positifkan diri~ :)
selepas
satu ujian pasti hadir ujian yang lain.. andai bukan ujian kesusahan, ujian
kesenangan pula menimpa.. hakikatnya, kehidupan di dunia adalah medan ujian
buat hamba2Nya.. Dia pasti akan menimpakan ujian kepada hambaNya,
buat menguji keimanan hambaNYa, agar jelas siapa yang jujur dalam imannya dan
siapa yang dusta, siapa mengeluh, berputus asa dan siapa yang sabar.
hati tersentap saat
ayat cintaNya menyapa di saat mendambakan petunjuk dariNya...
“Atau apakah manusia akan mendapatkan semua yang diinginkannya
? (Tidak) hanya milik Allah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia.” [QS An Najm
: 24 – 25]
sudah
lumrah manusia menginginkan yang sempurna dan terbaik dalam hidup mereka. tapi
kadangkala kita harus reflect diri sendiri dan bersyukur dengan apa yang telah
Allah hadirkan pada kita. tak semua bnda kita nak kita akan dapat. Allah lebih
Mengetahui yang terbaik untuk diri kita! cuba mempositifkan diri dengan
setiap keadaan yang Allah hadirkan. terimalah kekurangan maupun kelebihan
tersebut. dan memperbaiki kelemahan itu menjadi kelebihan! insyaAllah
ketenangan itu akan hadir apabila kita menerima dengan hati dan jiwa yang
lapang. :) Di saat kita merasakan setiap kepayahan dan kesenangan itu adalah
tanda kasih sayang Allah buat hambaNya pasti kita malu untuk mengeluh dan
berputus asa. kerana masakan kita mahu menolak tanda kasih sayang Allah buat
hambaNya?mana mungkin kita mahu menolak kebaikan yang Allah mahu hadirkan pada kita?
erti hidup pada memberi. :) jangan terlalu mengharapkan kebahagiaan akan hadir dengan sendiri.tetapi carilah kebahagiaan itu dengan memberi kebahagiaan pada orang lain.. berbuat baik sesama manusia. positifkan diri walau apa jua masalah dan ujian yang mndatang. pasti kebahagiaan itu akan hadir buatmu! ya.memang diakui.sukarnya untuk stay postive di saat masalah melanda. sedikit sebanyak hati kita akan tergugat dan bertindak di luar kawalan tanpa memikirkan rasional tindakan kita. terutamanya perempuan kan? *saya lah tu* :) sukarnya
hendak menjaga keikhlasan hati di samping bersangka baik sesama manusia di saat
satu persatu perkara maslah datang..lemahnya kita apabila merasa diri letih melakukan
kebaikan dan berputus asa dari rahmat n kasih sayangNya. :'( wahai jiwa yang
baik. sesungguhnya kita tiada kuasa untuk mengubah hati manusia mengikut
kehendak kita. tapi apa yang kita mampu adalah mendoakan yang terbaik untuk dirinya
semoga kita dan dia sentiasa berusaha memperbaiki diri dalam menuju takwa dan
ketaatan pada Allah. teruskanlah melakukan kebaikan. teruskanlah tersenyum di
saat hatimu sakit menghadapi orang sekelilingmu. itukan tarbiah dari Allah untuk mendidik jiwa agar lebih
teguh dan sabar di jalanNya.. kelebihan dan kekurangan itu untuk saling
melengkapi antara satu sama lain di samping saling berusaha untuk memperbaiki
diri dalam menuju perjalanan yang diredhai Illahi.. siapalah kita jika
hendak merasakan diri sendiri baik sedangkan Allah sahajalah dikembalikan
segala kebaikan.. kerana rahmat dan kasih sayangnya lah kita masih diberi
petunjuk serta hidayah..teruskan berdoa..
Tidak
ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim)
tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga
kebaikan yang sama.”
wahai
jiwa yang baik.hakikatnya, jiwa manusia itu lemah, kadangkala pasti terselit
jua perasaan sedih dan terasa hati. tapi percayalah Allah Maha Mengetahui apa
yang terkandung di hatimu. Allah mengetahui usaha kamu, Allah Mengetahui kamu
menginginkan yang terbaik untuk saudaramu, Allah mengetahui niat dihatimu. Allah mengira setiap usahamu. tenanglah wahai diri kerana ALLAH itu Maha Mengetahui. :')
"Segala yang baik yang kamu kerjakan, Allah
mengetahuinya." (Al Baqarah:197)
"Allah..Allah..semoga
niat ini tetap lurus keranaMu...
