jatuh cinta! ^_^
... السلام عليكم
bismilahirrahmanirrahim..
In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful
im in ♥ dengan mini al-quran Edisi Baru Mushaf AlBurhan nie! nak beli! first tgk bila tpandang kat wall fb. ada org post. jual online..cover dia kain baldu. ukuran 10x15cm.. kecik. senang nk bawak mana2 kan? paling penting quran nie sangat comey n ada warna PINK! musty lagi btambah semangat n bkobar2 nak baca! ada kena mengena ke? mungkin? dari segi psikologi. :p tapi jangan baca je ye.faham.dalami n hayati sama.. ^_^ paling best ada juga kisah-kisah wanita dalam al- quran. hadith-hadith pilihan ttg wanita. tips tampil cantik mengikut sunnah. agenda khatam al-quran n macam2 lg.. ada juga bacaan tajwid berwarna.nanti mudah sikit baca kan. at d same tyme boleh lancarkan bacaan tajwid sama! :)
tapi...
dah ada mini quran lg satu. bru beli. patut ke beli lg satu? project final nk dekat.review pun sama.musty gna duit bnyak utk project nnty kan.. takpela. simpan duit sikit2. insyaAllah nak beli jugak! takpela.tak rugi pun klu beli lg kan..kalau tak beli nanti musti termimpi2.(kuat mengidam nie) jubah ritu pun masih terbayang-lagi sebab tak sempat beli...huhu semangat2! tunggu sy ye my darling! insyaAllah.. :)
titipan kelebihan Al-Quran:
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 'ahli' daripada kalangan manusia. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda bersabda: "Merekalah ahli al-Quran iaitu 'ahli' Allah dan golongan pilihan-Nya." (Riwayat Ibn Majah)
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi SAW bersabda: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya." (Riwayat Muslim)
Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi SAW bersabda: "Orang yang terbaik daripada kamu ialah orang belajar al-Quran dan mengajarnya." (Riwayat al-Bukhari)
Labels:
diari hati
Allah sentiasa disisiMU :)
Suram...
sesuram gerimis di hati,
mengapa kau menangis wahai diri?
merasakan dunia tidak lagi bererti,
adakah kau meragui kasihnya Ilahi?
mengapa tidak yakin adanya Allah bersamamu,
kau mencari-cari..
meraba-raba dalam gelap hatimu..
bingung, nanar dalam ramai,
tak mengerti mengapa ini
yang harus kau hadapi,
kau menanti bilakah akan kau peroleh
apa yang kau harapkan,
merasakan Tuhan tidak lagi endah kepadamu,
tidak lagi sudi memandangmu.
Jangan begitu wahai diri,
dengarkan apa kata Tuhanmu..
"Hai anak Adam, sesungguhnya engkau selama mana engkau berdoa dan berharap kepadaKu, Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau, dan Aku tidak peduli.
Hai anak Adam, kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke awan langit, kemudian itu engkau memohon keampunan Aku, nescaya Aku ampuni bagi engkau.
Hai anak Adam, sesungguhnya kalau engkau datang kepadaKu dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi, kemudian itu engkau menemui Aku, padahal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi" (HR Al-Tarmizi).
Wahai diri, engkau jiwa yang baik,
jiwa yang rindu, cuma engkau keliru,
mengapa masih terus menzalimi dirimu?
sedangkan dirimu tidak berhak untuk disakiti,
jasad dan rohmu anugerah terindah dari Ilahi,
maka, mengapa tegar melukai?
engkau jiwa besar yang dikasihi Tuhan,
engkau jiwa hebat berpotensi menyengat,
engkau jiwa kebal yang lali pada ujian,
engkau sebenarnya bercita-cita tinggi,
lalu, mengapa pilih untuk terus disakiti?
Jangan begitu wahai diri,
sungguh, engkau sentiasa punya satu lagi pilihan,
iaitu kembali kepada luasnya kehidupan bertuhan,
kembali berteduh di bawah redup kasih Ilahi,
kembali kepada Dia.
Usah takut wahai diri,
bukankah mereka bersamamu?
menyokongmu, memimpinmu
tika kau bertatih di jalan ini,
yang pasti engkau tidak sendiri,
kerana masih ada yang meyayangimu.
"Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Tapi Allah telah mempersatukan hati mereka. sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (Al-Anfal:63).
Oleh itu, yakinlah dan teguhkan derapan langkahmu
di jalan ini, yakin Allah bersamamu di setiap langkahmu.
