sepi itu indah~
Allah.. semoga sepi ini tidak membuat aku jauh dari Engkau...
semoga sepi ini buat aku lebih tabah. semakin mengenal Engkau. semakin bijak menilai insan2 di sekelilingku.. sepi itu indah buat mereka yang menyedari. walaupun tiada siapa yang menemani. cukuplah meyakini bahawa Allah ada dalam setiap langkah. insyaAllah. akan dikuatkan hati untuk terus melangkah! biar sepi dari kasih manusia asal tak sepi dari kasihNya..
Bila terasa sepi. bersyukurlah..
kerana mungkin kesepian itu adalah tarbiyah dari Illahi untuk menguatkan hati.
Bersukurlah kerana mungkin rasa sunyi itu petanda buat kita untuk dekat denganNya..
Bersyukurlah..kerana Allah maseh memilih kita untuk kembali mencariNya..
Disebalik sepi itu ada muhasabah cinta Allah
Kembalikan dirimu kepada Allah
Basahi bibirmu dengan alunan zikrullah
pujuklah hatimu dengan ayat2 cinta dariNya
Mengadulah pada Dia yang Maha Mendengar
Menangislah sepuasnya..
Bukan Dia tak tahu keadaanmu
Bukan Dia tidak mengerti hatimu
Cuma..Dia terlalu rindukan rintihanmu
Dia rindukan tangismu...
Percayalah kasih Allah tidak pernah sepi untuk hambaNya
Dia lebih mengetahui...
Labels:
diari hati,
puisi pelangi
Open Cbox








0 comments:
Post a Comment