~catatan peringatan buat diri yang sering terlupa dan terleka~
Oh
Tuhan
HambaMu
ini kekeliruan
Sukar
mencari jalan yang benar
Kerna
dipaut hasut dunia
Mencintai
yang lain lebih dari-Mu
Oh
Tuhan
Hidayah-Mu
pernah hadir
Hingga
kering airmataku menitis
Namun
terkadang aku berpaling
Kerna
mengejar nikmat dunia sementara
Hari
ini ku bimbangi
Jika
terakhir hidup
Adakah
lagi subuh esok
Untuk
ku bernafas
Dan
sujud mengabdi pada-Mu
Oh
Tuhan
Berikan
daku kesempatan
Menebus
kesalahan
Lantaran
dosa dan noda
Dan
sengaja melupakanmu
Hadirkan
damai
Sebelum
di hujung nafasku
Oh
Tuhan
Berikan
daku petunjuk-Mu
Untuk
ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan
daku mengulangi
Janji-janji
yang baru
Taubat
nasuha setulus untuk-Mu
Oh
Tuhan
Rahmat
kasihMu Tuhan
nota kecil: kecewa dengan cinta kasih manusia, namun sebenarnya kecewa itulah yang membawa kita mengenal dan mencari cinta ALLAH kan…? sayangnya ALLAH pada kita, menukar cinta manusia yang sedikit dengan cinta ALLAH yang Maha Hebat! awesome! alhamdulillah Ya Allah. tenang dalam tangisan :')
ku ingin cahayaMu...
''Sendiri Menyepi..
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan
perlahan kucari, mengapa diriku hampa…
sampai kapan ku begini resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala...'' :'(

Jika rindu ini bertatah,aku harap biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik resah kepadaMu aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui,Ya Allah damaikanlah hati.Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi.Biarlah kasih mengikat diri.Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMu..
ku ada KAMU :)
its there..
its there..but yet its hard to reach. many obstacle that sometimes make me feel down and break :'( everything will never be exactly the way u want. if it is, it won’t last long. that’s just how life is. and that’s ok. everyone have ups and we have downs. be positive!
just hold on. and try ur best to be the best dear.
sometimes. i keep telling and remind myself that 'this' is not the centre of my life. i will not get everything that i want in 'this', i know sometimes i will be really down. and i will be tired... but 'this' is the way that Allah had choose me to get through to make me become a new and better muslimah. to be near to Him.. just like a puzzle that u have to solve. it needs patience and need a lot of time to make it complete. and sometimes you need strategy to complete it.
its going to be okay. dear... even ur own family or friends sometimes cant help u when u have a problem. but always remember that u have Allah by ur side. anytime that u need HIM. HE will be there.. Allah. i dont need anyone but YOU..YOU who shows me right from wrong. YOU who make me become stronger. YOU who always being beside me through ups and downs. YOU who can make me out from this hard feelings and situations. i need YOU.... :'(
‘When you‘re going through something hard and you start wondering where Allah is, just remember the teacher is always quiet during a test‘ - Nouman Ali Khan
♥ DIA UJIAN BUAT DIRIKU ♥
Allah menghadiahkan seseorang untuk kita cintai untuk kita hargai dan untuk kita lindungi. Mereka adalah sebaik-baik harta yang kita ada. Andai suami dihadiahkan isteri untuk melakar bahagia, anak dikurniakan ibu bapa untuk cinta dan begitu juga dengan mereka dikurniakan cahaya mata untuk dibelai manja. Itulah hadiah dari yang Esa. Sebelum melangkah ke alam bahagia mungkin ada di antara kita diuji dengan kehadiran si ‘dia’ dalam hidup kita
Kita tidak pasti sama ada benarkah ‘dia’ pasti akan menjadi milik kita dan adakah ‘dia’ yang akan bersama mendoakan kita hingga kita bertemu Pencipta nanti. Kita tidak tahu. Tuhan hadirkan ‘dia’ kepada kita untuk menguji keimanan kita. Tuhan datangkan ‘dia’ bukan sekadar untuk memberi seri pada hati kita tapi menguji sejauh mana cinta kita pada Tuhan. Andai cinta kita pada si ‘dia’ melebihi cinta pada yang Esa bermakna kita sudah gagal dalam ujian itu!
