aku ingin kita berpimpin tangan ke SYURGA~ *_*
Teman,
jatuh la kamu seteruk mana pun,
insyaAllah, tangan juga akan kuhulur.
menangis la kamu sepuas mana pun,
insyaAllah, bahu juga akan ku berikan...
Teman..
kau adalah anugerah yang Allah beri kepadaku,
mustahil sekadar dilempar begitu..
kalau dia tiba-tiba menyimpang,
aku ingin menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
kalau aku adalah yang tersungkur,
aku akan segera bangkit agar dia tidak kususahkan.
sebab dia adalah sahabat,
dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
maka aku hormati kekurangan yang ada,
hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
mengekstensi hingga ke syurga nanti.
sebab dia adalah sahabat,
mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi....
"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, : "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan dan diazab Allah dengan azab yang sangat keras?". Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa." ~surah Al-a'raf, ayat 164~
***********************
jika ada dikalangan kita yg melakukan pebuatan tidak baek, tetapi kita tidak menegur, atau tidak berusaha menolong dia, suatu hari kelak akan ditanya Allah, "kenapa kamu membiarkan kawanmu terus berbuat dosa? sedangkan kamu berada dikalangan mereka...."
Allahurabbi.rasa tersentap seketika. maafkan daku sahabat. masih tidak mampu menjadi sahabat yang baik buat kalian. sungguh aku masih lemah. cuma mendoakan kalian dalam diam... sesi 'luahan rasa' petang itu banyak menyedarkan aku. mungkin langkahku agak lambat. mungkin aku terlalu memikirkan kata2 org sekeliling. sehinggakan aku lupa tanggungjawabku...aku akan cuba memperbaiki diri untuk kalian. bukan sahaja kerana kalian. tapi aku ingin kita bersama2 bergandingan tangan ke syurgaNya.lillahitaala... aku sayang kalian! rasa bersalah itu kian memuncak kebelakangan ini. tiada kata seindah bicara melainkan permohonan maaf yang tak pernah putus.maafkan aku.... =_=
smoga Allah permudahkan niat baek kita. fitrah insani itu inginkan kebaekan. jangan pernah memandang pada dirinya saat ini.tapi lihatlah pengakhirannya. mungkin dia lebih baek dari kita. jangan pernah putus asa dari rahmat dan hidayahNya!
Labels:
diari hati,
kembara ilmu,
monolog
Open Cbox









0 comments:
Post a Comment