"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.." (Al-Imran:139)
Labels:
La Tahzan
bintang hatiku :)
... السلام عليكم
moshi moshi.. :) rindunya kat adek perempuan sorang nie.. beberapa ary nie asek dapat mesej dari dia je..
kakak...kakak tengah buat apa?
kakak balek bila?
terharunya! ada juga org yg engatkan kita. hilang tension seketika.. :')
adek antar gna hp mak. tulis perkataan bulat2. comel! taktawu bila masa dia pandai guna fon dah nie.hehe..
engatkan maen2.. plus esainment projek yg bnyak xmengizinkan (kena buat model site) akk dy sorg nie pon tak balasla. maaf. huhu =_=
bila col. tak angkat. uhuh.. apepun kakak tawu. kamu SAYANG+ RINDU akak kn...
bila tanya rindu kakak tak? musty dia akan tukar topik suruh cakap ngan mak. dia cakap dia busy. tak pun dia akan cakap tak paham.. ape yg tak paham? eden pon tak ngerti. haha. ntah pape je kan. ada2 je adek sorang nie. ngan akak sendiri pon malu ea? ^_^
baru2 nie dia dapat RM100.kerajaan bagi setiap pelajar utk bantuan khas awal persekolahan. untuk beli keperluan2 sekolah next year.. saja sakat mintak dia belanja.
farah. dapat duit eh. nanti boleh belanja akak?
kakak kan bnyak duit. kakak la belanja.. nanti farah nk beli baju sekolah lagi. mana cukup..
cukuplah tu.. baju skola murah je..
nak beli tudung lagi. kasut lagi. tak cukup...
ala.. tdung berapa ringgit je. tak sampai 10 ringgit.. cukup... blanja taw!
okla.nanti farah belanja.. (ayat pasrah je) haha
hahaha.nampak unsur2
be a GOOD DAUGTER. dear! salam syg dari jauh.mish u! :)
Labels:
diari hati
Diam lbh baik~
“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (HR Bukhari dan Muslim”)
Bila hati bersih. insyaAllah apa yg kita buat.perlakuan kita sumenya akn jadi baik.. klu hati kotor.sgla pkataan.tindak tanduk n perlakuan kita pun akn mmpengaruhi diri kita. Bila hati kita mati, hati kita tidak akan sensitif lagi terhadap dosa. Hati yang mati tidak tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan. Kadang2 kita sendiri pun tak sedar yg kita ada penyakit hati nie. mgumpat. mengata. mengutuk. iri hati n dengki pun tmasuk dalam penyakit hati. Bila masa tak dihiasi dengan perkara2 berfaedah. bila hati tak diiringi dengan selalu mengingati Allah. bila mata selalu melihat bnda kemungkaran. bila mulut selalu digunakan utk keburukan. maka makin kotor jiwa kita.. Sakit jiwa lara! sakit hati mati! (bak kata PM Ghani) ^_^ kadang2 bdiam itu lebih baek dr bckp kan? pptah Melayu ckp. kerana pulut santan binasa .krna mulut badan binasa. Sbb tu lbh suka bdiam dr bcakap. tkt bila salah ckp. ada hati yg terasa. so. the best way DIAM! :) bila banyak cakap hati kita akn keras. klu boleyh ckp perkara yg penting n perlu shja.. dulu n skg sgt brbza. keadaan. suasana n pglaman bnyak mengajar erti khdupan.. kdg tak slmanya manis tu baek utk kita kan. tak smua pahit akn slmanya pahit kan? pengalaman merupakan guru yang terbaek utk kita.. smpi bila kita nk berada dalam suasana yg selesa je. kadang2 kita di atas. kadang2 kita di bawah... terima dgn hati tbuka n redha. the best way! dulu hati nie slalu menangis. sllu ttnya2 kenapa ada di sini? knpa dklilingi dgn org2 yg mcmnie. kenapa orang suka aniaya kita. kenapa orang suka pijak kita. sakitkan hati kita? sedangkan kita sedaya upaya jaga hati org sekililing kita. sedikit pun kita taknak sakitkan hati dia. kita jaga hati dia. sedangkan hati kita sakit... tapi bila fikirkan. ada hikmah yg tersembunyi.. alhamdulillah.. mungkin... Allah nk tunjuk dia bukan kawan yg baek utk kita. mungkin.. Allah nk hati ini makin kuat. mungkin.. Allah nk bersihkan hati nie. sllu mengingati DIA. bila kita berada dalam zon selesa. kita jarang mensyukuri n mengingatiNYA.. bila berada dalam zon 'kurang selesa' nie sebenarnya mmbuatkan kita lbih bfikir n blajar utk lbeyh mensyukuri.. belajar utk lbh berdikari.. perkara yg tidak baek di sekeliling djadikan sbgi sempadan. reflection buat diri ini utk brubah lbh baek.. Alhamdulillah Ya Allah.indah sungguh rancangan n aturan yg telah Kau rencanakan buat hambaMU nie. tabahkn hati...
Sebelum Engkau Halal Bagiku~
Ya Allah
aku berdo'a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebagian dari hidupku
Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau
wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan
Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya
Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu
Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do'aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna
Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo'a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi
Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu,aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yg dapat membuat hidupku menjadi sempurna."
Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan.
Amin Ya Rabbal 'alamin....
Open Cbox











