~aku tak sendiri~

Ya Allah. apakah rasa ini. hati ini menangis. hati ini terasa pedih. bagai disiat2. mampukah hati ini bertahan? mampukah hati ini untuk terus kuat? ya Allah.rawatlah hati ini.gantilah hati ini dengan hati yg baru..hati yang sering merinduiMU..gantilah kegelisahan dalam hati ini dengan ketenangan yg membahagiakan.. aku ingin menggapai cintaMU. aku ingin merasai ketenangan dalam mencintaiMu. aku dambakan redhaMu dalam setiap langkah dan perjalananku.. aku bukan siapa2. aku juga seperti kamu yang masih merangka jalan hidupku.. aku ingin corakkannya dengan warna yg indah. warna pelangi.. indah dan mendamaikan… meskipun sukar. takkan aku biarkan cahaya ini berlalu pergi lagi. kuatkan aku Ya Allah dalam meniti hari-hariku... izinkan aku tersenyum. sungguh walaupun hati ini terasa berat. walaupun hati ini terasa pedih. walaupun aku sendirian. namun aku tahu Kau takkan pernah biarkan aku sendiri...aku tak sendiri.... :'(

"Hidayah dari ALLAH itu terlalu mahal...jangan pernah mensia-siakan peluang yg diberikan kepada kita...tak semua orang diberikan hidayahNYA..hanya yang terpilih...jika kita yang terpilih...gunakan sebaiknya...jika terlepas...terlalu sukar untuk kita mendapatkannya.."
"Cinta itu adalah anugerah namun jodoh itu adalah takdir...apabila cinta sudah sesuai dengan kehendak Ilahi, bertepatan dengan wahyu Allah, maka itulah Cinta yang membawa bahagia.."
"Beruntunglah orang yang dirinya diuji oleh Allah, lalu dia menjadikan ujian itu sebagai noktah untuk membelek-belek ayat-ayat cinta Allah, mengintai-intai permata indah yang ada di dalam ujian yang menerjah. Sungguh... di dalam ujian itu terselitnya kenikmatan membawa erti sebuah ketenangan. Senyuman dalam linangan air mata yang membahagiakan.."
"Bila Allah tak beri, bukan bermakna Allah benci.tapi mungkin ada sesuatu yang Allah mahu kita mengerti.Duhai hati, bersangka baiklah dengan qada' dan qadar Allah.kerana Dia lebih mengetahui malah Dia Maha mengetahui.Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.."

nota hati: perjalanan ini maseh jauh.jangan mengalah.kuatkan hati! insyaAllah.Allah sentiasa bersamamu.hadir dalam setiap langkahmu.cekalkan hati... buat 'dia' yg dulu sering memberikan smgat. terima kasih.. diri ini sangat menghargai..jaga imanmu... moga rahmat Allah sentiasa bersamamu selalu...

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

1 comments:

Nazihah@Jiha said...Reply To This Comment

Allah sentiasa bersama hamba-Nya :)

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers