tenang dalam derita. bahagia dengan ujianNya~ :)
assalamualaikum...
mendapat mesej dari seorang sahabat yang saya kira lama tidak berjumpa dengannya. walaupun ddk sama u.tp kesibukan menghalang kami untuk selalu berjumpa.. dengan keizinan Allah kami terjumpa di fudcort ketika sibuk membeli makanan.alhamdulillah.Allah Mengetahui bahawa hati ini sangat merindui dia.lalu Allah temukan di saat n masa yang sangat tak diduga... meskipun hanya sempat bertanya khabar untuk beberapa minit. ternyata dia dapat meneka hati ini...mesej yang diberikan tersimpan seribu erti. entah kenapa hati ini terharu dengan kata2 semangat yang diberikan.sungguh Allah Mengetahui apa yang terkandung dalam hati ini. lalu Allah sampaikan kata2 semangat melalui dia... hati ini terubat.. :')
tiada apa yang diri ini harapkan melainkan cinta yang dapat membawa diri ini lebih mengenal cinta Illahi...sungguh kehilangan yang dilalui berkali2 mengajar diri ini untuk lebih bergantung harap pada IIlahi dan meletakkan sepenuh harapan kepadaNya bukannya insani.. dan alhamdulillah perpisahan kali ini dapat diri ini lalui dengan tenang dan redha.. terasa mahu senyum sahaja dengan ujian yang Allah hadirkan. kerana terasa diri ini disayangi olehNya... terasa Allah memanggil2 diri ini untuk kembali pada Dia.. meskipun diri ini terlalu banyak dosa. Dia tak pernah jemu2 untuk memanggil hambaNya bersujud padaNya...
perasaan ini tidak ku pinta. malah sudah beberapa kali ku cuba pendamkan dan elakkan. ternyata ia tetap hadir.. ku cuba menjaga rasa fitrah yang hadir ini agar tidak menjadi fitnah. berusaha menjaga diri sebaiknya...tiada impian lain selain mengharapkan indahnya bila kita mencintai keranaNya.. dapat beribadah bersama2. berpuasa sunat. membaca al-quran. mengamalkan sunnah2 Rasulullah SAW. pasti indah apabila ada yang menemani dan memberikan kata2 semangat. saling mengingati dan menasihati.. kadangkala diri ini sendiri mengerti diri ini tidak cukup kuat untuk melalui semua ini keseorangan... namun. kini hanya Allah sahaja yang dapat jadi penguat diri ini..
semoga kita terus teguh. tabah dan istiqomah mencari cinta Illahi~
...seandainya tiada cinta insani untukku.cukuplah cinta Allah yang menemaniku...
Open Cbox








0 comments:
Post a Comment