Ujian dalam bercinta bukan saja terpalit pada remaja yang biasa-biasa tetapi ada juga terselit kepada remaja yang ada agamanya. Di corak mengikut kreativiti mereka. Tetapi awas! Zina tidak mengenal siapa diri seseorang itu. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang ada dalam diri yang mampu menghindari kita dari melakukan semua perkara maksiat itu. Ingat! Cinta bukan bererti mengikat tetapi membebaskan dan melepaskan. Bagaimana untuk membebaskan dan melepaskan? Bebaskanlah ‘dia’ untuk mempertaruhkan cintanya kepada penciptanya..lepaskanlah ‘dia’ untuk memberi cintanya dulu kepada ayah dan bondanya.
Bukan bererti kita memutuskannya tetapi memberi tali untuknya supaya cinta kita dan ‘dia’ nanti direstui ilahi dan keluarga yang kita cintai. Bersabarlah dahulu. Hentikan dari melakukan zina hati. Ya. Memang sukar tetapi yang sukar itu pasti akan memberi kenikmatan kepada kita di suatu hari nanti. Saya yakin dan percaya apabila kita memaksa diri kita untuk melakukan perkara kebaikan kita akan menjadi orang yang berjaya dan jika kita terpaksa melakukan sesuatu kebaikan kita adalah orang gagal. Biar kita memaksa bukan kita terpaksa! Paksa diri untuk tidak merindui dan selalu menghantar pesanan ringkas kepada ‘dia’. Lawan hasutan syaitan yang membuat kita lupa pada pencipta kita itu. Sabar untuk pengakhiran yang benar.
Andai hati kita sudah terpaut pada ‘dia’, teruskan berdoa, jaga adab dalam agama, walau kita tidak tahu adakah ‘dia’ benar untuk kita tetapi kita sekadar berusaha. Allah maha mengetahui Maha bijaksana. Jangan sesekali kita menganggap kita sudah benar memiliki ‘dia’. Itu tafsiran yang salah dan boleh membawa padah! Anggaplah ia hanya ujian dan pinjaman dari yang Esa. Jika sesuatu perkara buruk berlaku antara kita dan ‘dia’, sudah pasti kita redha kerana semua itu datang dari yang maha Esa. Semaikan akhlak nurani kita untuk menjadi seorang suami atau isteri yang berpekerti di mata Ilahi.
Kita sering mendengar ada rakan-rakan kita yang mempunyai masalah dengan pasangan mereka dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk ‘bercerai’ di dalam percintaan mereka yang hebat itu kononnya. Jangan gundah akan erti perpisahan itu kerana dosa kita mungkin sudah dihentikan melalui perkara ini. Kata mereka “ sudah serik untuk bercinta, sudah serik buat kali kedua, tiada lagi nama lelaki atau wanita di hati aku, hatiku sudah tertutup untuk menerima cinta.” Tapi kita lupa Allah pemilik hati kita. Allah yang membolak-balikkan hati kita. Allah akan menguji kita lagi dengan kehadiran insan lain. Muhasabah pada diri kita benarkah ungkapan kita bila cinta kita yang dulu terputus kita lakukan dan kita amalkan?
Neraka itu panas sifatnya begitu juga zina panas bahangnya. Jangan sesekali kita hampiri ia. Jadikanlah diri kita perisai agama Allah yang paling berbahagia dan kita di antara pemuda pemudi yang akan dijanjikan syurga. Ingatlah hadirnya ‘dia’ di dalam hidup kita bukan untuk sekadar jalan menyemai alam rumah tangga tetapi adalah ujian besar dari pencipta kepada kita. Cintailah Allah melebihi segala-galanya kelak nanti akan dihadirkan ‘dia’ yang sebenarnya untuk kita!
source: copy
p/s: reminder for myself.
✿Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir✿

Open Cbox