Doa Seorang Insan...

Ya Allah, aku hambaMu yang lemah, aku tak cukup kuat untuk menghadapi segala dugaanMu, aku hanya mengharapkan kasih sayangMu dalam aku menjalani kehidupan ini, aku selalu percaya kepadaMu, kerana Kaulah yang sentiasa bersamaku selama ini, Kaulah yang selalu memberi aku kekuatan dan ketenangan apabila menghadapi segala dugaan.

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon keampunanMu atas segala dosa-dosaku, aku hambamu yang lemah lagi rapuh, akulah hambaMu yang selalu jatuh dan tersungkur, akulah hambaMu yang sering melakukan kesilapan, akulah hambaMu yang selalu memilih ketidaktepatan, akulah hambaMu yang jahil ,alpa dan kekadang lupa untuk lebih mendekatkan diri kepadaMu.


Ya Allah, aku mohon keampunanMu atas segala dosa-doasaku selama ini, kau dekatkanlah aku kepadaMu, jadikanlah aku dikalangan hambaMu yang beriman dan bertakwa kepadaMu. Jadikanlah aku di kalangan hambaMu yang sentiasa mengingatiMu dan mendekatkan diri kepadaMu.Ya Allah, kau berikanlah aku kesempatan dan peluang untuk membuktikan keikhlasanku dan kejujuranku, berikan aku peluang untuk berjasa kepada keluargaku dan membahagiakan keluargaku selagi hayatku. Berikanlah aku kesempatan untuk menjadi seorang yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. 

Ya Allah, aku menyedari masa amat singkat untukku berjuang di dalam pertaruhan dan perjalanan kehidupan yang penuh liku dan ranjau berduri ini, aku mengharapkan dalam tempoh yang singkat ini untuk diriku menjadi hambaMu yang beriman dan bertakwa, yang menyerahkan diri kepada yang Maha Esa dan Maha Berkuasa, Sesungguhnya Kau Maha Pengasih dan Penyayang, Kau Maha Hebat dan Maha Penguasa. Hanya kepadaMu aku berdoa, aku berserah, kepadaMu, aku bertawakal dan mengharapkan perlindungan dan kasih sayangMu. Kaulah Maha Adil dan Saksama, Ya Allah, seandainya kehidupanku selepas ini membawa aku ke jalan yang salah, Kau berikanlah aku petunjukMu, kerana aku takut seandainya aku menjadi hambaMu yang leka dengan dunia yang sementara ini. Ya Allah, Kau hidupkanlah aku dalam keimanan dan mati jua dalam keimanan. Di dalam redha dan kasih sayangMu. Dan di tempatkan di kalangan hamba-hambaMu yang terpilih di sisiMu.

Amin ya robbal alamin..
p/s: salam Maal Hijrah 1433H. smoga taun bru ni memberi kberkatan dalam hdup kita smua. dan tahun ini lebih baek dari tahun2 sebelumnya.. buka lembaran baru. baiki diri. tingkatkan amalan. upgrade iman.mujahidah itu pahit kerana syurga itu indah.chayook! moga dpermudahkan semuanya. ameen :)

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

2 comments:

Nazihah@Jiha said...Reply To This Comment

Assalamualaikum ukht.

salam maal hijrah 1433H.
insyaAllah,menjadi hamba Alllah yang lebih baik dr sebelumnya ^_^

wah,study kejuruteraan ea ukht? lama dah tinggal engineering studies waktu kat teknik dulu)==' rindu pula :')

subhanallah,blog ukht ni^^ sy suka..sy share link ukht kat blog sy ya,syukran :)

ukhty pelangi said...Reply To This Comment

@Nazihah@Jihasyukran.salam maal hijrah juga. :)

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers