Kekadang ‘jemputan ke arah KEBAIKAN’ singgah secara tiba-tiba..KUTIPLAH titipan kasih daripada ALLAH apabila suara hatimu berbisik : "Sampai BILA aku harus begini…" "Aku perlu BERUBAH.." "bukan begini caraku BERSYUKUR padaNYA..".Apabila seseorang didatangi rasa HATI yang seperti itu, bermaksud dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke arah kebaikan..sambutlah, raihlah.. moga dirimu sentiasa berada dalam KEBAIKAN...
Jangan putus asa untuk BERUBAH menjadi hamba Allah SWT yang BAIK..baik di sini adalah baik mengikut neracaNya, BUKAN mengikut neraca manusia semata-mata, jangan putus asa kerana Allah itu Maha Pengampun..jika JATUH, jika TERSUNGKUR, jika TERTEWAS di tengah usaha, jangan sesekali berhenti untuk BANGUN SEMULA..sesungguhnya Allah mengira USAHA kita, bukan natijahnya.. Bila ALLAH ada di dalam hatimu, kamu seolah-olah MEMILIKI segala-galanya..itulah KEKAYAAN, KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN yang hakiki..YAKINLAH denganNya...insyaAllah~
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri " (Ar Rad : 11)









0 comments:
Post a Comment