kami dalam rahmatMU. diri ini mahu bertemu denganMU dengan jiwa yang bersih. hati yang tenang dengan qada dan qadar takdirMu. Inilah pengakhiran yang kita impikan. mengharapkan redha Allah dalam kehidupan kita. berharap semoga jika kita redha apa jua yang Allah tetapkan buat kita. Allah juga akan redha atas kita. insyaAllah. semoga Allah berikan pengakhiran yang baik. kehidupan abadi hanya di akhirat sana...

note for myself: dear myself. please never give up. keep moving foward dear! kuat!  

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

0 comments:

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers