TEGURAN BERHIKMAH

Kita haruslah memandang semua manusia dari kaca mata dakwah dan kasih sayang. Jangan hukum sesorang sebelum kita kenal dia terlebih dahulu,mungkin kisahnya tidak seperti kita. Mungkin didikan yang dia dapat tidak sebaik seperti didikan yang kita dapat. Mungkin juga suasana persekitarannya yang mendorong dia menjadi seperti itu. Kita haruslah berbaik sangka dalam apa jua keadaan sekalipun, rendahkan diri dengan orang yang menasihati atau dinasihati. Mungkin dengan itu kita akan lebih memahami keadaan dia, dan dia juga insyaAllah akan lebih mudah menerima nasihat kita. 


Bayangkan kalau kita ada dua rakan nie.sorang tu tegur contoh: 
bila ada si A ni dy bwat maksiat.
si B pun tegur : “KO NAK MASUK NERAKA KE.TAWU TAK BENDA NI HARAM?!”
then si C ckp ” ohh.A.ko tawu kan benda nie tak elok.ko cuba tinggalkan ea.kalo tak dapat tinggalkan terus.kita cuba skit demi sikit..iA.munkin dgn usaha kita.Allah akan cuba bantu.yg penting kamu berusaha ya..Allah suka hambaNya yg berusaha berubah utk kebaikan..Allah Maha Pengampun..sy tau kamu ni baik sebenarnya..sy doakn kamu berjaya tinggalkan bnda nie.” :) 


jadi..klu kite jadi si A.yg mana kite lebih tersentuh n rase nk brubah bile dgr? 
tentunya kite akan lebih berlapang dada bile dgr nasihat daripada orang yg lembut hati dan baik.tidak kasar dalam cara penyampaian nasihatnya kan??


Selalu mendengar keluhan rakan-rakan yang hati dan niatnya yang benar-benar mahu berubah, namun ada sesetengah manusia, yang memandang serong dan memperlekehkan mereka. Setiap orang mempunyai potensi dan hati yang berhajat pada kebaikan. Hati-hati seperti inilah yang perlu dididik untuk terus istiqomah mencari jalan keredhaan. Kita perlu kreatif dan halus mengajak mereka. Bimbang jika terlalu keras, malah mereka akan semakin menjauhkan diri.


Kita tak boleh menilai seseorang dari pakaian dia atau fizikal dia. Mungkin mereka ini jauh lebih baik berbanding kita. Mungkin juga seseorang yang pernah bangkit dari kesilapan kadangkala lebih baek dan bersih hatinya daripada yg laen. Apapun,paling penting kita perlu berbaek sangka, sayang menyayangi dan saling mendoakan. Hanya Allah yang paling layak dalam menilai diri kita,bukannya manusia


nota hati: tak sume dilahirkan terus2 jadi baek.mungkin sape yg dilahirkan dalam biah yg baek dr kck smpi besar tak phm.btapa sshnya nk bergerak n bertatih sdkt demi sdkit bbnding mereka yg dari kcl tlh dididik n berada dlm suasana biah yg baek.. sama2la kita memperbaiki diri n org yg menegur perlu berhikmah dalam stp teguran dan tidak menyinggung perasaan org laen.. yg menerima teguran pula perlu lebih bersikap terbuka dan berlapang dada bila menerima teguran..sama2 perbaiki diri n berkaseh sayang sesama kita ya! ^_^
insyaAllah.i will nver stop TRYING to be a good muslimah.pray hard for me. :)


Before you judge my life, my past or my character... walk in my shoes, walk the path i have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. remember, everyone has a story. when you've lived my life then you can judge me.. ^_^

✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

0 comments:

Open Cbox
 
Daisypath Anniversary tickers