berkat ibu ayah~

assalamualaikum.. 
Rasulullah SAW pernah bersabda :
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu..
( tak kira masih hidup atau telah tiada )" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
kata2 nasihat pakcik(adik lelaki mak) pagi tadi sangat2 terkesan di hati.sebagai anak kena selalu mendoakan makayah. telefon makayah. bertanya khabar walaupun sekejap. keberkatan itu terletak pada makayah. insyaAllah bila kita selalu mendahulukan makayah kita. menyenangkan hati mereka. segala pekerjaan n perkara yang kita buat akan menjadi mudah. 
teringat masa submission project 4 yg lepas.dua tiga hari tak tido siapkan project. project nie sangat2 penting sebab bawa carry mark paling tinggi iaitu 50%. mula2 memang takde idea langsung. n idea2 sebelum tu dua kali kena reject. mula2 rasa down yang amat. saya call makabah. mintak diorang doakan saya dapat idea untuk project nie. rasa sebak sangat! walaupun masa yg diberi tuk siapkan project 6 minggu tapi dua minggu terakhir tu baru dapat idea. dan mulakan balek dari mula2. step by step. walaupun org laen da proceed jauh da. diri ini maseh bertatih2 lagi..  tapi walaupun last minute.saya bersyukur sebab Allah tolong saya..  alhamdulillah.idea datang mencurah2 lepas tu. n dapat siapkan project on time.. dan tanpa diduga masa final. saya dipilih tuk jadi orang first untuk present kerja2 saya. Allah. mang tak bersedia sangat2 time tu. memang tak sangka.tak sempat nak susun ayat. susun apa nak cakap semua. terasa terbeban sangat sbb tak bersedia lagi. lagi pula ada arkitek n pensyarah2 jemputan dari luar.. :'( cepat2 col mak lepas tu mintak restu n doakan yang terbaek utk presentation kejap lagi. alhamdullillah. terasa ada kekuatan yang ditiupkan dalam diri ini. semua dirasakan berjalan lancar..hilang gugup.nervous n semuanya.. rakan2 yang present selepas tu semua down n ada yang menangis sebab project diowng kena hentam n redo balek..alhamdulillah.Engkau pmudahkan Ya Allah.. :')
benarlah.keberkatanAllah terletak pada keberkatan ibubapa pada kita. kalau bersungguh2 macam mana pun tapi ibu bapa tidak redha dengan kita. semua kerja dirasakan payah.. tapi kalau kita selalu berdoa dan minta restu pada makayah. insyaAllah hidup ini akan terasa teratur n mudah  bagi kita.. makabah.terima kasih untuk kasih sayang yang kau curahkan.berkorban n menjagaku dari kecil hingga dewasa.betapa diri ini merindui kalian saat ini.. walaupn kadang2 tak pandai nak tunjuk sayang ini pada makabah. doa dan kasih ini selalu mengiringi kalian.. doakan anakmu ini..
 Ya Allah..aku lemah aku banyak dosa,
aku suka mengeluh,
aku kerap lalai dan alpa,
Ampunilh aku Ya Allah,
ampunilh diriku dengan pengampunan
oleh sifatMu yg Maha Pengampun,
Maha Pengasih&Maha Penyayang..
Mudah-mudahan tanpa banyak hisab
dan tanpa banyak syarat,
sebagaimana ibubapaku mmaafkn aku tanpa syarat,
mengasihiku tanpa mengharapkan balasan

Ya Allah ampunilah ibu bapa ku
rahmatilah mereka
dan limpahkan RahmahMu kpd mereka ..
mereka yang mengasihiku tanpa syarat,
maafkan mereka
dan limpahkan kasih sayangMu kepada mereka tanpa hisab
dan tanpa syarat
maafkan mereka
tempatkan mereka di dunia rahmat Mu
dan di akhirat redha Mu..
ameeennn ya Rabbal 'Alamin
...

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

0 comments:

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers